"Nak apa?" Soal Wareesa. Tangan Waseem dibelek. 

Tak betah, tangan Waseem naik mencubit pipi Wareesa. Buat tak dengar sahaja dengan aduh kecil Wareesa. 

"Laaahhh!" Panjang harakat lah Wareesa.

"Salam. Seem nak salam. Jangan blur sangat pagi-pagi walaupun awak tu comel." Kata Waseem jelas seraya cubitan pada pipi Wareesa dilepaskan. Kali ini, matanya pula yang atas bawah, atas bawah memandang Wareesa.

Apa Waseem nampak, Waseem tiru.

Terhambur kecil gelak Wareesa. Angguk sekali dua tanda mengerti, huluran tangan Waseem disambut. Dan dengan penuh manis, tunduk Wareesa menyalam Waseem. Sebelum angkat kepala, sempat Wareesa bertingkah manja dengan menggesel hidungnya di belakang tapak tangan Waseem.

Dan tingkah Wareesa yang satu itu berjaya buat pipi Waseem hangat. Allah. Teruk dia jatuh cinta dengan isteri sendiri.

Wareesa angkat wajah. Dikerling sedikit wajah Waseem dan senyum disimpan rapi bila lihat pipi yang berona merah itu. Heh, Waseem tahu malu rupanya. Sejak semalam, ya. Waseem tahu malu sejak semalam.

"Okey. Reesa pergi dulu. Assalamualaikum." Kali ini Wareesa minta pamit betul-betul. Laju dia buka pintu kereta sebelum boloskan diri dai situ. Kalau berlama, mahu kena tahan lagi dengan Waseem.

Pintu kereta dibuka dan badan dibongkokkan sedikit, hanya untuk melihat Waseem di dalam kereta. Lelaki itu comel sahaja raup wajah beberapa kali. Alahai. Sama perangai macam dia juga rupanya. 

Yalah. Jodohkan cerminan diri. Haha!

"Bawa kereta elok-elok tau." Pesan Wareesa sebelum pintu kereta ditutup rapat. 

Tertutup sahaja pintu, terus tingkap kereta turun. Buat Wareesa kembali membongkok sedikit sekali lagi. Waseem dipandang lurus.

"Bye, sayang. I love you." 

Puff! Merah terus pipi Wareesa mendengar ucapan Waseem. 

Tanpa banyak soal, terus Wareesa angkat kaki beredar laju-laju dari situ. Tak mahu hadap Waseem yang menyesakkan jantung.

Eee! Abang yang seorang itu! Pagi-pagi dah bagi senaman jantung dan otot wajah kepadanya. Huh!

*💐 ੈ♡

"HELLO, SAYANG!" Langkah kaki Wareesa terhenti dan berundur ke belakang dua tapak. Emir yang menegurnya dengan senyuman di  bibir mula buat Wareesa rasa tidak senang. Kiri kanan dia pandang. Pastikan ada orang yang dikenalinya untuk dipanggil membantu.

Kenapa lah masa Yara tiada lelaki ini sibuk mahu mengganggu.

Emir senyum sinis lihat Wareesa. Namun, sinis-sinis pun hati tak boleh tahan daripada berbunga kerana seri wajah Wareesa sangat lain macam hari ini.

Gadis itu hari-hari cantik, tapi hari ini entah kenapa tampak terlebih cantik. Walhal hanya baju kurung dan selendang sahaja yang menjadi pilihan penampilan gadis itu.

"Sorry. Saya sibuk." Dingin Wareesa melayan Emir. Langkah mahu diambil kembali namun laju Emir menghalang, buat Wareesa terpaksa hentikan langkah sekali lagi.

Emir yang tersenyum dipandang tajam.

"Garang-garang nak pergi mana, sayang?" Selamba Emir menyoal. Pandangan tajam Wareesa langsung tidak beri rasa gentar. Malah, makin buat dia mahu mengusik lagi ada lah!

"You know what? Patut pun Reesa banyak pasang kiri kanan. You look cute with that face. Oh, with that confused face too! Abang baru faham sekarang." Jari telunjuk naik menunujuk lurus ke arah wajah Wareesa. Wajah keliru Wareesa. Wajah sok-sok suci itu.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now