"Petang ni kan abang ada perlawanan futsal antara department di hospital. Abang dah bagitahu kan sebelum ni?" Rasanya dia ada beritahu isterinya sewaktu di rumah mamanya 3 hari lepas sebelum mereka tidur.

"Ohhh ya! Talia lupa lah abang! Sorry..." Ya, Megat Raed ada khabarkan tentang perkara itu tempoh hari. Tapi dia kusyuk mencari resepi pavlova dan mengolah resepi itu untuk ditambah dalam menu café.

Megat Raed menggeleng kepala perlahan dengan senyuman. Tak ambil hati langsung.

"Ini dah boleh makan ke?" dia mengambil sebiji pavlova putih yang usdah terhias cantik itu.

"Pavlova ni manislah abang. Abang kan tak suka benda-benda manis." Tegurnya. Manisan yang Megat Raed akan makan hanyalah kek Red Velvet. Itu yang dia simpan dalam otak. Suaminya jarang makan atau minum benda-benda yang manis.

"Tak apa. sebelum ni, mana abang pernah merungut Talia buat apa-apa, semua abang makan. Manis ke, pahit ke, masin ke, semua sedap ke dekat tekak abang kalau Talia yang buatkan." Ayat beli jiwa isteri.

Digigit setengah pavlova itu sambil memandang isterinya. Sejenak, matanya sedikit terpejam apabila terasa masam dari buah strawberi, hiasan pavlova tersebut.

"Masam lah strawberi ni sayang tapi sedap. Ini untuk menu baru ke?"

"Ya untuk menu baru. Tapi Talia rasa kena R&D lagi ni. Rasa dia common sangat." Dia menggiggit separuh pavlova ditangan Megat Raed. Ya, memang perlukan sedikit penambahbaikan.

"You should stop taking sweet things, abang. Petang karang nak main lagi."

"No, I need glucose for gain more energy, sayang. Especially you're my glucose, my source of energy!"

MAKA disinilah dia sekarang, mengkut suaminay di gelanggang futsal. Perlawanan antara team general surgeon dan juga team anaest. Dia disini untuk memberi sokongan kepada suaminya yang sedang lincah mengelecek bola ditengah gelangang.

Dengan baju yang sudah basah, melekap ke tubuh Megat Raed, rambutnya turut basah kerana peluh membuatkan Talia nampak Megat Raed sebagai lelaki yang sangat tampan pada matanya.

"Tak lepas eh pandang suami?" soalan dari seseorang itu membuatkan Talia berpusing memandang belakang. Dia tergelak perlahan mendengar usikan itu. Obvious sangat ke gaya dia? Mukanya terasa panas.

Apa nak kata, suaminya itu nampak sangat bergaya dalam jersey dan juga berpeluh begitu.

"Suami dia. Biarlah dia nak pandang tak lepas pun. Awak sibuk apa?" balas si isterinya pula.

"Isteri saya ni jealous tu sebab saya sembang dengan awak." Katanya lagi membuatkan Talia menghamburkan tawa. Dia lantas bangun, bersalaman dengan wanita itu.

"Sihat kak Erni?" soalnya sambil memandang perut wanita itu yang nampak ketara. Ada bayi yang sedang membesar. Rasanya ini bakal anak yang ketiga mereka.

Bila difikirkan, bilalah dia dan Megat Raed akan merasa untuk mendapat anak sendiri. Sudah hampir 5 bulan berlalu, namun masih tiada apa-apa perubahan pada dirinya. Namun bila difikirkan lagi, dia masih belum puas untuk berdua-duaan bersama Megat Raed. Masih belum bersedia menjadi seorang ibu. Tapi dia mahu rasakan semua itu. Tapi dia masih takut dengan kisah lalu.

"Alhamdulillah, akak sentiasa sihat. Makin sihat. Tengok perut akak, makin hari makin kedepan. Dah gemuk dah."

"Itu bukan gemuk, yang. Itu berisi sebab anak. Haish, perempuan ni, sukalah kata benda-benda yang menyakitkan hati sendiri. Lepas tu, yang nak kena pujuknya lelaki juga..."

Talia hanya pasang telinga mendengar pergaduhan manja pasangan itu. Tiada rasa untuk menyampuk tambahan pula mereka berdua nampak seronok dapat meluangkan masa berdua. Jadi, Talia lebih selesa untuk mendiamkan diri.

Bila diingatkan semula, rasanya sangat lama dia tidak berjumpa dengan Erni, isteri Dr. Syed Taufiq.

"Talia macam mana sekarang? Kes tu berjalan dengan lancar ke?" soal Erni tiba-tiba.

Dia mengalihkan mukanya sedikit setentang dengan Erni. Senyumannya terpamer manis. Puas. Setiap kali perbicaraan, dia tidak pernah gagal menghadirkan diri ke mahkamah. Sebagai seorang mangsa dan juga saksi bagi kejadian 6 tahun lalu.

"Setakat ni, kes masih lagi berlangsung. Abah dan papa betul-betul all out kali ni untuk menang kes dan buktikan Datuk Anita tu bersalah. Doakan untuk kami kak Erni," Jawabnya ringkas dan padat.

Mengenangkan perkara itu, memang banyak bukti telah dikemukakan kepada pihak mahkamah. Selagi tidak dijatuhi bersalah, sidang perbicaraan akan berlangsung. Dan Datuk Anita masih tidak bersalah. Buat masa sekarang.

"Insya Allah, semuanya akan baik-baik saja. Masih ada keadilan untuk keluarga Talia. Yang jahat akan dihukum, yang baik akan terbela. Berdoa banyak-banyak, ya?"

Talia anggukkan kepala tanda setuju. Benar apa yang dikatakan oleh Erni. Jika dulu, kedudukan Datuk Anita menyelamatkan wanita itu. tapi, terbukti sekarang kedudukan itu juga tidak mampu menyelamatkan wanita itu dengan bukti-bukti kukuh yang ada.

Wanita itu tidak mampu untuk mengelak daripadanya lagi. Datuk Anita dan Naufal akan dihukum seadil-adilnya.

Atas segala penderitaan yang dia alami

Atas segala kehilangan yang dia alami.

Atas segala kesakitan yang dia alami.

Atas segala kekecewaan yang dia alami.

Sorakan demi sorakkan yang menerjah teliganya buat dia kembali ke dunia nyata. Gerakan hebat Megat Raed menggelecek bola sehingga dapat menjaringkan gol. Serentak itu juga bergema gelanggan futsal dengan sorakan lelaki dan juga wanita.

Talia tersenyum girang. Tangannya bertepuk-tepuk tanpa sedar. Megat Raed pula mengenyitkan mata padanya. Pipinya terasa panas. Malu!




031222

SHI

[C] Cukup SempurnaWhere stories live. Discover now