53.

347 56 1
                                    

✳️✳️
❇️ BUKAN ❇️
✳️✳️

       "Dengar sini...kau orang berdua kawan baik abang aku kut...memang tak la aku nak suka kan kau orang. Cari pasal namanya tu. Kan masa tu Noah tak sedar, mesti la dia meraban yang entah apa-apa. Asal kau nak kecoh sangat pasal tu"ujar Reeya dengan nada rimas bercampur tak percaya.

Memang la dia tahu Zen dan Noah ni suka jaga dan perhatian pada diri dia seperti abangnya sendiri. Tapi kekadang tu perhatian mereka ni boleh buat dia jengkel. Sebab risau pada perkara yang tidak sepatutnya dirisaukan. Lagipun dia tahu nak jaga batas dan sempadan. Infacts, dia tak suka pun pada Zen mahupun Noah. Mereka berdua ni dah diibaratkan macam adik beradik dia sendiri. Sebab itulah Reeya tak terkesan langsung bila Noah cakap Noah sukakan dia atau tertidur dengan lelaki tu. Nothing were attach!

          Zen menarik sengih mengejek sebelum ketawa dibuat-buat. "Hei....Bila masa aku kata aku suka dekat kau.."dengusnya tak percaya.

Iya ke ni?

           Reeya mengecilkan mata saat memberi renungan curiga ke arah Zen. "Kau sure?"sakatnya.

           "Of course la aku sure. Aku dah anggap kau macam adik aku sendiri. Tak kuasa nak sukakan budak cerewet macam kau ni. Tak tahan..tahu tak."

           "Okay...fine. Kalau kau cakap macam tu."Reeya bangun dari situ. "Make sure hal ni tak diketahui dengan Rain...atau kau orang takkan dapat duduk dekat sini lagi.."pesannya bernada amaran.

Zen berpaling ke arah Reeya yang sedang berjalan. "Kau nak ke mana pulak tu?"

          Reeya berpaling ke Zen semula. "Kenapa?Nak tahu ke?"

          "Jangan nak main-main boleh tak. Aku tengah serius ni."

         "Aku nak keluar kerja la. Kan hari ni hari Sabtu. Hari cari duit. Kenapa?Nak ikut?Jom. Boleh la kau hadapkan Amanda untuk aku."sakat Reeya lagi dengan sengih meleretnya. "Tak adalah aku aje yang kena tadah telinga dengan perbualan dia tu.."

Zen beri jari tengah kepada Reeya lepas tu sebab jengkel dengan perangai menyakat Reeya tu.

Sambil ketawa Reeya atur langkahnya ke arah tangga dan menghilang ke tingkat atas sesaat kemudian.

Zen yang dibiarkan seorang diri di ruang tamu termenung sendiri. Memikirkan hal yang mana lelaki itu sahaja yang tahu.

Beberapa ketika pintu rumah terbuka sekali lagi. Noah dan Rain kembali dari keluar mereka. Kedua-dua itu dalam keadaan berpeluh dan memegang beg kertas berisi makanan tengah hari sewaktu berjalan masuk.

Barulah suara mereka jelas kedengaran.

           "Aku dah cakap aku yang akan menang  nanti..."ujar Rain dengan senyuman lebar di bibir.

            "Aku bagi kau chance aje tu...kalau tidak memang aku dah potong kau masa lari tu!"beritahu Noah menumbuk tepi lengan Rain sambil tu.

            "Cakap aje la kau tak boleh lumba lari dengan aku sebab kau tak fit.."ketawa Rain yang cuba menyakat sahabatnya, namun begitu senyumannya serta merta hilang selepas melihat orang yang sedang jalan menuruni tangga.

Noah yang berdiri di sisi sudah ternganga terkejut. Masih terkesan dengan kejadian yang berlaku pagi tadi. Leher dan telinga dia terus menjadi merah.

Reeya muncul di anak tangga itu dengan pakaian serba berwarna merah putih ungu paras lutut lengan pendek dan kardigen putih di bahagian luar, kelihatan comel dengan messy bun dan solekan nipis di wajah.

             "Hei...kau nak ke mana hah pakai cantik-cantik macam ni??"tanya Rain terkejut dengan cara penampilan Reeya. Adiknya ini jarang sekali bersolek apa lagi berpakaian cantik. Itu yang dia hairan. Dunia nak kiamat apa? Biasanya dia nampak Reeya berpakaian seperti perempuan tidak bertamadun dan kelakian. Jarang sekali dia lihat adiknya comelnya begini.

         "Kau dah kenapa?Memangnya baru pertama kali tengok aku pakai macam ni ke?"Reeya menarik sengih funny sebab lucu dengan komen Rain. Ya. Dia faham sangat kenapa abang dia terkejut. Dia ni paling susah nak bergaya. Selain seluar jean koyak-koyak dan celak hitam. Tapi kali ni lain sikit. Kata Keith dia kena jalani hidup dia dengan sebaik mungkin. Kalau dia dah sedia dan kuat, baru dia dapat tahu kejadian sebenar yang terjadi. Dari dia bazirkan masa dengan memberontak sebaiknya dia hadapkan saja semua aturan yang keluarga dia telah tetapkan.

           "Awak nak keluar kerja ke?"

           Reeya mengangguk kepala. "Ha'ah..."saat tiba  di hadapan dua lelaki lampai tu lalu menolak mereka ke tepi untuk memberi dia laluan. "Jumpa nanti."beritahunya.

            Pada masa itu Zen berjalan keluar dari ruang tamu dan terus mendaki tangga. "Tunggu. Biar aku hantar kau."beritahunya.

            "Wei kau nak makan tengah hari sekali tak?"pelawa Noah sewaktu Zen sudah berada di puncak tangga.

            Zen berpaling lalu tunduk memandang ke bawah dimana Reeya,Rain dan Noah berada. "Aku ada temu janji makan tengah hari...kau orang makan lah..itu yang aku offer nak hantar Reeya terus. "jawab Zen dengan tangan sebelah berada dalam poket seluar sewatpantnya.

Reeya yang dengar dongak memandang ke atas tangga sebelum Zen menghilang naik ke tingkat atas.

              "Awak nak makan sekali Reeya?"tanya Noah sedikit gugup dekat situ.

              "Tak apa. Saya makan dekat kafe je."jawab Reeya semasa memegang tangan Rain lalu di cengkam kegeraman. "Aku gerak dulu Rain."pamitnya.

              "Sakit la!Kau kenapa!"Rain luku perlahan kepala tu.

Sambil ketawa Reeya mendekat ke pintu keluar. Menyarung kasut sebelum buka pintu rumah tu dan meloloskan diri melaluinya.

✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️

45. Bila Cinta Tak BersatuWhere stories live. Discover now