14.

398 49 0
                                    

✳️✳️
❇️ Bermalam ❇️
✳️✳️

Jam di tangan sudah masuk 7 pagi sewaktu dia tiba di perkarangan rumah. Disebabkan tak nak buat sesiapa curiga terutama sekali Rain, Reeya merangkak masuk ke dalam rumah melalui tingkap dapur sejurus selepas Zen masuk.

Namun begitu nasib tidak menyebelahi dia. sewaktu dia masuk abangnya sedang berdiri di depan dining table. Membelakangkan dia yang sedang merangkak masuk ke dalam rumah tu.

Sedang kaki Reeya jalan berjengket memijak lantai, entah bila pulak surat khabar ada di bawah tingkap itu, dia terpijak. Habis melekat surat khabar itu pada tapak kasutnya. Dia tunduk menarik surat khabar itu tetapi melekat di tangan pulak.

Dengan geram dia kibas-kibas surat khabar itu agar tertanggal dari tapak tangan. Saat surat khabar itu jatuh di atas lantai, pada masa itulah Rain berpaling dengan bekas susu di tangan.

Serta merta lelaki itu terpandang akan Reeya seperti pencuri baru ditangkap. Berkerut terus kening dia.

Reeya pula berdiri kaku memandang Rain dengan sengih kekok tidak bersalahnya.

         "Hei..."sapa Reeya dengan sengih janggal di bibir.

          Kening Rain mencerlung tajam, dia memandang Reeya dari atas sampai bawah kehairanan. "Awal gila kau bangun?Tak pernah-pernah kau bangun awal macam ni?"soalnya sambil membuka peti sejuk dan menyimpan kotak susu tadi selepas tuang ke dalam gelas.

Reeya ketawa buat-buat.

          "Hahahah...well. Sebab aku tak penat sangat agaknya...."balas Reeya. Masih berdiri dekat depan tingkap tempat dia selinap masuk sebentar tadi. Dalam dia berharap Rain tidak berasa curiga dengan kemunculannya di situ.

           Rain berpaling semula ke dining table itu untuk  mengadun bancuhan penkeknya. "Eloklah. Amalkan sikap baru kau ni...tak adalah hari-hari bangun lewat.."ujarnya sewaktu Reeya sedang bergelut hendak menanggalkan tisu tandas yang melekat di belakang badan dan bawah tapak kasutnya.

           "Kau tahu Zen keluar semalaman?Aku tak nampak dia sejak petang semalam?"soal Rain sambil menuang bancuhan penkek di atas kuali leper.

Soalan itu mematikan langkah Zen yang hendak bergerak naik ke tingkat atas. Kaki yang hendak memijak anak tangga itu kaku.

          "Mm...entah...aku tak tahu.."nafi Reeya yang terfikirkan semula tentang hal malam tadi.

Selepas Zen menjemput Reeya dari tempat kerja, mereka berdua terus ke supermarket. Memborong tiga kotak penuh dengan tisu tandas. Setelah itu, Reeya pulang ke rumah untuk tunjuk muka pada Rain yang dia tidur dekat rumah itu. Sementara Zen tunggu di kolej sampai kolej tutup dan mulakan misi mereka terlebih dahulu sehingga Reeya datang.

Setelah Rain tidur, barulah Reeya keluar rumah dan terus ke kolej. Membantu Zen untuk menampal semua tisu tandas di serata tempat dalam kolej tu. Sebagai tambahan, dia tunjukkan mukanya sendiri secara bebas di mana-mana CCTV yang ada di penjuru bangunan itu. Kecuali Zen, lelaki itu bertopeng mulut atas arahan Reeya sendiri.

Setelah meluangkan masa selama berjam lamanya untuk menghias dinding kolej dengan tisu tandas barulah mereka pulang ke rumah untuk bersiap. Zen yang sampai dulu barulah Reeya.

       Rain mencekak pinggangnya. Memandang Reeya dengan muka berserahnya. "Reeya..."

       "Asal?"

       "Aku dengar kau buat hal lagi?"kening kanan    Rain terjungkit sebelah memandang judging akan Reeya di depan anak tangga tu.

         Huh?Reeya garu belakang kepala dengan sengih bersalahnya. Kalau Rain tahu apa dia buat pagi tadi confirm abang dia akan naik angin. Bukan setakat bebelan aje dia dapat, kad kredit dia kena tarik sekali. "Buat hal apa?"

         "Kau nak cakap atau tunggu aku yang beritahu?"cabar Rain saat dia gerak mematikan dapur api dan mengangkat kepingan penkek dari kuali leper tu.

         "Serius aku tak tahu apa yang kau cakapkan ni.."dalih Reeya dengan bersungguh.

          Bersama riak seriusnya Rain menyilang tangannya ke dada dan pandang Reeya 'seriously?' "Kau nak teruskan macam ni?"

          "Apa kau ni?"

          "Please Reeya...sebenci mana sekalipun untuk belajar, at least behave. Jangan lakukan sesuatu yang boleh mencemarkan nama baik kau sendiri. Aku tahu kau nak keluar dari kolej tu. Bukan dengan cara ni"

Terdiam Reeya mendengarnya.

           "Cipta masalah...vandalisme...bersikap kurang ajar...semua tu takkan bantu kau keluar dari kolej tu. Papa sendiri dah pesan pada kau hari tu.."

Reeya mencebik menyampah setelah itu. Bawah bibirnya di gigit kerana geram.

           "Aku cuba tolong kau dekat sini..tapi kau tak cuba nak tolong diri kau sendiri."geleng Rain dengan kesal sebelum mengangkat pinggan berisi penkek tadi dari counter top untuk di bawa ke meja makan.

Sementara itu Reeya di depan anak tangga diam tidak membalas kerana kata-kata Rain selalu aje buatkan dia terdiam sendiri. Abangnya itu tahu macam mana nak handle dia. Yang mana buatkan dia bencikan Rain untuk itu!

         "Kau nak sarapan sekali tak?"tegur Rain tidak lama kemudian. Lelaki itu sudahpun duduk selesakan diri di kerusi meja makan tu.

          Reeya tersentak lantas menggeleng. "Tak apa...kau makan lah dulu. Tak payah tunggu aku.."balas Reeya yang terus berlari menaiki tangga.

✳️✳️✳️✳️✳️

45. Bila Cinta Tak BersatuWhere stories live. Discover now