30.

410 47 8
                                    

 ✳️✳️
❇️ STATEMENTS ❇️
✳️✳️

     "Aku tak nak tahu apa urusan kau dengan Reeya..apa aku nak kau tahu sekarang ialah jauhkan diri kau dari adik aku." beritahu Rain dari balik ketapan giginya.

Keith berdengus kecil.

        "To late for that..."beritahu Keith. "Sebab aku dah nekad untuk dekati Reeya semula."

         "Apa kau-"

        "Cukup sekali aku dipisahkan dari dia. Bukan kali ni..."hujung bibir Keith terjungkit sinis. Dia balas renungan gelap Rain tanpa gentar.

Terkedu Rain waktu itu.

          Dipisahkan?Apa maksudnya tu?"Apa maksud kau?Aku tak faham. Kau dipisahkan dari Reeya?"

         "Apa yang tengah berlaku dekat sini?"muncul suara lembut itu dengan tiba-tiba.

Dengan serentak dua orang lelaki lampai itu memalingkan kepala ke kanan. Memandang gadis yang mengenakan uniform kafe berdiri di tepi kereta milik Keith.

Reeya perhatikan Rain saat abangnya itu melepaskan kolar baju Keith dengan renungan curiga. Kenapa dengan mereka berdua ni? Dia jalan mendekati dua orang itu sebelum berhenti di samping Rain.

          "Kenapa ni?"soal Reeya sebelum memandang hairan ke Keith. Macam mana lelaki ni boleh ada dekat sini?

          "Aku datang cari kau..."beritahu Keith membetulkan pakaiannya. "Tapi abang super baik kau ni 'sambut' aku dengan ucapan 'selamat datang' yang menyenangkan." sindirnya.

Rain buat muka hendak mencarut. Dia lirik Keith dari atas ke bawah sambil mengggulum lidah ke bawah bibir hendak menahan sabar dari pecahkan muka Keith depan Reeya waktu itu.

         "Kau kata ada hal?Kenapa masih ada dekat sini lagi?"tanya Reeya pula sewaktu lirik penampilan segak Rain.

          "Dah lama aku pergi  tapi mamat sengal ni pulak muncul.."ketap Rain tanpa mengalihkan renungan tidak Sukanya ke Keith. "Kau bagi alamat rumah dekat mamat sengal ni ke?"

Soalan itu menyebabkan Reeya pandang tepat ke mata Keith yang mana lelaki itu balas dengan bersahaja. Tak. Dia tak pernah berikan sebarang maklumat peribadi kepada sesiapa termasuk nombor phone dia sendiri.

           "Encik Hill yang berikan alamat rumah ni pada aku..."sampuk Keith semasa tersenyum handsome pada Reeya.

Rain dan Reeya terpaku dengan jawapan Keith. Mereka tidak menjangka  akan jawapan itu.

          "Papa!?"serentak mereka berdua tanya.

          "Rasanya Encik Hill ada beritahu kau tentang hal ni kan Reeya?"kata Keith.

           "Pasal apa?"tanya Rain kebingungan.

           "Entah..."jawab Reeya masih tidak faham.

Keith ketawa kecil lalu beri tundukkan kecil kepada Reeya.

          "Kenalkan..aku adalah pasangan blind date yang di atur oleh parents kita berdua. Menurut Encik Hill, kau .."tunjuknya ke Reeya. "Pasti akan cuba elak dari pertemuan ni jadi dia arahkan aku untuk datang sendiri menjemput kau ke rumah untuk date kita nanti.."

What the heck!

Reeya dan Rain ternganga dengan serentak.

         "Aku tak suka dia."beritahu Rain kepada Reeya dengan wajah bercemberutnya.

         "Well that make two of us. The feeling is mutual."ujar Keith dengan bersahaja.

          Rain dah bergerak hendak mendekat ke Keith sewaktu tangan Reeya muncul di depan dadanya. "Dah cukup. Kau nak keluarkan.. pergi sana. Jangan nak bergaduh depan laman macam ni. Malu kalau jiran Nampak."beritahu Reeya.

           "Tapi dia ni-""

           "Cukup Rain.."Reeya memberi renungan penuh amarannya kepada abang dia.

Keith tidak memberi sebarang reaksi dengan perbualan dua beradik tu. Dia malahan memandang ke sekitar rumah banglo tersebut dengan renungan kosong. Kenapa mereka masih menginap di rumah ini selepas mengosongkannya 5 tahun yang lalu?

          "Aku bagi amaran dekat kau ya!Jangan kau berani nak macam-macam dengan Reeya ya."Rain mendekat ke Keith tapi Reeya pegang lengan dia buatkan dia tidak dapat berbuat begitu. Namun tangannya sudah menunding jari ke depan muka tu. "Ingat tu?"

          "Sudah Rain..!"

         "Ugh!"Rain merenggus kasar sebelum berjalan ke arah kereta dengan marah. Duduk sahaja dalam kereta itu enjin kereta dinyalakan. Berderumla laman rumah itu dengan bunyi enjin keretanya.

Pergi sahaja Rain dari situ, Reeya kembali memandang Keith. Penampilan segak lelaki itu buatkan wajah perenggus lelaki itu kelihatan boyish dari biasa.

           "Apa deal awak sebenarnya ni?Hari tu bukan main lagi menyentap. Sekarang apa?Awak cari papa saya dan buatkan papa saya aturkan blind date kita berdua pulak?"soal Reeya sambil menyilang tangan ke dada. "I know you're freak ..but i didn't know that you're worse than a freak too."

Keith berdengus kecil.

           "Deal aku hanya engkau Reeya."

           "Dude .. I'm a nice person just don't push the bitch button okay? Sementara saya cakap elok-elok baik awak pergi dari sini. blind date ke apa kejadahnya tu...saya takkan pergi. Lagi-lagi dengan lelaki pelik macam awak ni..."Reeya berpaling dari Keith. Mahu ke arah pintu.

Waktu itu Keith tersenyum memerhatikan langkah Reeya mendaki tangga menuju pintu rumah tu.

        "Kalau kau nak aku susahkan company papa kau dipersilakan dengan senang hati.."

Terhenti terus kaki Reeya. Dia palingkan kepala ke Keith.

         Masih tersenyum, Keith angkat tangan kiri lalu mengetuk jam di pergelangan tangannya. "20 minit, kemudian kita gerak." beritahu dia.

Sambil menggigit bahagian dalam bawah bibirnya kegeraman, Reeya pandang Keith dengan nafas naik turunnya. Apa masalah Keith sebenarnya ni?

Stress betul la!

✳️✳️✳️✳️✳️

45. Bila Cinta Tak BersatuWhere stories live. Discover now