51.

368 58 4
                                    

✳️✳️
❇️ KEK ❇️
✳️✳️

Sambil meletakkan lapisan cheese tambahan ke atas sandwich, Keith bersuara.

        "Apa masalah kawan serumah kau tu?"soal Keith meletakkan sandwich tadi di depan Reeya.

        "Dan apa masalah awak untuk datang ke rumah orang tanpa beritahu?Tak ke namanya cari pasal tu...awal pagi pulak tu..siapa aje tak menyentap.."balas Reeya sambil mencapai sandwich tadi lalu di gigit.

Keith waktu itu hanya mengambil sarapan pagi roti bakar bersama telur hancur dan beberapa kepingan bakon.

         "Nama pun dah surprise...kalau aku beritahu aku nak datang bukan surprise namanya."balas Keith dengan bersahaja sewaktu meletakkan dua paket krim ke dalam kopi panas dan seketul kuib gula. Dengan perlahan-lahan dia mengacau minuman itu sebelum di letakkan sebelah pinggan Reeya. "Minum perlahan-lahan. Panas ni.."pesannya setelah itu.

Reeya yang lihat berkerut kening. Hairan melihat Keith yang sejak tadi menjamu dia tetapi sendiri tidak makan.

         "Kenapa sibukkan saya sejak tadi...awak makan la sarapan awak tu sementara ia masih panas."keluhnya semasa mengunyah. Matanya melirik tangan Keith yang sejak tadi sibuk.

         Sambil tersengih meleret,Keith mencapai bekas lada hitam dari tepi meja sebelum di goncang sedikit di atas telur hancurnya. "Aku tak tahu la perasaan aku aje atau memang betul apa yang aku rasakan, tapi aku perhati Noah tu macam ada something aje dekat kau?"ujar lelaki itu sambil meletakkan telur hancur di atas roti bakar dengan pisau dan garfu di tangan.

Huh?

Reeya menjungkit kening tinggi.

       "Apa yang buat awak fikir Noah suka saya?"Reeya mencapai telinga cangkir kopi tadi lalu dihirup dengan berhati-hati ekoran air itu masih panas. Ish...ahli sihir apa Keith ni. Macam mana Keith boleh tahu?Nampak sangat ke dekat muka Noah tu?Ada sign board dekat atas kepala lelaki tu beritahu yang Noah suka pada dia ke?

        Keith mengangguk kepala saat mahu menyuap masuk roti bercampur dengan telur hancur tadi ke dalam mulut lantas dikunyah dengan berselera. "Well..seem like that?Why did you look you already know it?Kau nampak macam tak terkejut apa lagi terkesan dengan kenyataan aku tadi?"hujung bibirnya terjungkit sinis.

        "Adakah awak ni psikopat yang suka stalk perempuan kemudian bunuh dan sakiti mereka?You always knows everything...that's scary you know.."soal Reeya sambil menyambung kembali suapan sandwichnya.

Keith ketawa kecil. Dia menggeleng kepala lepas dengar.

         "Aku bukan psikopat. Itu aku boleh jamin. Stalk perempuan tu betul. Tapi hanya kau." tunjuknya dengan garpu ke Reeya.

Kengerian Reeya bila dengar jawapan Keith itu. Dia merasakan semakin pelik dia dengan Keith. Ada ke psikopat mengaku dirinya tu psikopat?Sedangkan pencuri sendiri tak mengaku dirinya seorang pencuri, inikan lagi orang gila mengaku dia gila.

         "Kenapa awak macam tu?Do you know that really creep me out?"

         "Mestilah kena...aku stalk kau bukan saja-saja ya. Ianya perlu untuk tahu apa yang kau suka dan yang kau tak suka. Yang mana penting untuk buatkan kau sukakan kepada aku. Dan mana mungkinlah aku nak bunuh dan sakiti orang yang aku sayang."Keith beri penjelasan dengan bersungguh. Sampai hati Reeya cakap dia ni creep!

Reeya menjuling mata menyampah. Hmm...bercakap dengan Keith ni kan tak akan ada habisnya. Rasanya dalam kepala Keith ni ada satu kotak khas untuk lelaki ni menjawab dan bercakap dengan lancar tanpa teragak-agak. You know, man nature habit adalah kurang bercakap. Tapi tak Keith...lelak ni lain breed!

           "Kalau macam tu cuba beritahu saya, kenapa baru sekarang awak cuba nak dekati saya?Selepas bertahun kita duduk di dalam kolej yang sama dan fakulit serta major yang serupa. Kenapa baru sekarang awak cuba jelaskan situasi dan beritahu saya bahawa awak adalah long lost childhood saya?"

           Keith mengalihkan perhatiannya dari makanan. Dia tolak pinggan itu ke tepi sebelum meletakkan kedua-dua tangan di atas meja dan menyondong sedikit ke depan. "It's took me a lot of time to regain courage for getting close to you. Kalau kau tanya kenapa baru sekarang, mungkin dah tiba masanya untuk aku bertindak lepas tiga tahun perhatikan kau dalam diam?" senyuman nipis diberikan kepada Reeya.

Reeya terkedu, dia menatap wajah Keith yang kelihatan lain dari kebiasaanya. Biasanya Keith suka pasang muka tak ada perasaan, dengan contact lens yang membuatkan sesiapa sahaja yang pandang mata Keith berasa kecil di bawah renungan lelaki itu. Tapi tidak pagi itu, cermin mata yang di wajah Keith buatkan penampilan lelaki itu friendly dan mesra. Buatkan dia rasa selesa sangat.

           "Saya tak faham dengan awak Keith.. serius saya tak faham.."

           "Kalau macam tu faham kan la siapa diri aku, kita ada banyak masa untuk kenal antara satu sama lain, sekali lagi yang mana aku tak kisah."

Reeya ketawa kecil. Straight to the point! BOOM!Bulleyes! Keith tak pernah buatkan dia tak terkejut dan terkedu tak dapat berkata-kata. Ada saja la modal Keith ni yang buatkan dia tercengang tak dapat nak balas apa.

           "We'll see."senyum Reeya yang cuba dikawal supaya tidak lebar.

           "So kau nak la ni bersama dengan aku?"

           "Saya okay aje kalau awak tak nak.."

           "Eh...mesti la aku nak dengan kau."

✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️

45. Bila Cinta Tak BersatuWhere stories live. Discover now