02.

731 64 5
                                    

✳️✳️
❇️Kumbang-kumbang Dan Bunga❇️
✳️✳️

10 tahun kemudian.....

Bunyi enjin kereta dan brek dari speaker memenuhi ruang tamu sewaktu Reeya  bersila di atas sofa tekun memandang skrin tv sewaktu tangannya berada di console, bermain dengan Xbox.

Di skrin tv tertera imej kereta GP di litar lumba bergerak-gerak setiap kali ia dikawal dengan alat kawalan yang dipegang olehnya.

Dalam kebisingan itu di selangi dengan suara orang bertekak dan bertengkar dari tingkat atas sebelum suara itu semakin kuat taktala dua lelaki muncul sambil menujah dada masing-masing.

         "Kan aku dah cakap awal lagi hari tu, tiket bola sepak tu kena beli 25hb...kau aje beria cakap yang kau boleh beli..sekali tu apa?Kan dah habis tiket tu..!"marah Noah.

          "Mana la aku tahu, aku ingatkan dua hari sebelum tu dah masih boleh beli..."balas Zen.

          "Mana kau tahu?!"negerang Noah kegeraman. "Wei!Hari kau jugak yang cakap kau nak beli....kalau aku tahu jadi macam ni. Better aku aje yang beli tiket tu!"bentak Noah.

           "Alah....sorry la wei...dah nak lupa. Nak buat macam mana..."Zen menggaru belakang kepalanya dengan serba salah.

           "Sudahlah tu...kau orang!"arah Rain, rakan mereka yang cuba meleraikan pergaduhan dua orang tu sejak tadi.

Reeya  di sofa sejak tadi  sedikit pun tidak terkutik mahupun berasa terganggu atau hilang fokusnya dari game dia. Situasi itu sudah sebati dengan kehidupan harian dia semenjak mengenali dua orang mahluk dumb and dumber tu. Kalau buka. orang tu yang cari pasal dulu, orang ini yang mulakan dulu. Kalau seorang tu lupa, yang seorang tu meroyan!

          "Jangan panggil aku sebagai kawan kau lagi Zen." Noah menggeleng kepala kekesalan. Kecewa harapan dia ingin menyaksikan perlawanan bola sepak team kegemaran dia di stadium, semuanya gara-gara si baboon kuat lupa bernama Zen niatnya itu melepas!

            "Lah...asal pulak. Boleh je kut tengok live dekat tv...kau nak merajuk kenapa?"soal Kyler.

            Sambil menekap dahinya kerana fed up, Rain melepaskan keluhan panjang. "Sudah...sudahlah tu..."mintanya dengan letih.

             "Kau pun satu Rain...hari tu kau jugak kata kau nak belikan, sekali tu suruh Zen pulak...sekarang tengok la...tiket tak apa habuk pun tak de..."

             "Lain kali kan ada..yang kau nak stress sangat kenapa?"

             "Dah la tu Zen...kau pun satu la."

Dengan muncung rajuknya Noah bergerak ke arah sofa berdekatan lalu menghenyak punggung dengan marah di situ. Keningnya mencerlung tajam.

Sementara itu, Zen ambil tempat di cushion bean berhampiran dengan sofa dimana Reeya duduk.

Setelah itu mereka berdua menjadi diam tidak bersuara yang janggal.

Sempat la juga Reeya mengerling akan mereka berdua sebelum tersengih sendiri kerana lucu dengan sikap dua orang lelaki di depannya. Dah tak ubah seperti kanak-kanak kecil berebutkan main pun ada. Siap nak merajuk bagai...

Ding!

Dong!

Bunyi dentingan loceng pintu memecah kesunyian mereka tidak lama kemudian.

Dengan tenang, Reeya yang sedia menanti kedatangan itu terus menekan butang pause sebelum melompat dari belakang sofa terus berjalan ke arah pintu masuk.

Sambil berjalan tu, tangan dia sempat mencapai dompet atas almari rak kasut di sesaat dia hendak membuka pintu.

        "Hai... delivery.."Seorang budak penghantar pizza berdiri di depan pintu dengan senyuman pelanggannya. "Hai anda memesan Pizza Full Moon..?"tanya budak penghantar itu.

Reeya mengangguk kepala.

         "Ya...ini bayarannya...keep the change..."Reeya ambil kotak pizza dari tangan tu sebelum berjalan undur ke belakang masuk ke dalam rumah dan menutup pintu tersebut dengan kaki memandangkan kedua-dua tangannya sarat dengan kotak pizza dan minuman pepsi.

Berdiri sahaja di situ Reeya lirik akan tiga orang lelaki yang duduk berasingan di ruang tamu tu.

Well! Here's goes nothing.

          "Siapa nak pizza?"aju Reeya bernyanyi dengan perlahan. Tetapi cukup kuat untuk membuatkan ketiga-tiga kepala di situ tersentak memandang ke arahnya.

          "Pizza?"soal mereka dengan serentak.

          "Yup...pizza."angguk Reeya. Ajakan dia itu serta merta membuatkan ketiga-tiga mereka bergerak ke arah meja dengan serentak. Dan memberi kata terima kasih kepada gadis itu. Lupa terus akan perbalahan mereka sebentar tadi.

Reeta jalan masuk ke ruang tamu sebelum meletakkan semua makanan dan minuman di atas meja sebelum ketiga-tiga lelaki tadi membantu dia mengambil pinggan dan cawan untuk mula makan. Sambil makan, Reeya kembali duduk di sofa untuk menyambung mainnya.

Tiga lelaki tadi kembali berborak seperti sedia kala seakan tiada apa-apa berlaku.

Boy still boys!

45. Bila Cinta Tak BersatuWhere stories live. Discover now