Melebar senyuman Tengku Seri.

Di belakang sofa, si kembar mengintai kelakuan mereka sambil tersengih menutup mulut.

Cuwitt..

Abah ummi cuwittt!!

-✿-

TENGKU DANISH menolak pintu utama villa ke dalam sambil memberi salam. Ruang tamu yang bising dengan suara si kembar di pandang. Aaira turut berdiri di sebelah lelaki itu.

Entah apa yang adik-adik kembar suaminya itu buat pun dia tak tahu. Bukan main santai baring di atas karpet tebal itu sambil melihat skrin tab yang bercahaya. Sampai tak sedar dengan kehadiran mereka berdua.

Tengku Danish terus bergerak menghampiri si kembar. Tab nipis itu dicapai laju. Membuatkan si kembar menggelabah bangun.

Abah ke?!

Kepala serentak mendongak ke atas.

"Alongg!!" Kuat jeritan si kembar. Berkerut nipis dahi Tengku Danish melihat skrin tab tersebut.

Pubg? Siapa yang ajar budak-budak ni tengok pubg dekat youtube?

Tak dihiraukan wajah hairan si along, Tengku Faid dan Tengku Faiq terus melompat memeluk kaki tu Tengku Danish.

Suka melihat along mereka. Aaira yang baru saja menutup pintu utama mengukir senyuman nipis. Mata beralih ke arah ibu mertuanya yang baru keluar dari ruang makan.

"Eh along, Aaira. Baru sampai ke?"

Lekas-lekas Aaira menghampiri ummi. Belakang tangan lembut itu dicium. Tengku Seri tersenyum senang melihat Aaira.

Tengku Danish hulur tab tadi kepada Tengku Faid. Dilepaskan tangan kecil itu daripada terus memeluk kakinya. Setelah itu, barulah dia bergerak memeluk tubuh Tengku Seri.

Makin lebar senyuman Tengku Seri saat membalas pelukan tersebut. Ditepuk lembut belakang tubuh anak sulungnya itu.

Beberapa saat selepas itu, barulah Tengku Danish lepaskan tubuh ummi. Tidak lupa dia mengucup tangan lembut itu.

"Makin hensem lah anak ummi ni. Pandai menantu ummi jaga" puji Tengku Seri sambil mengusap kepala Tengku Danish. Aaira di sebelah lelaki itu sudah tersipu malu.

"Luka dekat dahi along ni okey je kan?" Soal Tengku Seri lagi. Jari jemarinya turun ke balutan di dahi si anak. Berkerut risau wajahnya melihat.

"Okey je ummi, menantu ummi pandai rawat along" balas Tengku Danish seraya menjeling sekilas ke wajah Aaira. Tersengih isterinya itu asyik dipuji dari tadi.

Tengku Seri mengangguk kecil.

"Baguslah kalau macam tu. Kamu berdua pergi lah naik atas, rehat. Kejap lagi nak masuk waktu Asar dah" suruh Tengku Seri.

"Dhanis, ikut along naik. Main dalam bilik" sambungnya lagi. Si kembar akur tanpa apa-apa bantahan. Kedua-duanya terus menarik tangan Aaira menuju ke arah lift. Tengku Danish mengikut dari belakang.

Sampai di tingkat dua, si kembar terus berlari keluar ke bilik mereka. Entah apa lah yang diorang kejarkan sangat.

Aaira mengikut langkah Tengku Danish ke bilik tidur lelaki itu. Tak sabar nak masuk bilik. Nak baring sekejap tunggu waktu Asar masuk. Letih dia mengemas barang-barang mereka di rumah tadi.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now