Bab 37

2.5K 86 6
                                    

" SERIOUSLY dia cakap macam tu?." Soal Puteri. Matanya meluas setelah aku ceritakan kepadanya tentang kejadian semasa Felisha melawat Abang Aidid semalam.

" Ya."

" Dah gila ke perempuan tu? Hilang akal agaknya."

" Entahlah, Put. Sakit hati aku dengar apa yang dia cakap tu. Selamba aje dia. Macam aku ni tak ada perasaan langsung."

" Kenapa kau tak tampar aje muka dia? Kalau aku, aku tampar aje."

" Kita dekat hospital, Put. Aku tak nak buat kecoh."

" Hurmm... Itulah kau. Lain kali tampar ajelah. Biar dia sedar diri tu sikit. Suka hati nak rampas suami orang. Dulu dia yang curang, sekarang gila talak pula. Gila punya perempuan!." Bebel Puteri.

" Apa yang jadi ni, buat aku teringat kejadian berbelas tahun yang lepas. Dulu mama aku yang kena hadap perempuan macam tu. Sekarang aku pula. Cuma kali ni aku tak tahu sama ada aku yang menang atau pun sekali lagi aku akan hadap perkara yang sama. Ditinggalkan macam apa yang ayah aku buat."

" Dina... Kau tak boleh cakap macam tu. Jangan berburuk sangka dengan Abang Aidid. Aku yakin dia tak akan buat macam tu dekat kau."

" Aku bukan nak buruk sangka dengan dia tapi aku takut, Put. Aku dah sayang dia sangat-sangat. Kalau dia tinggalkan aku, aku tak rasa aku boleh hadap semua tu. Dia tinggalkan aku tak sampai seminggu pun, aku dah sasau macam orang gila tunggu dia balas chat aku. Sekarang dia pula tak sedar, kau rasa apa perasaan aku?."

" Aku faham, Dina. Aku faham apa yang kau rasa. Kau kena banyak berdoa untuk dia. Tak lama lagi dia akan sedar. Dan kau, kau kena bersabar. Allah tengah uji kau sekarang. Kalau kau bersabar, banyak ganjaran yang Dia akan bagi."

Aku menghela nafas berat. Kata-kata Puteri perlahan-lahan meresap ke dalam hati. Buat aku rasa insaf buat kesekian kalinya.

Benar kata Puteri. Aku perlu bersabar. Tak guna aku mempersoalkan kehendak Tuhan. Aku hanya seorang hamba. Dan apa yang hambaNya harus lakukan adalah terus bersabar dan berdoa. Bukannya terus mengeluh.

Ya Allah, kau sedarkanlah Abang Aidid semula. Aku rindukan dia sangat-sangat.

Bunyi deringan telefon pintar Puteri mengejutkan kami berdua. Puteri mengangkat panggilan tersebut. Sempat mata aku menangkap nama yang tertera sebagai pemanggil. Naufal.

Mungkin mahu mengajak Puteri pulang. Dah lama mereka datang ke sini.

" Hello, abang. Kenapa call sayang ni?."

" Hah?! Ye ke? Alhamdulillah..."

" Okay. Okay. Sayang ajak Dina ke sana sekarang."

Puteri letak telefonnya. Dia pandang aku dengan wajahnya yang ceria. Buat aku tertanya. Langsung mengerutkan dahi.

" Kenapa Naufal call kau?."

" Dina. Abang Aidid dah sedar!."

" Hah? Serius?!."

" Ya. Tak kan aku nak main-main. Jomlah cepat. Dia cari kau tu."

Aku bingkas bangun. Melangkah dengan pantas bersama Puteri meninggalkan kafe hospital itu untuk ke bilik Abang Aidid.

Setibanya aku dan Puteri di hadapan bilik Abang Aidid, aku nampak Naufal sedang berdiri di luar. Aku menghampirinya.

" Naufal! Betul ke suami aku dah sedar?."

" Betul. Aku dah panggilkan doktor. Doktor ada dekat dalam tengah buat pemeriksaan. Kau sabar sikit, eh?."

Aku mengangguk-angguk. Pandanganku terhala ke arah pintu bilik Abang Aidid. Aku tak sabar mahu masuk ke dalam sana.

URUSAN HATI (new version)Where stories live. Discover now