Bab 29

2.8K 108 0
                                    

" JEMPUT masuk, permaisuri abang." Abang Aidid memberi laluan kepada aku untuk masuk ke dalam rumah.

Aku terpegun melihat dekorasi rumah itu. Nampak simple tapi tetap menarik mataku memandang. Nampaknya semuanya sudah lengkap. Fully furnished!

Aku dah tak perlu susah payah untuk hias rumah ni sebab semuanya dah tersusun elok. Mungkin Abang Aidid dah upah interior designer.

" Lepas ni sayang tak perlu kemas apa-apa dalam rumah ni sebab abang dah upah part time maid untuk kemaskan. Barang-barang dapur pun dia akan belikan. Sayang cuma kena bagitahu dia aje apa yang perlu dia buat dan beli."

Mendengarkan itu, buat kepalaku mendongak. Memandang suamiku yang jelas lebih tinggi dariku.

" Abang upah maid?."

Abang Aidid mengangguk. " Abang tak nak Dina penat buat kerja-kerja rumah. Cukuplah penat dengan kerja dekat hotel tu. Kerja-kerja rumah biar maid yang buat."

Dalam diam, aku tersenyum. Terharu dengan sikapnya yang memahami kerjaku. Tapi aku tetap sedar yang aku tak boleh ambil kesempatan dengan kebaikannya.

" Bila abang beli rumah ni? Dina tak tahu pun."

" Hurmm... Dua bulan yang lepas. Saja abang tak bagitahu Dina sebab abang ingat nak buat suprise."

Aku mengangguk-angguk sahaja. Tak kisahlah dia bagitahu atau tak, asalkan rumah ni selamat dan selesa untuk didiami.

" Abang naik atas kejap. Nak letak barang. Sayang tengok-tengoklah apa yang patut."

Aku mengangguk. Lepas aje Abang Aidid menghilang ke tingkat atas, aku pergi ke dapur. Nak tengok rekaan ruang dapur dia macam mana pula. Ruang tamu dia aku dah puas hati.

Dapur itu ada dua ruang. Dapur basah dan kering. Agak luas dan semua peralatan sudah ada. Dalam peti sejuk pun dah penuh dengan makanan-makanan dan barang-barang basah. Senanglah aku nak masak nanti.

Keluar sikit dari dapur, aku nampak ada kolam renang di luar. Lantas, aku melangkah ke sana. Sliding door dibuka dan aku berjalan keluar.

Luas juga kawasan di situ. Di bahagian kanan kolam renang, ada gazebo kecil dan pokok-pokok bunga di sekelilingnya. Tenang aku tengok. Bolehlah aku buat port lepak petang-petang. Nak hilangkan penat atau berehat di sini.

Tiba-tiba ada satu tangan melingkar di pinggangku dari belakang. Terkejut aku. Mulalah cik jantung berdegup lebih kencang.

" Hai sayang." Bisik Abang Aidid dengan suara yang husky.

Aku telan liur. Terasa hembusan nafasnya di leher walaupun aku pakai tudung. Mata dipejam. Lemah betul aku bila berada di situasi seperti ini. Cepat tergoda. Sisa kekuatan yang ada dikumpul untuk bersuara.

" Ab-abang nak apa?."

" Tak nak apa-apa. Saja aje peluk sayang. Kenapa? Tak boleh?."

" Tak. D-dina tak selesa."

" Tak selesa atau... Malu? Hmm?." Tangannya yang berada di perut mengusap-ngusap di situ. Aku pejam maya buat kesekian kalinya. Ini kalau dibiarkan, tak mustahil kami boleh terbabas.

URUSAN HATI (new version)Where stories live. Discover now