Bab 31

2.3K 98 0
                                    

MANA pula kunci kereta aku ni? Semalam, masa balik rumah aku sangkut dekat sini aje. Pagi ni dah tak ada pula. Aku cari pula dalam handbag. Pun tak ada.

" Cari apa tu?." Suara Abang Aidid. Aku menjeling dia. Merajuk!

" Cari ni ke?."

Aku angkat kepala. Mata terpaku pada gugusan kunci di tangannya. Kunci kereta aku!

Aku mendekatinya mahu mengambil kunci itu tapi dia melarikan tangannya.

" Baklah sini. Orang nak pergi kerja."

" Abang hantar."

" Tak payah."

" Biarlah abang yang hantarkan."

" Tak payah. Orang boleh drive sendirilah."

" Ya abang tahu Dina boleh drive sendiri tapi biarlah abang yang hantarkan. Dina kan isteri abang. Tanggungjawab abang."

Aku mencebik. Ni kes nak pujuk akulah tu. Dah tahu aku merajuk itu yang tiba-tiba baik nak hantar aku pergi kerja pagi ni.

" Abang hantarkan eh?."

" Tak nak. Orang nak pergi sendiri. Bagi sini kunci tu."

Sekali lagi dia menjauhkan tangannya. Langsung tak bagi aku peluang untuk merampas kunci itu darinya. Aku merenungnya tajam.

Abang Aidid senyum sinis. Kedua-dua keningnya naik beberapa kali. Mengejek aku.

Aku mengeluh. " Fine! Orang naik dengan abang."

" Good decision, wifey. Jom kita pergi sekarang."





DALAM kereta...

Tangan aku yang berada di atas peha diraihnya. Aku tarik tangan aku semula. Sekali lagi dia meraih tanganku. Kali ini dia menyulam jari jemarinya ke celah jari jemariku. Tak bagi aku larikan tangan lagi.

Aku mendengus. Jeling dia lewat ekor mata.

" Marah abang lagi ke?."

Senyap.

" Abang minta maaf. Sayang tahu kan abang sayangkan sayang? Sebab itulah abang buat macam tu. Maafkan abang eh?."

Aku hanya diam. Tak adalah marah mana pun dengan dia. Saja nak dipujuk. Lagipun, memang patutlah dia pujuk. Sudahlah tak bagitahu aku yang dia upah Ratna dan Khai untuk intip setiap aktiviti aku. Dah langgar privasi aku kot. Tapi aku juga sedar apa yang Aidid lakukan itu sedikit sebanyak buat aku rasa selamat. Lagi-lagi bila dia upah Khai untuk menjaga aku dari jauh sewaktu aku diganggu oleh Zachary dulu.

" Sayang..."

" Hurm..."

" Maafkan abang tak?."

Aku menoleh ke arahnya bersama renungan yang tajam. Tangan kami yang bercantum itu dibawa ke mulutku dan...

" Arghhh!! Sakit. Sakit. Sakit." Aku gigit kuat kekura tangannya sebelum tangannya dilepaskan. Geram!

Sepantas kilat dia tarik tangannya. Dia mengusap-usap di bekas gigitanku.

" Padan muka. Bluek!." Aku peluk tubuh. Puas hati aku dapat gigit tangannya. Berahsia lagi dengan aku kan? Ha... hambek!

" Oooo padan mukakan abang. Tak apa. Tak apa. Tunggu kejap." Tiba-tiba kereta bergerak perlahan ke sisi jalan dan dia berhenti. Aku lihat dia. Terpinga-pinga.

Abang Aidid membuka seatbelt dan mendekati aku dengan senyuman nakal di bibirnya. Aku tahan dadanya agar tubuh kami tidak terlalu rapat.

" Abang nak buat apa ni? Dah gila ke?."

URUSAN HATI (new version)Where stories live. Discover now