BAB 7

2.6K 98 1
                                    

PERLAHAN-LAHAN aku mencelik. Pandanganku yang kabur semakin lama kian jelas.

" Dina... Kau dah bangun?." Suara Puteri menyapa gegendang telinga.

" Dina..." Suara mama.

Aku lihat sekelilingku. Mulanya aku tertanya-tanya di mana aku berada tapi bau persekitaran itu menguatkan firasatku yang aku kini berada di hospital. Tambah pula bila lihat iv drips yang melekat di belakang tapak tanganku.

" Along pergi panggil doktor sekejap."

" Air..." Puteri cepat-cepat isi air ke dalam cawan dan hulurkan kepadaku. Aku bangun sedikit untuk minum. Lega!

Baring semula lepas itu. Sungguh aku rasa badan aku sangat lemah. Terasa lenguh di seluruh badanku. Kedua-duanya pipiku masih terasa pijarnya. Tanganku juga rasa sakit. Aku selak sedikit lengan bajuku. Nampak lebam di bekas cengkaman Zachary.

Tak lama kemudian, along masuk bersama doktor dan abang Aidid. Doktor itu meminta izin tu memeriksa keadaanku.

" Keadaan Cik Dina baik-baik saja. Cuma suhu badannya agak tinggi. Nanti saya akan suruh nurse berikan dia ubat."

" Tangan dia macam mana doktor?." soal Abang Aidid.

" Mengikut keputusan X-ray, tak ada apa-apa kecederaan yang serius. Tapi kalau Cik Dina rasa sakit sangat beritahu nurse, ya?."

Aku mengangguk lemah.

" Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu."

" Terima kasih, doktor." ucap along, ayah dan abang Aidid hampir serentak.

" Dah pukul berapa ni?."

" 9 malam. 4 jam kau pengsan tadi. Semua orang risaukan kau tahu tak? Nak gugur jantung aku bila abang Aidid call bagitahu kau ada dekat hospital."

" Bukan jantung Puteri aje. Mak Ngah pun sama. Sebab tu lah Mak Ngah risau Dina selalu balik lambat. Takut jadi macam ni lah. Lepas ni tak payah balik lambat-lambat dah. Habis aje waktu kerja terus balik."

Hmmm.... Bila mama dah bersuara, apa lagi yang aku boleh cakap? Dengar ajelah. Tadah ajelah telinga.

" Sudahlah tu, Mah. Budak tu tengah sakit, awak membebel pula. Bukan dia minta semua ni jadi."

" Anak abang ni degil sangat. Cakap saya tak mau dengaq. Tengok sekarang ni apa jadi?."

" Ma... Bukan salah Dina. Budak Zachary tu yang gila. Dina, nanti polis akan datang sini untuk ambil keterangan Dina."

" Keterangan?."

" Ya. Dua orang guard yang jaga petang tadi nampak apa yang berlaku. Dia oranglah yang call ambulan dan buat laporan polis. Sekarang ni polis tengah cari Zachary. Harap-harap dia kena tangkap secepat mungkinlah. Along risau kalau dia tahu Dina dekat sini dan buat lagi teruk daripada ni."

Tubuhku menggigil sedikit bila teringat bagaimana dia mencengkam tanganku, mengheretku dengan kasar, menampar kedua-dua belah pipiku dan menolak aku jatuh ke tanah bila dia mahu larikan diri. Tanpa sedar air mataku mengalir laju di pipi.

" Dina takut..."

Mama menghampiri aku. Tubuhku dipeluk mama erat-erat. Mama mengusap-usap aku. Sedikit sebanyak buatkan aku rasa tenang.

" Dina jangan takut. Semua orang ada untuk jaga Dina. Kami tak akan biarkan dia kacau Dina lagi." Kata Mama.

" Hmmm... Betul tu. Abang dah suruh orang-orang abang cari dia juga. Abang tak akan biar dia terlepas." Aku pandang abang Aidid. Riak wajahnya benar-benar buat aku rasa yakin yang aku akan selamat.


URUSAN HATI (new version)Where stories live. Discover now