Bab 34

2.3K 83 1
                                    

SAYANG turun kejap. Abang ada dekat lobi.

Selepas aku terima mesej dari suami aku itu, aku bergegas turun ke bawah. Hairan aku. Selalunya dia akan naik ke pejabat aku kalau datang ke hotel ni. Tiba-tiba hari ni dia minta aku turun ke bawah pula.

Tiba sahaja di lobi, aku mendekati dia yang sedang berada di luar pintu masuk. Sedang bersandar pada kereta Range Rover hitamnya. Seperti selalu, Abang Aidid berpenampilan kemas. Berkot hitam dan kemeja biru muda di dalamnya.

Mungkin rasa dirinya didekati seseorang, Abang Aidid mengangkat kepalanya dari memandang telefon. Bibirnya mengukir senyuman kepadaku.  Aku membalas senyumannya.

" Kenapa abang suruh Dina turun? Selalunya abang naik ke atas." Soalku.

" I'm rushing. Abang nak kena pergi China. Flight abang pukul 2."

" China? Kenapa?." Soalku dengan nada perlahan. Hati mula disapa pilu.

" Abang kena settlekan kerja abang dekat sana. Kalau diikutkan staf abang dekat sana boleh aje handle tapi ni melibatkan klien yang sangat penting untuk company abang dekat sana. So, abanglah yang kena handle."

" Lama ke abang pergi?."

" Hmm mungkin dalam 3 ke 5 hari."

Lamanya!

Aku telan liur. Memikirkan yang aku bakal ditinggalkan Abang Aidid selama beberapa hari buat aku jadi takut. Entah kenapa aku jadi begini. Sebelum ni aku rasa okay aje bila dia nak ke mana-mana sekalipun sebelum kami berkahwin. Tapi kenapa lepas kami berkahwin, aku rasa lain. Belum apa-apa lagi aku dah mula rasa rindu.

" Sayang... Okay tak?."

" Okay aje." Aku cuba tayang reaksi tenang walhal hatiku berkata sebaliknya.  Mood ceria aku dah jatuh merudum.

" Abang dah call mama bagitahu yang sayang akan tidur dekat sana sementara abang masih dekat China. Baju-baju sayang pun abang dah kemaskan dan abang dah suruh P.A abang hantarkan ke rumah mama. Sayang terus balik rumah mama lepas habis kerja okay?."

" Okay."

Abang Aidid melihat jam di pergelangan tangannya. Kemudian, dia pandang aku. Aku tahu apa maksud pandangan itu.

" Abang dah kena gerak ke airport."

Dia hulur tangannya. Aku menyambut dan mencium tangannya. Dia tarik tubuhku ke dalam pelukan. Tanpa sedar, aku membalas pelukannya. Malah mengeratkan lagi. Buat aku bertambah sebak.

" Sayang jaga diri masa abang tak ada okay? Bagitahu abang dulu nak pergi mana-mana dan jangan keluar seorang-seorang. Bawa teman. Okay?."

Aku diam. Dia tak tahu mata aku dah berair. Pertama kali bakal ditinggalkan olehnya. Rasa macam dia nak pergi dan tinggalkan aku buat selama-lamanya saja.

" Sayang... Dengar tak abang cakap ni?." Dia tolak tubuhku sedikit. Daguku didongakkan. Terus pandangan kami bersatu. Dia merenung redup.

" Hey, why are you crying?."

Aku menunduk. Makin banyak pula air mata yang turun walhal aku dah cuba kuatkan diri untuk tidak menangis.

Dia kesat air mataku dengan tangannya. Dahiku dikucupnya lembut. Penuh kasih. Menitis lagi air mataku.

" Abang pergi sekejap aje. Tak lama pun. Nanti abang baliklah." 

" Abang janji abang akan siapkan kerja tu cepat-cepat dan balik cepat-cepat."

Aku sekadar mengangguk lemah. Mengiyakan sahaja janjinya yang belum tentu ditepati itu.

" Abang pergi dulu. Bye, sayang."

URUSAN HATI (new version)Where stories live. Discover now