Bab 27:Hadirnya Dia

Magsimula sa umpisa
                                    

Tak lama kemudian, Cikgu Dayang, guru kelas 5 Ino memasuki kelas itu. Mikhail mengucapkan salam dan disusuli semua murid di kelas itu. Mikhail sempat mencuri lihat wajah Niya dan memandang ke hadapan. Mikhail terkedu, pandangannya gelap seketika, peluh mula memercik, fikirannya tak tentu arah. " Kenapa dia ada di sini? " bisik hati Mikhail, pelajar yang lain mula berbisik-bisik antara satu sama lain.

" Baiklah, Waalaikumsalam w.b.t. Hari ni cikgu akan kenalkan kamu dengan murid baru kita. Tengku Ariyan Rizky Bin Tengku Rizman. " kata Cikgu Dayang. " Jadi betullah dia Riyan. Riyan yang aku kenal! " bisik hati Niya, Riyan memandang Niya. Niya menelan air liurnya rakus, " Apasal dia tengok aku macam tu? " bisik hati Niya. " Nama aku Tengku Ariyan Rizky Bin Tengku Rizman. Aku harap korang boleh bagi tunjuk ajar dekat aku, selamat berkenalan. " kata Riyan. Mereka semua bertepuk tangan, " Kalau kamu semua ada soalan silalah tanya, sementara kita masih ada masa sikit ni. " kata Cikgu Dayang.

Wana mengangkat tangan, Cikgu Dayang membenarkan Wana bertanyakan soalan. " Awak single kah? " soalan Wana membuatkan satu kelas bersorak, Wana menepuk tangan Ezy dan Rachel. " Ehem, setakat ni saya masih single lagi. " jawab Riyan, mereka bersorak lagi. " Oi Wana! Dah fade up dengan Mikhail kau nak try dia pula kah? " teriak Lio, bertambah kuat sorakkan mereka. " Alah Lio apa salahnyakan? " kata Wana, ada yang menganggap itu aksi romantik, ada juga yang menganggap itu sebagai kelakuan kurang sopan Wana. Sementar itu Achai, Yusry, Zaid, Naim, Jimi dan Mikhail memang dah berapi memandang Riyan. Masih panas lagi tentang peristiwa hari itu.

Selesai sesi soal jawab, Cikgu Dayang mengarahkan supaya Riyan duduk di sebelah Hazrul. Riyan menuju ke tempat tersebut, tempat itu berada dua baris di hadapan sebelah kiri Niya. Sebelum duduk, sempat Riyan memandang Mikhail. Mikhail hanya membuat acuh tak acuh, walhal perasaan gelisah menyelubungi hatinya. " Ya Allah, apa dah jadi ni? " bisik hati Mikhail.

Pada waktu rehat, Riyan keluar rehat seorang diri. Dia murid baru, belum ada geng di sekolah ni. Tapi, semasa di kantin, dia dikerumuni oleh sebahagian senior, rakan sebaya dan junior perempuannya. Belum sampai sehari Riyan sudah memjadi popular dan menjadi jejaka hangat di sekolah ini. Ada yang sebok nak minta number phone, ada yang minta id wechat, ada yang minta itu minta ini bla.. Bla.. Bla... Macam biasalah perempuan muka tembok ni memang tak ada perasaan malu bila berdepan lelaki. Riyan pun apa lagi, layan ja lah~

" Dahsyat juga si Riyan tu, belum sampai sehari sudah ramai peminat. " kata Fira, " Habislah Mikhail, tak lama pupus lah kepopularan dia tu. " kata Hafsirah. Niya hanya memakan sandwich nya dan menjadi pendengar setia. " Tapi aku dengar dia ni tak berngam dengan team bola sepak kita tu. Terutama Mikhail lah! " kata Elly, " Ha? Kau tau cerr kah? Ceritalah lah! " pinta Hafsirah. Niya menjadi berminat untuk tahu, dia tiba-tiba berminat kalau pasal Mikhail.

" Macam ni, aku dengar dari cousin aku yang sekolah di Sekolah Menengah Tun Musafir Shah tu! Si Riyan ni main kotor, masa game dia asyik nak kerjakan si Mikhail ja! Tapi ada satu part tu, dia buat Mikhail jatuh tergolek di atas padang, Mikhail apa lagi, dia dah panas, dia tumbuklah si Riyan! Sampai game tu terpaksa ditangguhkan! Geng Mikhail pun panas lah, gara-gara si Riyan ni, game tak habis! Lagi satu, Mikhail sampai kena tindakan disiplin oleh Cikgu Ryzal. " kata Elly dalam nada separuh berbisik. Mereka semua begitu kusyuk mendengar cerita Elly.

" Wow, ni cerita panas! " kata Rina, " A'ah, agaknya ni lah sebab kenapa diorang tu macam ada ja yang tak puas hati! Masa nampak Riyan tadi pun, Mikhail dah genggam penumbuk. Aku ingat dia nak tumbuk Niya tadi, aku dah stand by dah nak back up Niya. " kata Fira. " Ah, banyaklah kau! Badan kecik, kurus macam kau ni nak back up Niya? Silap-silap kau yang hancur berkecai! " kata Hafsirah, " Eh, kau jangan pandang sebelah mata! " kata Fira. Mereka ketawa riang, Niya hanya mengeluh panjang. " Kenapa aku tak tahu. " bisik hati Niya.

My Lovely Crush❤ Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon