BAB 54

652 26 4
                                    

"Ibu?!" Jerit ku. Buat apa ibu dekat sini?

"Sayang, someone call you."

"ARYSSA AMEERA?!"

"Hah?" Sekarang semua mata memandang ibu kemudian Ameera bersilih ganti.

"Do i know you?" Soal Ameera.

Jahatnya adik aku ni.. ikut perangai siapa la kan?

"Ameera.. sanggup kamu tak kenal ibu sendiri." Ibu berkata dengan nada yang sedih. Aku melihat di belakang ibu, abang Aryan dan abang Afeeq berdiri menunduk. Diorang pun ada?

"Abang yan, abang feeq.. kenapa korang ada dekat sini? Macam mana korang tahu kitaorang dekat sini? Kenapa bawa ibu datang sini?" Bertubi tubi soalan yang diberikan olehku.

"Jangan salahkan mereka. Ibu yang paksa mereka beritahu dimana kamu berada."

"Tapi, Ary tak bagitau location pun. How do you guys know?" Aku memandang abang abangku dengan pandangan tajam. I think they hide something.

"Sudah, sekarang ni, apa masalah kamu berdua ni? Hah Aizat, Aryanna? Nak main main pun tak payah lah pakai pistol. And macam mana Ameera boleh ada dengan kamu Aizat? Kamu berdua ni... cukup lah ayah kamu sahaja yang masuk penjara, ibu tak nak kamu berdua juga masuk sekali." Aizat ni ha.. tak puas hati dengan orang. Orang buat lek buat pis arh, ni nak matii awal. 

"Ibu tahu, diorang semua ni la yang buat ayah masuk penjara. Aizat nak tolong ayah balas dendam dia ja dekat Aryanna ni."

"Kau tahu kenapa aku nak bunuh ayah kau? Ayah kau penyebab kematian mak bapak aku! Kau ingat kau sorang ja yang boleh simpan dendam? Bro, kalau berdendam dengan ayah aku pun face to face lah! Pengecut sangat ke sampai nak kena libatkan semua orang dalam dendam kau tu? Ibu pernah baca kan artikel pasal pesawat EF1445 terhempas? Mama papa Ary ada dalam pesawat tu. Dan punca pesawat tu terhempas disebabkan disabotaj oleh orang luar. Dan orang luar itu ialah suami ibu sendiri Helmi Abdullah." 

"Apa kena mengena dengan Aryssa Ameera dalam kes korang ni pula?" Tanya ibu.

"Pada 15 tahun yang lepas, Papa bawa lari Ary dengan Ameera daripada ibu. Yes, papa kejam tetapi papa buat tu disebabkan Helmi Abdullah tu nak serang keluarga kita. Memang Helmi berdendam dengan papa dari dulu lagi. Papa tak sempat nak selamatkan Ameera dan Helmi bawa Ameera jauh dari negara Malaysia. Helmi dah ubah fikiran Ameera yang keluarga kandung dia jahat. Helmi tak pernah tunjuk langsung siapa ahli keluarga dia." Aku berhenti berkata seketika. Penat weyh nak terang satu satu.

"Sehingga sekarang, Ameera masih tidak tahu siapa keluarga betul dia. Macam yang ibu nampak Ameera, tak kenal langsung ibu. Selama ini ibu cari Ameera di merata tempat. tapi ibu tak tahu selama ini dia ada dekat ja dengan ibu tetapi di bawah jagaan suami baharu ibu. Dan, Helmi Abdullah hanya kahwin dengan ibu atas harta ibu ja. Dan melalui ibu dia senang nak cari di mana Ary berada." Akhirnya, kesemua rahsia Helmi Abdullah telah aku rungkaikan. 

"So selama ini hubungan kita bukan atas cinta lah, Afreen?" Tanya Ameera.

"No, I'm just babysit you. My father give me money to take care of you and ubah fikiran you menjadi lebih teruk." Stefzan dengan bangganya senyum kepada Ameera.

"So selama ni apa yang you buruk-burukkan family I semua tak betul..Damn it!"

"Yes.. clever girl. Tak sia sia I jaga you."

PANGG!

Satu tamparan kuat hinggap di pipi Aizat. Kuat dia tu memang kuat betul. Sampai kesini rasa dia.

Ameera mengeluarkan satu pistol di belakangnya lalu dengan sekelip mata dua das tembakan dilepaskan. Terbuntang kesemua mata yang berada disitu. Melihat Aizat yang mati mengejut bersama dua lubang di dahi membuatkan ibu jatuh pengsan.

Never Ending Love Where stories live. Discover now