BAB 37

505 51 3
                                    

Hari ini hari pertunangan Syahirah Emirza. Syahirah still tak tahu yang dia akan jadi tunang orang. Harap harap aku tak kena bunuh dengan dia lah bila dia dapat tahu yang aku pun bersubahat dalam kes ni. Sorry Sya, but aku pun tahu kau suka si Farhan tu.

"Sayang, awak pergi rumah Sya dulu ya? Nanti saya datang dengan Farhan." Fazrien berkata sambil menyikat rambutnya.

"Alright. Saya pergi sekarang eh. Jumpa nanti." Aku mencium kedua dua belah pipi Fazrien lalu keluar untuk pergi ke rumah Syahirah.

Sesampai sahaja di rumah keluarga Sya, aku masuk kedalam rumah yang pintunya sudah luas terbuka. Memang perangai aku, Qistyna and Irdhina macam ni. Buat rumah family each other macam rumah sendiri.

Aku masuk kedalam rumah dan dapur dituju. Aunty Syar yang sedang memasak lauk aku sergah.

"AUNTY!" Badan aunty Shar terangkat sedikit disebabkan terkejut.

"Aryanna!" Telingaku ditarik menyebabkan aku mengaduh kesakitan. Sakit ooo, nak rasa?

"Okay okay aunty. Sorry sorry, Ary tak janji Ary tak kacau aunty dah."

"Okay." Aunty Shar melepaskan telingaku. "Kenapa Ary datang awal sangat? Majlis tak mula lagi kan.."

Ya.. mama Sya dah tahu yang ada orang nak hantar rombongan meminang. Tapi aku tak bagi aunty Shar bagitahu Sya.

"Ary datang sebab Ary nak kejut anak aunty lah. Confirm dia terbongkang atas katil lagi. Dah nak jadi tunang orang pun bangun lambat lagi." Aunty Shar hanya menggeleng sahaja dengan bebelanku.

"Bebel je kerja awak yee.. dah pergi bilik Emirza. Kejut dia." Aunty Shar menolakku keluar dari dapur. Aku terus naik ke tingkat atas untuk kebilik Syahirah.

Pintu bilik dibuka. Dan sangkaan aku betul. Manusia yang nak bertunang tu masih tidur diatas katilnya. Aku pergi kearah katil lalu melompat keatas katil tersebut menyebabkan Syahirah terjaga dari lenanya.

"Ary? Kau buat apa dekat sini?" Sya berkata dengan suara yang seraknya itu. Baru bangun tidur kan..

"Kau kena bangun cepat woi. Nanti ada orang nak datang." Aku berkata tetapi hanya kedengaran dengkuran diberi sebagai jawapan.

"Woi!" Aku menampar kaki Sya dan menyebabkan Sya kembali terjaga.

"Kau dengar tak? Aku kata mandi. M.A.N.D.I" Ejaku satu persatu huruf bagi membentuk perkataan 'mandi'.

"Awal lagi gila, nak mandi pun. Baru pukul 9. Kau pun tahu aku mandi pukul 3." Jawab Sya dalam keadaan mamai.

"Kau ni, sabar jap. Aku tolong kau." Aku bangun lalu mengambil sebaldi air lalu mencurah ke atas muka Sya.

"Ha.. aku dah pernah kata, sekali aku suruh, buat cepat cepat. Kan dah dapat hadiah.." Syahirah hanya memberikan jelingan maut lalu bangun masuk kedalam bilik air untuk mandi.

Settle masalah aku.

Beberapa minit aku menunggu, akhirnya keluar juga manusia bergelar Syahirah ini. Dia mandi ke buat bilik mandi?

"Cepatnya mandi, kenapa tak mandi lama sikit."

"Perli perli, dosa. Aiyok." Ujar Sya sambil menggerakkan jari telunjuk ke depan dan ke belakang. Aku menggulingkan biji mata.

"Pakai baju elok sikit lah, orang special tau nak datang hari ni." Aku berkata. Boleh dia pakai hoodie dengan tracksuit ja. Bakal mak mertua nak sarung cincin ni, sopan sikit bro.

"Buat apa? Siapa nak datang?"

"Adalah, rahsia. Kejap." Aku bangun dari birai katil lalu pergi ke arah walk in closet yang terdapat dalam bilik Syahirah.

Never Ending Love Onde histórias criam vida. Descubra agora