BAB 7

891 70 3
                                    

Seperti yang dijanjikan, aku membawa abang Feeq ke Shopping Mall. Bermacam-macam makanan dia beli, habislah duit aku macam ni. Abang Afeeq ni pun nafsu makan mengalahkan aku yang perempuan.

"Oi, Abang!! Cepatlah sikit pilih makanan tu!!" jeritku kepada Abang Afeeq yang sedang memilih di kaunter restoran KFC itu.
Entah perut apa dia guna, sampai semua makanan dia nak makan.

"Kejaplah, cuba sabar sikit." jawab Abang Feeq lalu kembali memilih set makanan.
Kepala hotak dialah, dah berapa jam entah dia berdiri kat situ sebab nak pilih makanan je. Akak yang jaga kaunter tu pun naik menyampah tengok dia. Dari tadi aku tengok akak cashier tu bersabar. Macam mana aku tau ? Sebab dia cantik. HAHAHHA gurauww aku bukan lesbian ahh .. actually sebab aku selalu je nampak yang dia tarik nafas dalam dalam beberapa kali. Tengok tu, dia senyum pun aku tau senyum menahan marah. HAHAHAHAH..tabah lah akak oi...

Korang tak boleh tengok muka akak cantik ni. Aku je boleh 😎

Disebabkan terlalu bosan menunggu Abang Feeq, aku mengambil telefon yang berada dalam handbag lalu aplikasi 'Subway Surf' dibuka untuk bermain. Ketika aku sedang sibuk bermain, abang Feeq datang bersama dengan........



tangan kosong?

"Oi, jom balik." aku yang terkejut dengan suara abang Feeq terus terlempar telefon milikku sehingga jatuh ke lantai. Huaa aku punya manusia dah kena tangkap dengan polis. Issh ..kalah dah. Eh jap... Membulat mataku melihat telefonku yang sudah jatuh tercium lantai. Dengan pantas, aku mengangkat telefonku lalu memeriksa keadaannya. Alhamdulillah pecah 😤

"Hahahaha kesian. Phone jatuh ke?" Abang Feeq tertawa kuat hingga membuatkan orang ramai melihat ke arah kami.

"Kau ni! Nak gelak tu perlahanlah sikit. Gelak macam dah nak mampus! Ganti balik telefon aku lah"

"Eiiii suka hatilah. Aku yang gelak bukan kau. Kau yang bagi jatuh. Kau lah kena beli lain. Meh sini aku tengok. " Abang Afeeq merampas telefon aku yang dah hancur berkecai seperti mana hatiku hancur melihatnya...

Tibeh

"Alah.. ni letak selotep ni helok lah ni. Macam jungkook buat tu. Engko tak kenal. Aku peminat nombor satu diorang tau. Ko adoo ??" Kata babun tu. Nak suruh aku balut dengan selotep ? Ni telefon ni belum tentu hidup lagi. Haih...

Aku mengambil semula aku punya telefon. Aku ambil simcardku dan telefon tu aku buang dekat tong sampah sebelah ku.

"Pape je la. Mana makanan kau? Kosong ja, takkan kau makan kat kaunter tu?"

"Ish,aku tak jadi beli. Aku nak pergi restoran lain pula." merah mukaku menahan marah. Gila aku tak marah, lama kut aku tunggu dia tapi dia tak beli apa-apa pun. Lepastu telefon aku pulak rosak. Ahh kenapa aku pujuk dia semalam. Patutnya biar je dia mampus mati kebuluran duduk dalam bilik tu.

"Pergi mati." ujarku seraya itu meninggalkan abang Feeq yang sedang menahan ketawa melihat mukaku.

"Woi!! Relax arh Ary!! Janganlah marah!!" jerit Abang Feeq sambil mengejar langkahku yang semakin jauh.

Aku pergi ke kedai Machine untuk membeli telefon baru. Aku yang nak beli abang Afeeq pulak mata bersinar sinar macam nampak makanan memandang Iphone 13 kat depanku ini.

Selepas membuat pembayaran, kami punpulang kerumah...

|| -_- ||

Agak lewat kami balik hari ini, semua salah abang Feeq.
Aku melangkah masuk ke rumah dan berlalu terus ke bilik. Sepanjang perjalanan pulang tadi, aku hanya mendiamkan diri sahaja. Rasa marah terhadap abang Feeq masih ada. Manusia tapi perangai kalah monyet dekat hutan. Monyet lagi helok.

Never Ending Love Where stories live. Discover now