BAB 34

559 55 8
                                    

"Assalammualaikum mummy!" Fazrien dan aku memberi salam seraya membuka pintu rumah.

"Waalaikumussalam!" Suara seseorang menjawab salam kedengaran dari arah dapur. Mesti Mummy!

"Ha dah sampai, lama betul tak datang sini." Ujar Mummy lalu tubuh aku di tarik masuk ke dalam pelukkannya setelah itu tubuh Fazrien pula dipeluk.

"Sorrylah Mummy, busy beberapa hari ni." Jawab Fazrien dengan sengihan.

"Busy konon, baru sekolah bukan kerja lagi pun."

"Ya la, Fazrien busy dengan kelas tambahan. Sekolah tu, spm lambat lagi tapi dia buat macam minggu depan nak exam."

"Kutuk atuk eh? Saya bagitahu atuk." Ujarku secara berbisik.

"Mana ada saya kutuk."

"Ha bisik-bisik apa tu? Dah, pergi naik atas. Nanti turun makan."

"Baik mummy." Kami berdua akur lalu menaiki anak tangga ke atas.

Pintu bilik itu dibuka dan kami melangkah masuk ke dalam. Bagasi milik kami berdua di letakkan di tepi katil.

Fazrien melompat ke atas katil lalu berguling-guling di atas katil itu. Langsung tak hiraukan aku yang sedang mengemas pakaian untuk diletakkan dalam almari.

"Sayang, what are you doing?" Baru perasan kewujudan aku.

"Tengah masuk competition calon isteri terbaik." Ujarku lalu bangun untuk meletakkan pakaian-pakaian yang dilipat tadi.

"Eh, tak payah masuk pun takpa. Awak dah memang isteri terbaik untuk saya."

"Bukan untuk awak, untuk orang lain. Kalau saya masuk competition ni and menang maybe boleh dapat suami jutawan. Best betul." Sinisku, mataku terarah tepat ke arah muka Fazrien yang menayangkan wajah beku.

"Tak sempat awak menang, lelaki tu dah mati." Ujarnya dingin lalu berpusing ke arah lain.

"Awak jealous ke?" Fazrien tidak menjawab, hanya diam sahaja. Mesti merajuk.

"You ignored me, Fazrien?" Masih tidak menjawab.

"Gurau sikit, merajuk. Apa lah awak ni." Aku bergerak ke arahnya, bahunya aku sentuh perlahan.

"Hey, I'm sorry okay? Janganlah merajuk, saya gurau je.." Dia menoleh ke arahku lalu jari telunjuknya menyentuh pipi kanannya. Aku mengangkat sebelah kening.

"Huh?" Tidak menjawab, jari telunjuknya masih terletak di pipi. Aku mengerut dahi namun beberapa saat kemudian, aku dapat meneka apa yang Fazrien inginkan.

Pipinya aku cium dan terbit senyuman lebar di bibirnya. Dia bangun dari pembaringan lalu kedua pipiku dicium lembut.

"Merajuk lagi?" Dia menggeleng laju.

"Thanks for the kiss, sayang." Aku menggulingkan biji mata. Sepanjang aku hidup dengan Fazrien ni, banyak kali juga lah mata aku terguling. Sian mata aku. Mesti pening.

"Jom turun bawah." Fazrien mengangguk, kami sama-sama menuruni tangga ke bawah.

----
Fazrien Ammar POV

Telefon yang berada di atas meja, aku ambil. Asyik berbunyi dari tadi tapi aku tak angkat sebab malas.

"Banyak betul missed call." Aku menelefon kembali nombor Khairul dan beberapa saat kemudian panggilan itu diangkat.

"Kau-"

"Woi lancau, kau pergi mana sia?! Asal tak angkat?!" Aku menjarakkan telefon dari telingaku.

Never Ending Love Where stories live. Discover now