BAB 31

582 52 11
                                    

           Kereta Alphard berwarna putih berhenti di hadapan rumah agam tiga tingkat itu. Aku keluar dari perut kereta diikuti Fazrien dibelakang. Tanpa salam, aku terus masuk ke dalam rumah.

Air mataku tak berhenti-henti mengalir sejak tadi. Jantung aku berdegup kencang.
Wajahku sudah pucat seperti mayat. Abang Aryan yang baru sahaja menamatkan panggilan dengan seseorang itu menoleh memandangku.

"Ary, we need to go to the hospital right now." Sejurus abang Aryan berkata begitu, air mata aku semakin laju mengalir.

Ya Allah, aku tak sanggup kehilangan mama dan papa.

"Sayang, jom kita pergi hospital ya?" Fazrien mengusap pipiku yang sudah dibasahi air mata. Dia memegang tanganku lembut lalu menarik aku untuk masuk ke dalam kereta. Kereta Velfire yang dipandu abang Aryan meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah.

----
"No, tak mungkin ni mama dan papa! Mama dan papa masih hidup!" Tubuh dua mayat yang sedang terbaring kaku itu aku pandang tidak percaya.

Keadaan mereka begitu mengerikan, dengan tangan yang sudah terputus. Kepala yang sudah terkeluar isinya. Allah, aku tak kuat untuk menerima semua ini..

"Ary, Allah lebih sayangkan mama dan papa. Kita kena terima takdir yang telah ditetapkan." Ujar abang Afeeq seraya memegang bahu kananku.

Rantai yang ada dileher mangsa itu aku lihat. Rantai yang aku hadiahkan untuk mama pada hari jadinya. Aku masih tak dapat menerima kenyataan yang mama dan papa pergi meninggalkan aku secepat ini.

Baru lima orang mangsa sahaja yang ditemui, mangsa yang lain masih dalam pencarian. Di antara lima orang mangsa yang ditemui, mama dan papa adalah salah seorang mangsanya. Penyebab terhempasnya pesawat masih belum diketahui.

"Mama dan papa belum mati lagi kan awak?" Tubuhku ditarik ke dalam pelukan Fazrien. Aku sembamkan wajahku pada dadanya. Air mata aku membasahi baju Fazrien. Fazrien mengusap belakang badanku dan itu membuatkan aku sedikit tenang dari sebelumnya.

"Dah nak masuk waktu Zohor ni, jom kita keluar dulu." Fazrien dan abang Afeeq mengangguk sedikit.

"Sayang, kita solat Zohor dulu ya?" Aku menjarakkan diriku dari Fazrien lalu anggukan diberikan.

Aku yang ingin keluar tiba-tiba terhenti apabila kepalaku tiba-tiba berdenyut kuat. Lututku terasa longgar untuk berdiri, hampir sahaja aku terjatuh namun sempat disambut Fazrien.

"Sayang, kenapa ni?" Aku tak mampu menjawab. Mataku kabur dan lama-kelamaan ia berubah gelap.

----
Aku membuka mata perlahan-lahan saat merasa ada seseorang menyentuh tanganku. Aku menoleh ke arah kiri dan wajah Fazrien menyapa pandangan.

"Awak." Fazrien mendongak memandangku lalu bibirnya mengorak senyuman nipis.

"Awak nak apa-apa ke sayang?" Aku menggeleng laju. Aku memandang sekeliling bilik berwarna putih itu.

"Mama dan papa mana?" Saat soalan itu keluar dari mulutku, riak wajah Fazrien terus berubah. Pipi kananku diusap Fazrien lembut.

"Mama dan papa dah takde sayang."

"Jangan buat lawak pasal benda ni la Fazrien." Aku memandangnya tajam. Namun wajah Fazrien yang tidak menunjukkan dia sedang berjenaka membuatkan air mata aku kesekian kalinya jatuh membasahi pipi.

"Awak tipu! Awak tipu! Mama dan papa ada lagi lah! Mama dan papa belum mati!" Aku memukul dadanya berkali-kali bersama air mata yang laju mengalir.

Pintu bilik wad dibuka seseorang dari luar. Aku masih lagi melakukan tindakan yang sama, memukul dada Fazrien.

"Fazrien, kenapa ni?" Terdengar suara abang Aryan menyoal.

Never Ending Love Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ