BAB 45

425 38 2
                                    

Fazrien Ammar POV

Aku bergerak ke sana ke sini. Tak ubah seperti orang gila. Huh, macam mana tak gila kalau isteri aku dekat dalam bilik pembedahan. Siapa hero cerita ni sebenarnya? Aku ke dia? Sepatutnya aku yang kena, bukan dia.

Dia ingat dia ultraman zero ke apa? Fikir nyawa orang, nyawa sendiri tak fikir. Ugh, boleh gila aku macam ni.

Lambat lagi ke doktor ni pun? Perlu ke aku jadi orang gila dan pecah masuk dalam bilik pembedahan ni? Ah! bodohnya fikiran kau ni Fazrien.

Aku berhenti bergerak apabila pintu bilik pembedahan dibuka. Seorang doktor lelaki keluar dari bilik itu. Huh, lelaki? Maksudnya dia sentuh isteri aku lah kan.

FAZRIEN, SEKARANG BUKAN MASANYA KAU NAK CEMBURU!

"Doktor doktor doktor. Macam mana isteri saya doktor? Dia hidup lagi kan?" Doktor lelaki itu memandang aku atas bawah. Macam aku ni curi ubat-ubatan dekat hospital ni.

"Doktor..?" Aku melambai lambai tanganku dihadapan muka doktor lelaki itu.

"Ah ya, isteri? Kamu ni macam still pelajar sekolah ja. Serius lah isteri?" Aku memandang pakaian yang sedang di pakaiku. Baju sekolah, memang doktor ni pelik arh.

"Jodoh sampai awal. Sibuk arh doktor. Saya nak tahu keadaan isteri saya. Bukan nak kena soal jawab dengan doktor."

"Ouh, ha ya. Isteri kamu Alhamdulillah okay. Luka dia tak terlalu teruk. Cuma dia tak boleh banyak bergerak. Sebab takut jahitan terbuka."

"Tu je?"

"And dia masih hidup. Itu sahaja. Saya pergi dulu." Aku mengucapkan terima kasih lalu pergi ke kaunter pertanyaan untuk bertanya dimana Aryanna ditempatkan.

Tombol pintu dipulas ku, dan terpampanglah Aryanna yang sedang bergelak tawa melihat sesuatu di telefonnya itu.

Macam tak sakit je dia ni.

"Oi, gelak gelak apa tu." Tegurku.

"OH MAK KAU TERBANG!" Terbang telefon yang dipegangnya. Nasib jatuh atas katil. Kalau tak, habis duit aku kena ganti.

"Mummy boleh terbang eh?"

"Ish, tak payah lah terkejutkan orang." Aryanna berkata bersama muncungan dibibir. First time dia buat muka macam tu.

"Arh, tak payah nak buat buat comel. Saya nak marah awak ni."

"Tapi saya comel kan?" Kenyitan diberi kepadaku.

"Boleh lah.. forget about that." Aku duduk di kerusi sebelah katil Aryanna.

"Yang awak tu nak jadi Ultraman selamatkan saya tadi kenapa? Tak sabar nak mati dah? Nasib kaca tu tak tertusuk jantung tau." Sambungku lagi.

Aryssa Aryanna POV

Mula dah ceramah tak berbayar dia... Apa yang aku patut buat eh bagi dia stop?

"Relax arh.. tak mati lagi."

"Memang lah tak mati lagi, tapi seronok lah sakit sakit macam ni?"

"Tak.."

"Then, you still sacrifice your life for me?"

"Yes, because i love you! Takkan saya nak bagi awak mati kot!" Fazrien terdiam. Yes, taktik aku berjaya!

"Bahaya tau awak buat macam tu. Kalau saya hilang awak, murung saya setahun."

"Setahun je? Nampak sangat tak sayang isteri betul betul."

"Murung saya selama lamanya."

"Tak ikhlas."

"Ish." Hidungku ditarik perlahan. Suka sangat main hidung orang. Hidung sendiri ada. Nak juga orang punya.

Never Ending Love Where stories live. Discover now