~Desire and Obsession 26~

3.4K 134 8
                                    

~You don't die from broken heart-
You only wish you did~

🌼🌼🌼

"Saya tak akan ambil tindakan terhadap awak tapi pastikan hal begini tidak berulang." Itulah pesanan Puan Kamariah semasa Ayu berhadapan dengannya di bilik office House Keeping department.

"Jadi hari ni saya kira awak syif pagi. Sepatutnya masuk tengah hari kan? Tak apa, alang-alang dah datang ni." Tambahnya lagi.

Selepas mengucapkan terima kasih, Ayu pantas menukar uniform dan mengorak langkah mencari keberadaan Faizal. Rupanya lelaki itu di aras 3. Mengvakum karpet lantai berbulu seorang diri.

"Nokk, aku ingat kau balik sambung tidur." Katanya tergelak bila menyedari kedatangan Ayu. Mesin vakum lantas di matikan. Penyapu bulu pula dikeluarkannya dari trolley.

"Banyak lah kau punya tidur." Balas Ayu seraya menepuk bahu Faizal.

"Apa cer? Kau kena gantung berapa lama?" Soalnya mengejek.

Ayu dah putar bebola mata. "Hukumannya, aku kena masuk syif pagi hari ini. Tak nampak ni aku pakai uniform." Balasnya dengan tangan cuba mencapai spray dari dalam trolley.

"Setan betul lah si Jannah tu kan. Aku selalu nampak dia pun mengular ke cafe selepas waktu lunch. Geram je aku tengok perempuan tu!" Faizal dah mula dengan omelannya.

"Aku tak minat lah pasal Jannah. Ni aku nak tanya. Siapa ya lelaki yang selalu dengan Tuan Adam tu? Aku tak pernah nampak pun dia kat sini sebelum ni." Laju saja Ayu menukar topik. Kalau cerita pasal Jannah, sampai ke esok pun masih tak habis mengumpat.

"Oh yang handsome badan sado bahu lebar tu eh?" Nampak keterujaan di mata Faizal.

"Amboi, kemain kau eh!" Ayu memandangnya atas bawah seolah tak percaya dengan apa yang baru didengarnya.

"Tak lah, nokk. Aku suka tengok badan ketak-ketak dia tu." Selamba bahu Ayu ditolaknya lembut.

"Jadi kau taulah lelaki tu siapa? Nama apa? Position apa? Bukan dia security guard ke?" Duga Ayu sambil memandang Faizal tak lepas.

"Segak macam tu kau kata security guard? Hmmm..." Menggeleng Faizal jadinya. "Kau memang tak pernah nampak ke?" Duganya pula dengan mata terbeliak.

"Baru-baru ni je aku nampak dia. Sebelum ni tak ada pun." Balas Ayu datar. Dia mula mendekat cermin tingkap untuk mula mengemop. Botol spray dipicit beberapa kali sebelum cermin itu ditonyoh dengan kain pada tangan.

"Dia setiausaha sulit Tuan Adam. Ada je dia kat sini tapi tu lah orang cakap, macam cips more. Nama dia Nik Izzuddin. Kelas kan nama dia?" Faizal masih lagi dengan keterujaannya.

"Nik Izzuddin? Bukan nama dia Niko ke?" Ayu masih tak puas hati.

"Tuan Adam je yang panggil dia Niko. Orang lain panggil dia Nik. Kalau aku, aku panggil dia Abang Din." Mata dikedip-kedip beberapa kali. Menyembur gelak Ayu melihat kelakuan Faizal. Sempat kain lapnya dihumban ke muka Faizal.

"Banyak lah kau punya Abang Din!" Tukas Ayu masih dengan sisa tawanya. Kembali dia memungut kain yang dilemparnya tadi. Nasib baik Faizal mengelak. Kalau tak, percuma kain lap melekap kat muka.

"Jadi siapa perempuan cantik kat sebelah Tuan Adam tadi tu?" Kembali Ayu menukar topik.

Faizal dah mengetuk dagu. Cuba mengingat sesuatu dalam lipatan memorinya. "Entahlah nokk, yang tu aku tak pernah nampak. Baru hari ni aku perasan dia wujud. Jangan-jangan kekasih Tuan Adam tak? Kan dia baru balik dari UAE." Faizal menyimpulkan persoalan Ayu.

Desire And Obsession ©Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora