~Desire and Obsession 22~

3.8K 152 7
                                    

~Forgiveness does not change the past but it does enlarge the future~

🌼🌼🌼

Riya tersedar dari lena. Kepala terasa menyucuk perit. Pelipis diurut perlahan dan mata dipejam celik cuba mencari sedikit kelegaan. Seketika dahinya berkerut cuba mengingat apa yang berlaku sebelumnya. Jarinya tak henti menekan pelipis sendiri. Sakitnya bagai tak mahu hilang.

"How do you feel?" Satu suara garau menjengah pendengaran Riya membuatkan gadis itu pantas bangkit dari pembaringan. Matanya nyata membulat bila Adam sudah melabuhkan duduk di tepi katil, di sampingnya. Riya beranjak sedikit ke tengah. Terperanjat tiba-tiba ada lelaki dalam biliknya. Adam dengan senyuman cuba menyentuh pelipis Riya. Nak tolong picit tapi pantas Riya menepis tangan kekar tadi.

Adam tarik muka. Agak tersentak. "Kenapa ni? Aku nak tolong picitkan saja." Bicara Adam lembut.

"Awak tu buat apa kat dalam sini?" Riya memandangnya tajam. Tangan dibawa meraba kepala. Nafas lega bila masih ada shawl yang menutup rambutnya.

Adam diam. Senyumannya tadi hilang. Di hanya tertoleh ke kanan ke arah Riya dengan pandangan yang redup. Tangan dijatuhkan semula ke sisi. "In case you forgot, we're married a few hours ago." Pandangannnya tetap tak jatuh. Wajah itu juga tak bengis macam kebiasaannya.

Riya tepuk dahi. Mengucap panjang dia sebentar. Macam mana boleh lupa. "Berapa waktu saya tertinggal. Pukul berapa sekarang?" Bagai baru tersedar, dia kalut menyibak selimut yang masih menutupi kakinya.

"It's almost 10. Kau dah terlepas dua waktu. Maybe akan terlepas juga Isya' kalau kau tak bangun sekarang you sleepyhead." Sempat dia mengutuk. Riya meraup muka. Keluhan terlepas. Dia sedar, tubuhnya masih dalam persalinan baju nikah petang tadi selepas waktu Zuhur.

"Bangun. Kau tak makan lagi sejak petang tadi." Sekali lagi kedengaran suara Adam lembut menyapa telinga.

"Ye ke? Patutlah saya rasa macam... Dah hilang 5 kilo." Seraya dia tersenyum memandang Adam. Adam pula dah pecah gelak. Mamai-mamai pun masih sempat buat lawak.

"Mama?" Soalnya.

"Mama nak stay sini tapi dia terlupa bawa ubat so Niko dah hantar dia balik KL."

"Kenapa tak kejut?" Balasnya sayu tapi lebih kepada merengek. Bibirnya tersebik memandang Adam.

"Tak sampai hati nak kejut. Tak apalah, nanti balik KL, aku bawa kau jumpa mama." Adam cuba memujuk. Jangan ada yang nangis lagi sekali, sudah.

"Ayu?" Sekali lagi dia bertanya dengan mata yang berkaca-kaca.

"Aku ni memang kaunter pertanyaan." Balas Adam seraya senyumnya tersungging. "Ada kat dapur. Kau ni memang tak nak berganjak ke? Atau nak aku tolong?" Senyuman sinis menjengah wajah membuatkan Riya pantas menyibak selimut. Laju dia bangkit dari katil. Kalut-kalut mendekat wardrobe mencari tuala. Terlepas sekali lagi gelak Adam melihat tingkah comel sang isteri.

"Make it fast, cutie pie. Nak solat sama-sama. Aku tunggu"

Tanpa sepatah kata balas, Riya cepat saja lesap di sebalik pintu bilik air. Adam hanya menghantar langkah itu dengan senyuman. Lega rasanya bila ijab kabul terlafaz petang tadi. Lega juga bila dah luahkan rahsia yang selama ini dipendam. Semuanya terluah di depan Mak Long. Adam kalau boleh tak mahu menyentuhpun isu yang itu tapi sabarnya hilang bila Riya dihambat dengan tamparan.

Desire And Obsession ©Kde žijí příběhy. Začni objevovat