~Desire and Obsession 23~

3.2K 134 5
                                    

~Love recognizes no barriers. It jumps hurdles, leaps fences, penetrates walls to arrive at its destination full of hope~

🌼🌼🌼

Mendung wajah Riya. Memerhati gerak geri Adam yang sibuk amat mengemas barang-barangnya. Satu-satu dimasukkan dalam luggage yang terkuak luas. Riya bawa tangan memeluk tubuh. Memang tak terasa pun nak menolong sebab perginya Adam kali ini bukan kemahuannya.

"I promise this is the last. Kena pergi juga sebab nak lantik wakil." Pujuk Adam tapi tangannya masih saja sibuk. Riya tak membalas malahan muncungnya makin memanjang.

"Memang tak terniat nak tolong eh?" Usik Adam lagi sebelum hidung itu dicuitnya dengan jari telunjuk.

"Nak ikut..." Bicaranya merengek.

"Tak boleh, sayang. How about your class, your work. I'll staying there for almost 3 weeks or more." Kalau ikutkan hati memang diangkutnya Riya sekali. Siapa saja yang nak berpisah dengan bini.

"Habis saya nak tinggal sini seorang? Rumah besar bapak. Macam mana kalau tiba-tiba ada hantu ke? Jembalang ke? Jauh tau pintu keluar."

Adam kemam bibir. Rasa nak gelak tapi tengok muka tu monyok saja, tak jadi nak mengusik. Perlahan dia duduk di sebelah Riya. Menggamit bahu itu untuk mendekat. "Apa kata kalau sayang balik rumah mama? Atau bawak Ayu balik sini." Dia cuba memberi cadangan.

"Kalau saya duduk rumah Ayu?" Matanya bersinar sambil tangan dah naik memaut leher Adam.

"Berikan tiga sebab kenapa perlu duduk rumah Ayu." Keningnya terangkat. Memang nama Ayu senang saja terbit dari mulut seorang Riya. Sikit-sikit Ayu. Adam marah sikit, Ayu lah yang disebut-sebut. Nasiblah tak boleh nak jealous.

"Pertama sebab dekat. Nak pergi kerja, jalan kaki je. Nak pergi kelas pun 10 minit naik bas. Kedua, ada teman. Ketiga, saya dah biasa duduk rumah Ayu even sorang-sorang. Sana tak ada hantu." Riya menyengih.

"Kalau aku kata, tak boleh?" Adam menduganya. Tadi kemain muncung. Sebut nama Ayu, berbunga-bunga hati dia.

"Halahhh!" Tautan tangan pada leher Adam dilepaskan kasar. Lelaki itu dah tergelak dengan perlakuan Riya.

"Ok, aku izinkan tapi..."

"Jaga diri, jangan tidur lewat, makan ikut waktu dan jangan jumpa lelaki terutamanya Hazim. Ingat!" Pantas Riya memintas ayat Adam sebelum lelaki itu menyudahkan. Makin kuat gelak Adam.

Adam bahagia. Ketara sangat bahagianya bila dia selalu tersenyum dan tergelak untuk hal-hal yang kecil. Memang Riya nekad tak mahu berjumpa Adam di office. Hanya di rumah saja tapi Adam tetap bahagia. Seketika tak bersua Riya, dia rasa macam tak boleh berfungsi dengan betul. Buat kerja tak fokus lepastu barannya akan menjadi-jadi kalau dadanya sarat dengan rindu. Aneh bukan.

Riya juga semakin sibuk. Masuk saja kolej, jadualnya berubah total. Masa dibahagikan untuk ke kelas dan datang ke kelab golf untuk kerja. Adam dah melarangnya untuk fokus kepada satu benda saja tapi alasan Riya, dia takut tidak akan pandai bekerja kalau terlalu tertumpu kepada pengajian. Tak mampu Adam nak halang. Itu kemahuannya dan setakat ini semuanya ok. Riya tak mengeluh penat dan memang tak ada sebarang rungutan. Sepertinya dia memang enjoy dengan apa yang dia lakukan.

"Ethan..."

"Ya sayang?"

Riya memandangnya dengan tatapan lembut. Seketika jemari kekar itu disulamkan ke jemari sendiri. "I let you own me but why you didn't touched me even once?" Soalannya berat dan Adam faham maksudnya Riya.

Desire And Obsession ©Where stories live. Discover now