Prologue

7.2K 246 0
                                    

~Something about you made me feel a little more alive and a far less lost~

Mata dicelik perlahan. Kepala yang terasa menyucuk diabaikan. Ah! Aku kat mana ni? Siling putih menjadi santapan. Diamati seketika. Cuba mengingat di mana keberadaannya atau lebih tepat bagaimana dia boleh tertidur pulas dalam ruangan asing ini.

Pelipis dipicit cuba mengurangkan rasa yang menyucuk kepala. Baru sedar, kepalanya masih ditutupi shawl yang nyata berantakan kedudukannya. Sesekali ditarik ke belakang agar pandangannya yang masih mamai itu lebih jelas.

Kepala yang diurut urut dengan jari sendiri masih terasa memberat tapi ada sesuatu yang lebih berat di pinggangnya. Duvet ditarik perlahan. Mata yang mamai tadi kini terbuntang melihat tangan kekar berurat diatas perutnya. Milik siapa?

Sepantas kilat dia bangkit dari pembaringan. Mulut ditutup dengan telapak tangan agar tidak mengeluarkan bunyi. Duvet yg diselak tadi ditarik bersama. Terkejut dengan apa yang terhidang di depan mata.

Sekujur tubuh manusia berbaju T kosong dan berseluar jogger pants gelap sedang enak terbaring di sebelah katil. Atau lebih tepat, disebelahnya sebelum dia melompat turun dari katil tadi. Kedudukannya yang bertiarap menyukarkan wajahnya dilihat tapi gerangan yang bangun mendadak tadi kini berkecamuk fikirannya. Tudung yang senget benget tak lagi dipedulikan. Tangisan terhambur. Apa yang dah jadi? Jangan cakap dia tidur sekatil dengan lelaki asing itu semalaman?

Uwaaa...!

Tersedar dengan esakan di sudut sana, lelaki berotot kekar itu mengeliat sakan. Mungkin terganggu. Matanya yang celik menangkap sesusuk tubuh yang dah melorot ke lantai diselimuti duvet dan terhinjut bahunya menahan tangis.

"Ada apa ini?"
Suara serak garau akhirnya menyapa halwa telinga. Langsung badannya menegak bila melihat juraian air mata membanjiri pipi gadis polos di hadapannya.

"Hey, kenapa menangis ni, cutie pie?" Langkah diseret menghampiri si gadis lantas duduk mencangkung di hadapan susuk tubuh manusia yang masih teresak sakan.

"Aw-awak buat a-apa?" Beserta esakan, keraguannya disuarakan. Mata yang sembab dengan air mata menikam ke anak mata lelaki asing itu.

"Aku belum buat apa-apa lagi." Lelaki itu menyungging senyum. Sinis dan menakutkan.

Uwaaa...!

Makin kuat tangis yang terhambur memaksa lelaki itu bertindak diluar jangkaan. Tubuh yang dibalut duvet itu ditariknya dalam pelukan sebelum tangan naik mencekup mulut si gadis.

"Diam!" Dia bersuara keras yang tertahan. "Atau kau memang nak bagi semua orang sedar yang kau tidur dengan aku semalam?" Senyumannya sinis.

"Sekarang kau hanya ada dua pilihan. Pertama, kita ditangkap berkhalwat oleh pegawai agama yang aku kira sudah on the way ke sini atau..."

Jeda. Nafas berat dihembus

"We'll get marry in a proper way." Putusnya tenang.

Si gadis menggelupur sakan namun niatnya untuk lepas dari cakupan si lelaki ternyata gagal. Tangan kekar yang melingkari pinggangnya dan sebelah lagi masih menutup mulutnya malahan bertambah ketat. Tiada ruang untuknya melepaskan diri. Bernafas juga sudah mulai tersekat. Dia ni nak bunuh aku ke apa?

Tersedar akan si gadis yang mula tersekat nafasnya, cakupan pada mulut dilepaskan perlahan. "Kalau kau bising, aku sumbat mulut kau dengan duvet tu." Dia mengugut.

"Saya... Saya... Saya tak nak kahwin." Suaranya perlahan namun tetap saja didengari dengan jelas kerana kedudukannya masih dipeluk lelaki itu berlapikkan duvet.

"So, kau nak kata pilihan kau yang pertama lah?" Lelaki itu menduga. Walau berlapikkan duvet, dia dapat rasa bahang tubuh si gadis menampar dadanya dan perasaan aneh kembali menikam jiwa seperti mula-mula dulu. Sewaktu pertama kali wajah itu singgah pada pandangannya.

Desire And Obsession ©Where stories live. Discover now