~Desire and Obsession 20~

4K 150 8
                                    

~Trees which endure the stormiest times grow the strongest and most beautiful. Ditto how your stormy times can encourage you to thrive and bloom into your mightiest self~

🌼🌼🌼

"Kau memang tak nak bagitau kan apa yang dah jadi?"

Riya gigit bibir. Sekejap matanya terarah ke wajah manusia di depannya dan sekejap lagi pandangan itu dijatuhkan. Entahlah, bukannya Riya takut akan muka yang membengis tu tapi Riya khuatir akan nasib orang yang menyakitinya. Tapi macam mana ya dia tahu? Niko bukan ada pun kat kelab golf.

"How many times I've told you, don't bite your lip!" Suaranya mengeras bila Riya membatu saja.

"Tak-tak ada apa lah..." Balas Riya akhirnya tapi mata helang itu malahan makin menikamnya tajam.

"Kau nak cover siapa ni? Raudah or Hazim or anyone else?" Adam merenungnya tak lepas. "Or kau nak cover diri sendiri?" Duganya dan kali ini keningnya ternaik. Bukan dia tak tahu permintaan Riya yang tak mahu dihebohkan yang baginya so ridiculous.

"Iskh, kalau jumpa setakat nak siasat-siasat macam ni, hantar saya balik saja lah." Riya menarik muka masam. Melirik sekilas ke Adam sebelum kembali melarikan panahan matanya.

"Makan." Arahnya sepatah. Tangan yang tadinya menongkat dagu kini kembali memegang garfu dan pisau untuk menyudahkan potongan stik di hadapannya.

"Awak ni memang balik nak cari pasal saja eh dengan saya? Kat sana tak ada orang awak nak bawa gaduh ke?" Lancar perliannya membuatkan Adam tersungging senyum. Budak ni kalau dengan dia memang kuat melawan tapi bila dengan orang lain, boleh pula diam tak berkutik.

"Ha'ah. Aku memang balik sebab rindu nak gaduh dengan kau. Mana ada orang lain yang melawan aku selain kau." Balasnya tenang tanpa memandang muka Riya yang jelas dah berkerut masam.

"Jangan buat apa-apa pada Raudah atau sesiapa pun." Masih tak berhenti bicaranya. "Sa-saya ok." Nadanya merendah sebelum kembali tunduk. Fries dan bebola ayam dalam pinggannya dikuis-kuis dengan garfu.

"Did you think you can stop me from doing anything?" Bicara balas seorang Adam kedengaran misteri pada pendengaran Riya.

"Janganlaaahhh..." Pujuknya minta pengertian. Ianganlah sebab apa yang berlaku di masa lepas menjadi mimpi ngeri orang lain.

"Sebab ini kan kau tak nak bagitau aku apa yang jadi?" Sekali lagi Riya diduganya. "Answer me, cutie pie." Pujuk Adam bila sosok manusia di hadapan kembali membisu.

"Saya oklah. Tak ada calar pun. Raudah tak-tak sengaja. Tapi, mana tau ni?"

Adam kembali menyinis. "Tak ada apa yang terlepas dari pandangan aku. Even kau jumpa Ilham pun aku tau." Ayatnya menakutkan Riya. Halah, tadi Raudah. Ni Ilham pula. Kepala yang dibalut shawl digaru perlahan. Runsing betul otak berdepan dengan lelaki ni.

"Makan, sayang. Ke nak aku suap?"

Laju Riya membenam mata garfu pada bebola ayam sebelum disumbat dalam mulut. Adam sembunyi senyum. Marah-marah pun comel.

"Malam esok datang rumah mama. Ada perkara nak bincang. Since kau tak nak jumpa aku kat office, jadi kita jumpa kat rumah. Is it fair enough?"

Desire And Obsession ©Where stories live. Discover now