Sinopsis

10.3K 213 2
                                    

Riya Dahlia si gadis polos yang tidak diakui keluarganya. Seminggu selepas kematian ayahnya, dia dihalau keluar dari desa oleh makciknya sendiri. Sangkaan bahawa ayah Riya itu penjenayah dan kerana itu Riya tidak harus wujud. Kisah hidup sang ayah kekal misteri sehinggalah pada hari dia menghembuskan nafas terakhir. Meninggalkan Riya dengan seribu persoalan. Sakit ditinggalkan kekasih tapi lebih sakit ditikam oleh sahabat sendiri. Malam jahanam itu membuka mata Riya akan warna sebenar dua orang manusia yang sangat disayanginya. Kecewa memaksanya mengheret kaki tanpa tujuan sebelum dia sedar pada esok harinya dia di dalam suite hotel bersama seorang lelaki asing.

Adam Zahrain pemilik asset tanpa sempadan namun tenggelam dalam sisi gelapnya. Taksub mencari wajah polos yang singgah menganggu jiwanya di suatu waktu dulu.
Dendamnya memakan diri sehingga dia lupa apa rasanya menyanyangi dan disayangi.

Pertemuan mereka atas dasar satu muslihat yang dicipta. Riya terjerat dalam permainan orang lain dan Adam dihambat ketaksuban. Hanya Riya penyembuhnya sedang Riya berusaha pergi darinya.

Persoalannya, siapa sebenarnya ayah Riya semasa hidupnya?

Siapa Adam Zahrain, jejaka bertaring yang menakutkannya?

Riya terpalit dalam kemelut persoalan tanpa tahu di mana hendak mencari jawapannya.

Desire And Obsession ©Where stories live. Discover now