~Desire and Obsession 24~

3.1K 121 8
                                    

~Everything comes in time to those who can wait~

🌼🌼🌼

Riya tekun menyudahkan kerja yang diberikan Kak Siti pagi tadi. Kerinduannya pada Ethan diabaikan. Kalau ikutkan hati memang dia tak ada langsung mood nak datang kerja atau pergi ke kelas. Kelas setiap Isnin hingga Khamis tapi kalau ada kelas yang dibatalkan, ke kelab golf lah langkahnya akan terhenti. Lelaki itu pula, kalau dah berpergian jarang sekali nak menitip khabar.

"Untung lah kau Riya. Boss sendiri yang sign permohonan kau nak belajar dan berkerja dalam masa yang sama. Belum ada orang lagi yang dilayan seistimewa kau kat sini." Jannah yang duduk di belakang meja Riya mula berbicara.

"Eh, dia dapat scholarship lah dari kelab ni." Mencelah Kak Siti bila Riya tak memberikan sebarang reaksi.

"Itulah kak, mana ada kelab ni bagi scholarship sebelum ni. Riya orang yang pertama." Balas Jannah lagi dengan nada yang tak puas hati.

"Ya betul. Tapi seumur hidup saya akan terikat dengan kelab ni nanti." Riya bersuara tanpa menoleh ke arah Jannah.

"Terikat dengan kelab golf ni ke atau dengan boss kelab ni?"

Riya kalau boleh nak bertahan saja dengan mulut seorang Jannah. Hampir setiap kali dia masuk office ni, perlian Jannah adalah makanan utamanya. Riya pura-pura tak mendengar.

"Mulut tu jangan main lepas, Jannah. Kau tak tahu besar mana luka yang kau buat kat hati orang sebab kata-kata kau yang tak berasas tu." Kak Siti dah meninggi suaranya.

"Akak ni pun, buat-buat tak tahu pula. Selama ni semua orang nampak lah Tuan Adam tu..."

Jeda. "Maksud aku, cara Tuan Adam tu pandang Riya. Aku takut nanti niat dia jadi lain. Aku cuma concern." Sambung Jannah lagi.

"Terima kasih sebab ambil berat tapi jangan risau, saya tahu apa yang saya buat." Riya bersuara perlahan.

"Sudah Jannah. Bab buat cerita, kau memang menang tapi ni akak nak bagi ingat saja, jangan kerana mulut badan yang binasa." Kak Siti dah memberi amaran.

Jannah berdecit beberapa kali. "Untunglah kalau kiri kanan backup. Memang senang lah hidup." Sekali lagi perliannya membuat telinga Riya berdesing.

"Awak ada masalah dengan saya ke Kak Jannah?" Kali ini Riya menoleh ke belakang. Melawan panahan mata Jannah.

"Tak ada. Tapi aku meluat dengan sikap innocent kau tu. Luar nampaklah macam suci..." Dia berjeda lagi. Atas bawah Riya dipanahnya dengan oandangan.

"Awak nak cakap apa sebenarnya?" Riya dah bangun dari duduknya. Begitu juga Jannah. Mata mereka berpanahan seketika. Tercengang Kak Siti melihat kelakuan mereka. Nasib saja Sharil tak ada dalam office sekarang ni.

"Buat affair dengan orang atas lepastu tak nak mengaku. Masih berlagak suci. Kau ingat orang tak tahu eh kau ada hubungan dengan Tuan Adam? Tapi kau masih nak nafikan!" Lantang suara Jannah.

"Kalau ya, kenapa? Apa masalahnya dengan awak?"

"Hah, kan..! Mengaku pun. Kau sebenarnya perempuan rosak. Semua orang tahu pasal tu. Bukan setakat Tuan Adam, secetary dia pun kau menggedik. Kau ni dasar perempuan tak tahu malu."

Desire And Obsession ©Where stories live. Discover now