~Desire and Obsession 8~

4K 156 9
                                    

~Be brave enough to hold on to the hope that life will be beautiful again~

Destinasi seterusnya adalah Singapore. Ada urusan tertangguh antaranya dan sesorang yang bernama Ilham bin Abdullah. Sosok seorang jejaka tinggi lampai tapi berotak licik seperti penjenayah. Seminggu dia menghantar Niko ke sana dulu dan apa yang difikirnya memang benar terjadi. Bukti semuanya ada dalam tangan. Tinggal nak serang saja.

"Well-well-well, tengok siapa yang datang." Kehadiran Adam di office Ilham menggemparkan staff yang ada di situ. Adam jarang sekali datang ke sini tapi mereka tahu itu adalah ketua mereka yang sebenar, bukannya Ilham.

"What are you doing, Ilham?" Soal Adam sarkastik sambil melempar beberapa keping file di atas mejanya Ilham.

"Aku buat apa?" Soalnya tak mengerti. Wajah Adam yang tak beriak dipandangnya dengan kening berkerut.

Rahang Adam bergerak gerak. Gigi dilagakan menandakan dia benar-benar marah. Ilham sungguh menguji kesabaran dan malangnya seorang Hidayat tak boleh menahan sabar.

Bukk!
Penumbuk singgah di pipi Ilham membuatkan lelaki itu terdorong ke belakang sebelum punggungnya mencium lantai.

"I told you, bastard. Don't mess with me!" Dijerkahnya Ilham yang masih terduduk di sebalik meja. "Kau bangun. Sebelum aku naik hantu, you better confess everything."

Nafas berat dihembus. Tangannya mengusap kesan tumbukan Adam. Lambat-lambat dia bangun menghadap Adam. "Look, Ethan. I'm sorry, ok. Yes, it's my faults and I'm sorry." Suaranya mengendur.

"Mama hantar kau ke sini untuk kau buktikan kemampuan kau mengurus kelab ni tapi apa kau buat? Ini kalau mama tahu, aku fikir dia sendiri yang akan bunuh kau." Kerusi ditarik sebelum melabuhkan punggung. Berdiri lama-lama boleh kejang kaki. Bagi Adam, satu tumbukan tadi sebenarnya belum cukup untuk lelaki bernama Ilham itu tapi dia tak mahu mengeruhkan keadaan. Kedatangannya untuk membetulkan yang salah, bukan menghukum yang bersalah.

"I'm sorry. Aku dah tak buat lagi lepas Niko tangkap aku hari tu. Aku cuma fikir pasal another profit untuk kelab ni. Aku tak ada niat lain pun." Ilham juga mencapai kerusi dan mengambil tempat. Fikirnya, kalau dia lawan sosok Adam ni mesti dia akan berakhir di penjara.

Adam memicit pelipis kepalanya. Sungguh dia penat. Banyak hal yang dia hadap. Kalau tak fikirkan soal mama, dah lama juga dia humban Ilham ke penjara. "Tak salah kau buat alternatif lain tapi make sure it's legal. Kau buat kerja salah, kau heret sekali nama Hidayat sama lah dengan kau conteng arang di muka mama. Come on, Ilham. Aku penat dengan semua ni." Wajahnya diraup kasar.

Ilham membatu.

"Mama pernah cerita tak kenapa Hidayat tembak anaknya yang bernama Mahfuz?"

Ilham angguk lemah.

"Jangan sampai nasib kau berakhir macam Mahfuz!" Keras nadanya. "Aku bukan nak takutkan kau, Ilham. Tapi aku nak kau ambil iktibar dari apa yang pernah terjadi dalam keluarga kita. Jangan biarkan hal tu berulang lagi." Hembusan nafasnya berat. Susah nak melentur seorang Ilham. Ini bukanlah kesalahan kali pertamanya cuma ini adalah tangkapan yang paling besar dan cukup bukti.

"Mereka yang datang nak kan extra services. Kau sendiri tahu itu, Ethan. Lagipun sini bukan Malaysia. Aku fikir, aku cuma bagi yang terbaik untuk kelab ni..." Tak sempat Ilham menghabiskan ayatnya, Adam sudah memintas.

Desire And Obsession ©Where stories live. Discover now