Macam sekarang.

"So, kau rasa cousin kau tu takde girlfriend lah ya?" Soal Yara. Milo Ais yang ada di sisi disedut perlahan sambil mata tak lepas memandangnya. Wajah pun serius sahaja menanti jawapan yang keluar dari mulutnya.

Dahi Wareesa berkerut.

"Err... aku rasa takde." Jawab Wareesa, kurang pasti. Atau lebih tepat lagi, dia tak tahu langsung mengenai kehidupan sosial Hayyan. 

Yara jatuhkan kepala. Milo Ais disisip kembali. Diam kembali menguasai mereka. Wareesa dengan makanannya manakala YAra dengan fikirannya yang entah sudah menerewang ke mana. Sedang mereka begitu, tiba-tiba ada satu pinggan yang penuh berisi makanan diletakkan di atas meja, betul-betul di sebelah Wareesa. Serentak, Wareesa dan Yara mengangkat kepala.

"Eh." Yara dah tersengih panjang sambil memandang Wareesa yang dah tak keruan di tempat duduknya. Meliar mata memandang ke kiri dan ke kanan. Entah mencari apa walhal Encik Suami dah labuhkan duduk di sebelah.

Waseem senyum. Wajah Wareesa dicari dan bila pandangan mereka bertemu, makin lebar senyuman Waseem. 

"Assalamualaikum." Ucap Waseem. Badan dah senget sedikit bersandar ke arah Wareesa. Namun, cepat sahaja Wareesa jarakkan diri sambil tangan mencubi lembut pehanya. Melarang memandangkan mereka berada di khalayak ramai.

Yara sembunyikan senyum. "Hormat orang single dekat sini, please." 

Wareesa menggeleng. Waseem dipandang dengan dahi yang berkerut.

"Awak buat apa ni?" Soal Wareesa. Jarak mereka dijauhkan. Sebal sedikit dengan Waseem. Makin dia menjauh, makin dekat pula lelaki itu menghampiri. Tolong lah faham. Dia tidak mahu orang salah faham dengan mereka. Lihat sahaja beberapa mata yang sudah memandang di kafeteria ini.

"Nak lunch dengan yayang lah." Selamba Waseem menjawab. Dan jawapan itu terima jelingan tajam daripada Wareesa. Ikutkan Wareesa, mahu sahaja dia tekup mulut lelaki itu. Selamba pula yayang itu dikuatkan.

Yara jatuhkan bahu. Penat dengan drama pasangan suami isteri di hadapannya. Sudahnya, Yara ambil keputusan untuk beredar. Makanannya juga sudah habis. 

"Aku pergi dulu lah. Enjoy your sweet lunch." Tanpa menunggu balasan Wareesa, Yara terus berlalu pergi. Sempat dia melambai dan buat-buat tak nampak dengan isyarat jangan yang dihantar Wareesa.

Waseem hanya menghantar Yara pergi sebelum dia kembali menatap Wareesa.

Pasrah, Wareesa hanya diam menikmati makanan yang masih berbaki setengah pinggan. Melihatkan diam Wareesa, Waseem ukir senyum dan mula menikmati makanan tengah harinya.

Diam antara mereka. Tak ubah seperti orang asing yang terpaksa duduk satu meja, Pun begitu, sesekali nampak kemesraan yang terbit anatar mereka berdua. Kekadang, Waseem meminta makanan Wareesa. Dan kekadang, Waseem meminta sedikit air Wareesa. Menjadi Wareesa, dia hanya pasrah.

"Reesa ada kelas lagi selepas ni?" Soal Waseem  bila Wareesa sudah habis makan.

"Takde. Dah habis. Hari ni semua kelas pagi." Beritahu Wareesa. Mulut yang terasa sedikit berminyak dilap dengan tisu.

Waseem angguk perlahan. "Seem ada lagi satu kelas. Reesa boleh tunggu?"

Wareesa pandang Waseem. Jelas wajah lelaki itu berharap untuk dia beri kata 'ya'. Dan wajah berharap itu seperti seronok untuk diusik ketika itu. Terus Wareesa kerutkan dahi seakan-akan berfikir panjang. Tidak cukup itu, dagu diusap perlahan.

Melihat riaksi Wareesa tika itu, Waseem terus jatuh bahu. Badan dah menghadap Wareesa sepenuhnya. Memujuk dalam diam. 

"Reesa boleh tunggu?" Soal Waseem sekali lagi. Cuba untuk dia pegang tangan Wareesa, namun jelingan Wareesa mematikan perbuatannya. Sebal tiba-tiba. Adoi. Tika itu, dia rasa nak menjerit beritahu satu dunia yang dia dan Wareesa sekarang sudah halal. Jadi berhenti pandang seperti mereka sedang melakukan sesuatu yang terlarang.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now