𝗘𝗣𝟮𝟰 | 𝗲𝗸𝘀𝗽𝗲𝗿𝗶𝗺𝗲𝗻 𝗸𝗲𝗹𝗮𝘀 𝗰𝗶𝗻𝘁𝗮

Start from the beginning
                                    

Jeritan kecil kedengaran dari pelajar perempuan namun mata aku bundar memandang tetamu undangan guru tersebut. Keningnya terangkat kecil saat melihat aku berdiri berdekatan dengan Jungkook.

Air liur kelat ditelan.

"Alamak"

+×+

Sekali lagi aku menjeling ke belakang. Dia masih merenung. Laju aku berpatah balik pandang ke hadapan sambil memegang tiub kaca.

"Mingyu sunbae ! Saya tak tahu macam mana nak hidupkan penunu bunsen ni. Boleh tolong saya tak ?" seorang pelajar perempuan terkinja - kinja berjalan mendekatinya.

Aku mendengar tetapi berpura - pura tuli menahan nafsu yang mahu berpusing ke belakang.

"Tak boleh. Belajar sendiri. Tangan ada, otak ada. Fikirlah" kasar dia membalas.

Aku menunduk sepi. Nasib baik Wonwuu saem arah kami berkumpulan dengan Seungkwan sunbae. Kalau tidak, memang ditenungnya aku sampai pecah kepala.

Tapi apa salah aku ?

Aku cuma berdiri di dalam kelas dan kebetulan sebelah Jungkook ?

Eh, dia cemburu ke ?

Agh ! Choi Hayoon, fikir ! FIKIR !!

Tangan ini ringan saja mengusutkan rambut geram.

"Hayoon, awak okay tak ?" elok tangan Jungkook naik memegang bahuku. Mungkin khuatir aku pengsan sekali lagi di dalam kelas seperti kejadian tempoh hari.

Prang !!

Bunyi kaca pecah menghempas lantai menguasai ruangan kelas. Semua orang menoleh ke belakang kaget.

Mingyu sedang berpeluk tubuh memandang ke arah kami. Dan matanya, cukup menggambarkan rasa benci. Aku berpaling ke depan mencari Wonwuu saem.

Lelaki itu sudah hilang entah ke mana membiarkan kami menjalankan eksperimen ini tanpa bawah pantauan guru.

"Mingyu, kau okay tak ni ?" soal Hoshi sunbae kerisauan. Wajah merah padam sahabatnya dibelek. Mahu juga terhambur tawaku melihat gelagatnya itu.

Tapi tawa tersebut ditelan melihatkan Mingyu seperti singa menunggu masa untuk membaham mangsa.

"Hoi, kau Mangkook Ayun" jerit Mingyu selamba.

Anak mataku membulat selepas memandang reaksi Jungkook sekilas. Aku mengetap gigi memberi amaran pada Mingyu tapi hanya jelingan yang kudapat.

Ey, korek jugak bijik mata tu nanti.

"Nae ?" Jungkook seakan tidak percaya dengan nama baharunya. Dia menunding diri sendiri.

"Ya, aku panggil kau" Mingyu bercekak pinggang pula.

Seungkwan dan Hoshi sunbae cuba datang meredakan keadaan tetapi Mingyu Si Gila itu masih berkeras tak mahu mendengar kata. Sampai tahap tangan - tangan yang cuba menenangkannya semua ditepis kasar.

"Asal kau pegang girlfriend aku macam tu ?" dia berpeluk tubuh pula.

Ssmua orang berbisik antara satu sama lain. Mata - mata mereka meliar mencari siapakah gerangan gadis yang digelar teman wanita Mingy tersebut. Aku hanya menundukkan kepala menyumpah kecil.

Seperti mengenal gadis dikatakan Mingyu, Jungkook memandang aku seketika sebelum mengangkat kepalanya.

"Sorry, siapa eh girlfriend sunbae ?" soalnya dalam nada mencabar.

"Mingyu, kau kena sedar diri weyh. Kau tu single" bisik Seungkwan menahan malu.

Macam - macam sajalah perangai si galah ni.

"Gila ah, kau rasa siapa girlfriend dia do" Jeonhwa datang menarik aku untuk berdiri di sebelahnya. Mungkin senang untuk bergossip.

Chan dan Vernon juga seakan berminat melihat kiri kanan mencari. Jeonhwa cuba meneka seorang demi seorang ahli kelas kami kemudian menggeleng memikirkan tiada yang layak untuk Mingyu sunbaenya.

Aku menjeling Mingyu geram. Bibir ini digigit gementar setelah semua orang seperti kecoh dengan berita itu.

Melihatkan wajahku yang gelabah, Mingyu akhirnya mengundur diri. Dia senyap kembali berdiri di mejanya membuka kertas laporan eksperimen tadi. Dalam hati, aku menjerit penuh syukur.

Gelagat Mingyu itu membuatkan semua mendecit kecewa. Sangka mereka Mingyu hanya marah tanpa bersebab.

Seungkwan dan Hoshi sunbae menggeleng. Mujur tidak ada guru sahaja di dalam kelas ini.

Kami semua kembali menyambung kerja dan Mingyu bergerak mengambil penyapu untuk membersihkan kaca yang dihempasnya tadi.

"Hayoon, tolong ambil serbuk kapur dekat meja cikgu boleh ?" aku mengangguk pada arahan Seungkwan sunbae.

Orang - orang tua kata kalau jalan pandang depan. Tapi maklumlah, seketul Hayoon ini degil orangnya. Aku berjalan sambil lewa tanpa sedar ada troli kecil di depan mata.

Hampir saja terlanggar dan mencetuskan kemalangan kecil namun mujur ada tangan pantas yang menarikku ke tepi.

"Hayoon, hati - hati !"

Tubuhku berpusing sekali sebelum ia mendarat di atas sebuah jasad pejal.

Aku tergamam saat bibir merah ini tanpa sengaja menyentuh pipinya.

"Hayoon !!" Jeonhwa berlari untuk membantuku bangun.

Chan dan Vernon datang menghulurkan tangan pada Mingyu yang sudah terbaring di atas lantai.

Aku cuba untuk berpura - pura bodoh tetapi hempasan lembut ke pipi jejaka itu tadi masih lagi terasa. Pipi merona merah semerahnya manakala Mingyu menundukkan kepala menahan tawa tersenyum - senyum.

"Hayoon, kau okay ?" soal Jeonhwa membelek aku teliti.

Aku hanya sekadar mengangguk sambil menghantar pandangan amaran pada Mingyu. Awas, kalau ada yang tahu tentang 'ciuman' tadi.



━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

kalau lelaki tu cakap dia bf material don't say yes

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

kalau lelaki tu cakap dia bf material don't say yes. make sure dia cakap dia mingyu material, baru approve

𝘀𝘂𝗻𝗯𝗮𝗲 𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁  |  𝗄𝗂𝗆 𝗆𝗂𝗇𝗀𝗒𝗎 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)Where stories live. Discover now