𝗘𝗣𝟭𝟳 | 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝘁𝗮

43 4 4
                                    

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

Aku mengeluh lagi. Semuanya sebab Mingyu bawa aku naik motor dia pagi tadi.

Sekarang, semua orang sedang berbisik - bisik sambil mengerling ke arahku. Bercakap pasal apa lagi. Pasal benda itulah !

Mana saja aku berjalan sejak awal pagi, semua mata berpaling. Langsung tak berkelip menjeling aku tanpa jemu. Ingat aku suka sangat bila jadi perhatian orang ramai ?

Jelinglah lagi. Jeling sampai terkeluar biji mata tu.

"Hayoon !" aku tersentak.

Chan dan Vernon di hadapanku mengerutkan dahi. Mereka berdua berpandangan antara satu sama lain sebelum memandangku kembali. Aku berpura - pura tenang walhal hati tengah ribut.

"Kau ni okay ke ? Macam tak sihat je kitorang tengok ?" soal Chan.

"Huh ? Sorry. Aku tengah fikir pasal homework tadi. Kenapa ?" balasku mengubah topik.

"Kitorang tanya, kau setuju ke satu team dengan kitorang untuk buat group homework nanti ?"

Aku mengangguk. "Eh, mestilah setuju. Nak buat bila ?"

"Kalau boleh esok. Kau free tak ?" Vernon mengangkat kening.

Sekali lagi aku mengangguk. "Boleh"

Baru mereka mahu membuka mulut lagi, Jeonhwa datang berlari menjerit - jerit. Dia menghempaskan punggung kalut menatap aku sepenuh hati dengan mata bundarnya. Ini lain tak bukan mesti baru lepas bergossip dengan budak kelas sebelah.

Adalah tu benda nak dikisahkannya.

"Hayoon, kau datang dengan Mingyu sunbae pagi tadi ?"

Mata Chan dan Vernon bundar berkalih kearahku. Mulut mereka terbuka ternganga kerana kaget. Jeonhwa bergegas duduk di sebelah sedangkan dia tercungap - cungap mengejar nafas setelah berlari dari tandas tadi.

Aku diam mengigit bibir. Buntu.

"Er, haah. Kebetulan rumah dia dekat dengan rumah aku jadi Mingyu sunbae bagi tumpang" tipuku berserba - salah.

Cahaya bergeliga di iris Jeonhwa semakin menyerlah setelah mendengar nama Mingyu tertutur dari bibirku. Dia tersengih seperti beruk mendapat bunga.

"Apa kata, kita buat group homework tu dekat rumah Hayoon ? Alang - alang aku nak carik rumah Mingyu sunbae sekali ?" Jeonhwa menggoyang - goyangkan bahunya.

Tak sempat aku membuka mulut, Vernon menepuk meja mengangguk bersetuju. "Eh, jom ! Aku tak pernah masuk kawasan perumahan Diamond. Kan tu kawasan orang kaya. Teringin jugaklah nak masuk"

Chan memandangku resah. Dia sepertinya ingin meminta pendapat aku terlebih dahulu sebelum membuat keputusan bersetuju.

"Ala, Hayoon. Bolehlah. Sekali ni je" lenganku digoyang - goyang Jeonhwa manja.

𝘀𝘂𝗻𝗯𝗮𝗲 𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁  |  𝗄𝗂𝗆 𝗆𝗂𝗇𝗀𝗒𝗎Where stories live. Discover now