𝗘𝗣𝟮𝟰 | 𝗲𝗸𝘀𝗽𝗲𝗿𝗶𝗺𝗲𝗻 𝗸𝗲𝗹𝗮𝘀 𝗰𝗶𝗻𝘁𝗮

19 3 14
                                    

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

"Ha ! Tersengih - sengih"

Aku tersentak. Senyuman yang panjang meleret tadi terus mati selepas disergah Jeonhwa sebegitu. Chan dan Vernon masing - masing di sisinya ikut tersegih sumbing memandang aku bersedia untuk memulakan serangan mereka. Aku mendecit berpura - pura jengkel sedangkan malunya tuhan saja yang tahu.

"Ish, mana ada" balasku menggulingkan anak mata. Mereka bertiga menyulam senyuman kecil sambil mengerling aku atas bawah. Masih tidak berpuas hati.

Sibuk betul !

"Ah, yelah kau. Dari pintu kelas kitorang nampak. Senyum tak ingat dunia. Jumpa SEVENTEEN ke yang happy semacam ni ?" soal Vernon ikut duduk bersama yang lain.

Semuanya mengangkat - ngangkat kening menanti jawapan dari aku sendiri. Tapi, ada aku kisah ?

"Tak ada apa" jawabku pendek menambahkan rasa kecewa mereka. Masing - masing merungut geram membebel benci membuatkan aku tertawa mengekek.

Baru saja mereka mahu membuka mulut menyerang lagi, Wonwuu Saem berjalan masuk bersama rotan setianya. Sempat dia membetulkan kaca mata lagi.

Ya, aku tahu apa yang korang fikirkan.

Itu bukan Wonwoo tapi Cikgu Wonwuu. Kalau tengok betul-betul ada satu tahi lalat dekat pipi kiri dia. Cikgu Wonwee pula dekat pipi kanan. Aku pun tak tahu mereka kembar atau apa sebenarnya.

"Kelas, harini kita akan buat mechanical eksperimen. Yang simple sahaja jadi kita buat di dalam kelas ya" Cikgu Wonwuu bersuara.

Matanya bundar memandang sepelosok ruangan kelas. "Setiap kumpulan lima orang ahli. No excuse"

Ayat terakhirnya itu membuatkan kami berempat berpandangan antara satu sama lain. Kalau tak mahu berpecah kami harus mencari ahli kelima sepantas mungkin. Mulalah mata meliar mencari ahli yang tinggal.

"Boleh saya join korang ?" serentak kami berpaling.

Jungkook mengukirkan senyuman nipis dengan rasa kekoknya. Chan, Vernon dan Jeonhwa seakan mahu menolak tetapi aku lebih pantas menarik tangan pelajar lelaki itu untuk berdiri di sebelah.

"Okay ! Dah cukup lima orang" jawabku pendek.

Mereka bertiga hanya mendiamkan diri mengiyakan jawapanku. Jungkook tersenyum dan aku membalasnya kembali saat pandangan kami tertaut.

Aku masih tak faham mengapa mereka tak mahu berkawan rapat dengan lelaki ini. Sedangkan dia adalah manusia yang paling polos yang pernah aku jumpa.

Membuli ?

Tak. Tak mungkin Jungkook membuli.

"Memandangkan semua dah ada ahli kumpulan, saya akan perkenalkan pembantu - pembantu saya hari ini" Wonwuu saem membuka kembali pintu kelas memanggil beberapa orang pelajar senior masuk ke dalam kelas.

𝘀𝘂𝗻𝗯𝗮𝗲 𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁  |  𝗄𝗂𝗆 𝗆𝗂𝗇𝗀𝗒𝗎Where stories live. Discover now