𝗘𝗣𝟭𝟰 | 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂 𝗿𝗼𝘀𝗮𝗸 𝗱𝗮𝘁𝗲

37 7 6
                                    

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━


"Weyh, kau free tak petang esok ? Kita main bola jom ?" soal Hoshi di meja komputer hujung.

"Aku free je. Tak tahu ah Mingyu dengan Dokyeom ni ha" balas Seungkwan.

Mata masing - masing semuanya melekat pada skrin komputer. Papan kekunci ditekan berkali - kali untuk mengeluarkan kuasa karakter dalam permain online.

Aku menggeleng walaupun mereka tak melihat.

"Tak boleh. Esok aku ada hal" jawabku selamba.

Dokyeom di hadapan ikut mengangguk. "Aku pun ada hal jugak"

Semua diam fokus pada permainan masing - masing. Terlalu sibuk untuk membuka mulut membalas. Setelah beberapa minit, kumpulan kami diumumkan sebagai pemenang sekali gus menamatkan pusingan tersebut.

Aku menyedut air cola di sebelah bagi menghilangkan rasa kering di tekak. Selepas masing - masing meregangkan badan, barulah mereka mula bersuara berkenaan hal tadi.

"Kalau si Dokyeom ni sibuk, aku tahulah sebab nak ber-dating. Tapi kalau kau sibuk asal ? Selalunya free je" soal Seungkwan bercekak pinggang.

Hoshi dan Dokyeom mengangguk setuju. Aku akui, memang jarang sekali aku tolak ajakan mereka untuk meluangkan masa bersama - sama. Tapi, aku kan lelaki berpegang pada janji.

Esok adalah harinya. Hari aku dan Hayoon keluar berdua ke funfair.

Kepalaku menggeleng pantas. "Adalah hal aku. Yang pasti aku sibuk esok. Muktamad" ucapku membuatkan mereka semua menarik wajah masam.

Ah, ada aku kisah ? Selama ni elok je kalau aku tak sempat join ke apa.

Telefon di sebelah berdeting menandakan sebuah mesej masuk. Aku mengintai skrin telefon di bahagian notifikasi.

Hayoon <3
Sunbae, jangan lupa esk
dah janji kan ?

Senyuman kecil terukir. Aku biarkan mesej itu tidak berbalas. Nanti nampak pula aku beria - ria dengan mesejnya.

"Ha, senyum - senyum asal ? Kau jangan cakap kau dah ada girlfriend. Kata kawan ? Nak hidup sampai mati single" Hoshi mengangkat kening.

"Masa bila sia kita janji macam tu ?" soal Dokyeom sambil menggaru kepalanya yang tak gatal. Wajah lelaki itu berkerut seribu.

"Kau diam. Kau tu pengkhianat. Mana ingat janji kita semua" jeling Seungkwan. Hoshi ikut mengangguk bersetuju.

Dokyeom hanya menjuihkan bibirnya. Aku menggelengkan kepala. Malas nak melayan kerenah gila mereka. Punggungku diangkat seraya aku memegang telefon.

"Oi, nak pergi mana ? Baru satu round !" tegur Hoshi melihatkan aku yang sudah berdiri.

Keningku diangkat. "Aku nak pergi tandas. Kang terkencing kat sini kau nak lap ke ? Basuh lantai apa semua ?"

𝘀𝘂𝗻𝗯𝗮𝗲 𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁  |  𝗄𝗂𝗆 𝗆𝗂𝗇𝗀𝗒𝗎Où les histoires vivent. Découvrez maintenant