𝗘𝗣𝟭𝟲 | 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻

36 3 6
                                    

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

Beg galas di bahu diletakkan di kerusi sebelah. Sebuah pinggan berisi roti bakar dan mentega diarik ke depan badan.

"Mingyu ! Panggil Hayoon turun makan. Kamu ni, nanti lambat pulak dia nak ke sekolah" bebel eomma sambil menyusun pinggan.

Aku hanya mampu memberi pandangan pasrah walaupun sudah menghenyakkan punggung di kerusi meja makan. Tak sempat panas lagi kusyennya.

Dengan malas, tubuhku bangun berdiri tegak kembali berjalan ke tangga naik ke tingkat atas.

Sebenarnya bukan aku tak nak panggil. Cuma Hayoon semenjak dari hari mereka keluar bersama - sama dengan kawannya tempoh hari, perangai dia dah berubah. Aku pun pelik juga. Nak kata salah cakap, entahlah.

Dulu dia suka menjawab, membantah. Tapi sekarang langsung tak berani nak angkat kepala berhadapan dengan aku.

Kenapa ?

Pintu kayu di depan mata dipandang luluh. Adakah dia mula benci dengan aku ? Sebab tu dia jauhkan diri ?

Kalaulah aku tahu sebabnya, aku sanggup buat apa saja asalkan kami kembali seperti dulu.

Belum sempat tangan mengetuk pintu, kayu itu terbuka dengan sendirinya. Mataku bundar melihat gadis comel tersebut menjerit kecil kaget. Dia lantas menghempas pintu walaupun baru dibuka buat beberapa saat.

Aku diam.

Beberapa detik berlalu kemudian pintu biliknya dibuka dari dalam perlahan - lahan. Dahiku berkerut seraya aku berpeluk tubuh di depannya memintya penjelasan. Hayoon memalingkan wajah kekok.

Malas hendak memaksa, akhirnya aku berserah.

"Jom turun. Makan" ujarku pendek. Tak ada topik lain yang boleh aku utarakan selepas melihat dia beria - ria mahu mengelak dari aku.

"Er, sunbae ?"

Lambat aku berpaling.

"Sun-sunbae ingat tak janji kita dulu ?"

Reaksi aku hanya tergamam di depan gadis itu.

Siapa yang tak ingat ? Aku tunggu kau bermula kau pindah dari Korea lagi. Siapa yang nak lupakan janji kita ? Sejujurnya kalau boleh aku nak tahu adakah kau yang sebenarnya sengaja lupa pada janji kita.

"Janji ?" aku berpura - pura bertanya.

Laju Hayoon menggeleng. Rautnya seakan lega setelah mendengar jawapan satu tersebut. Seperti dia memang nantikan soalan balas itu sejak awal tadi. Sebuah tawa kecil terlepas dari bibirnya meremukkan lagi perasaan aku yang sudah bercampur - baur ini.

Gembiranya kau ?

"Tak ada apalah. Jom, turun makan ?" ajaknya pula berlari anak ke tangga namun sempat aku merentap lembut tangan kecilnya.

𝘀𝘂𝗻𝗯𝗮𝗲 𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁  |  𝗄𝗂𝗆 𝗆𝗂𝗇𝗀𝗒𝗎Where stories live. Discover now