𝗘𝗣𝟭𝟵 | 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗱𝗶 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗳𝗶𝗸𝗶𝗿𝗮𝗻

15 2 11
                                    

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

"Choi Hayoon" panggil Jeonhwa berjela sambil memeluk lenganku manja.

Wajahnya lambat - lambat aku tatap. Sengaja mengambil masa untuk berkalih. Chan dan Vernon di belakang ikut tertanya - tanya mengapa perangai aku semakin berubah selepas pertemuan kami semalam.

Laluan hallway, penuh dengan pelajar - pelajar aras dua bergurau senda sebelum jam loceng berbunyi. Kelas kami yang baru pulang dari makmal ikut bercampur dengan keriuhan tersebut.

"Hayoon ?" tegur Chan melihatkan aku mendiamkan diri.

"Hm ?" aku menjawab malas.

"Kau kenapa ? Okay ke ? Kenapa tak nak cakap dengan kitorang ?"

Soal Jeonhwa bertalu - talu kerisauan. Vernon mengangguk. "Kau tak sihat eh ?"

"Tak adalah" gelengku.

"Lepastu ?"

Soalan Chan membuatkan aku menunduk lama. Kepalaku didongakkan semula setelah berfikir panjang. Wajah mereka dipandang satu persatu.

"Aku serba salah nak berkawan dengan korang lepas apa yang jadi. Aku tak patut buat korang macam tu"

Maka kendurlah ketegangan di raut masing - masing.

"Ah, kau ni. Aku ingatkan apa tadi" Vernon menggulingkan anak mata.

Eh, nak main guling - guling pulak. Aku tengah serius ni. Orang serba salah, dia nak anggap remeh. Ingat senang ke aku nak confess kesalahan aku ?

Ini Hayoon, tau. Ego dia kalah tinggi rumah Pak Haji Leman belakang rumah.

Chan dan Jeonhwa juga memberikan reaksi yang sama. Seakan tidak kisah akan pengakuan aku. Amboi, jual mahal ya semua.

"Korang dengar tak ni ? Ah, semua acah caring je awal tadi !" marahku geram.

Awal tadi bukan main risaukan aku. Hayoon itulah, Hayoon inilah. Bila dah dapat cerita semua buat tak endah je. Dasar hangat - hangat tahi cicak.

Aku menoleh saat terasa lenganku dipeluk erat oleh Jeonhwa sekali lagi.

"Hayoon, kan kitorang dah cakap semalam kitorang dah maafkan kau. Yang kau nak risau lagi kenapa ?"

"Betul" sampuk Vernon.

"Lagipun cara kau cakap ni macam kau buat salah besar pulak. Tak ada apalah, Hayoon. Kau tetap kawan kitorang" Chan tersenyum hangat kepadaku.

"Betul" sampuk Vernon lagi sebelum mendapat jelingan dari kami bertiga.

Dia tersengih malu apabila dipandang. Kau ingat kitorang saja pandang ke Vernon oi !

𝘀𝘂𝗻𝗯𝗮𝗲 𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁  |  𝗄𝗂𝗆 𝗆𝗂𝗇𝗀𝗒𝗎Where stories live. Discover now