𝗘𝗣𝟭𝟬 | 𝘂𝗻𝗽𝗹𝗮𝗻𝗻𝗲𝗱 𝗺𝗼𝘃𝗶𝗲 𝗻𝗶𝗴𝗵𝘁

44 12 5
                                    

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

"Aunty pergi tak lama. Seminggu je. Kamu jangan sedih tau !" pujuk Puan Kim.

Aku mengangguk dengan senyuman menenangkannya. "Iya, aunty. Ni dah nak masuk kali ke sepuluh aunty cakap. Don't worry, Hayoon okay"

Tuan Kim dan Mingyu di belakang berpaling melihat drama sinetron antara Puan Kim dan aku. Tuan Kim bercekak pinggang.

"Alah, kita pergi seminggu je. Lagipun Mingyu ada nak jaga Hayoon ni. Yang kamu risau sangat kenapa ?" bebelnya.

Wanita tua itu menjeling suaminya. Tangan kanan diangkat mengacah mahu mencubit.

"Awak tu memang tak ada perasaan. Mingyu tak apalah kita dah biasa tinggalkan dia. Ini Hayoon ni. Macam mana dia nak survive ? " Mingyu mengangkat kening. Dari kisah Hayoon nak kaitkan dengan dia pulak.

Dia menggeleng sambil ketawa kecil. Tubuh Puan Kim ditarik untuk berdiri sebelahnya. Kepala wanita tersebut ditarik ke dalam pelukan.

Susah betul nak suruh wanita ini bercuti. Percutian yang dirancangnya dan Tuan Kim selama beberapa minggu.

"Iya, eomma. Jangan risau. Mingyu akan jaga anak kesayangan eomma ni" ejeknya.

Sebuah cubitan melekat di pinggang. Mingyu mengaduh lalu menunduk.

"Bukan anak kesayanganlah. Menantu" bisik Puan Kim perlahan. Mingyu mengangkat kening.

Hanya mereka berdua anak-beranak saja yang mendengar.

Tuan Kim menarik isterinya pergi. Mereka melambai dari tingkap kereta dengan senyuman. Hayoon dan Mingyu melambai semula hingga kereta yang dipandu Wonwoo itu hilang dari pandangan mata.

Keadaan sunyi semula selepas mereka berdua sahaja yang tinggal di situ. Hayoon bergegas masuk meninggalkan lelaki di sebelahnya berseorangan.

Tak sanggup nak berdiri lama - lama di situ. Kekok gila.

+×+

Butang remote tv ditekan. Malam ini Movie Night !!

Bibirku tersenyum - senyum memikirkan saat Puan Kim memberi keizinan untuk dia lakukan apa sahaja di dalam rumah ini. Jadi, malam ini dia merancang untuk menonton movie di ruang tamu.

"Kau buat apa tu ?" aku tersentak memegang dada. Muncul macam The Nun dalam cerita The Conjuring.

"Tengok movie" jawabku malas.

Mingyu mengangguk tetapi masih berdiri di situ. Berdiri berpeluk tubuh di sebelah sofa. Aku mengerling beberapa kali.

Alah, pergilah naik bilik ke apa ! Aku nak tengok movie ni sensorang !! Ish !!

𝘀𝘂𝗻𝗯𝗮𝗲 𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁  |  𝗄𝗂𝗆 𝗆𝗂𝗇𝗀𝗒𝗎Where stories live. Discover now