𝗘𝗣𝟮𝟮 | 𝗶𝘁'𝘀 𝗮 𝗹𝗼𝘃𝗲 𝗰𝗼𝗻𝗳𝗲𝘀𝘀𝗶𝗼𝗻𝘀

13 1 12
                                    

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

"Sebenarnya kami ada ujian selepas ni. Jadi tak boleh nak teman Hayoon balik rumah. Boleh tak kalau sunbae yang hantar dia balik ?" ujar Jeonhwa sejenak tubuh kami berdua tersorok di balik dinding bilik rawatan. Mata kecilku mengintai di balik tingkap.

Hayoon sudah sedar kini sedang termenung kosong tanpa berkelip. Jururawat yang bertugas kata Hayoon kekurangan tenaga kerana tidak makan. Tapi bila disua biskut oleh wanita tersebut tadi, Hayoon menepis perlahan. Malah tidak mahu membuka mulut langsung.

Tanpa berfikir panjang, aku mengangguk bersetuju. "Hm, okay. Thank you sebab tolong Hayoon tadi" sempat diselitkan penghargaan padanya. Jeonhwa tersenyum nipis menggeleng kecil.

"Hayoon tu kawan saya sejak dia hari pertama sekolah. Mestilah saya akan jaga dia. Tambahan lagi dalam waktu kecemasan macam ni" ucapnya tenang. Jujur, aku sedikit lega apabila Hayoon tidak salah memilih kawan. Maklumlah, adik Jeonghan katakan. Semuanya baik belaka.

"Kalau begitu saya pergi dulu. Hati - hati nanti bila sunbae nak balik" pelajar perempuan tersebut menunduk hormat sebelum berpaling pergi.

Aku masih kaku di situ. Tak mahu berganjak untuk berjumpa dengan Hayoon secara berhadapan. Persoalan demi persoalan masih belum berjawab di dalam kepala ini dan aku buntu. Mengapa Hayoon berubah begini ? Adakah kerana aku berpura - pura lupa padanya di kali pertama kami berjumpa ? Atau kerana dia sesal tidak mengecam aku setelah sekian lama.

Kalaulah ianya kerana benci, aku tak mampu untuk mengungkapkan apa - apa kerana aku sendiri juga mangsa di dalam hal ini. Namun kalau dia sesal, aku sanggup maafkan Hayoon walau apapun yang terjadi.

"Mingyu ?" aku tersentak mendengar nama dipanggil.

Jururawat yang sedang merekod maklumat tadi kini memanggil aku masuk ke dalam selepas siap kerja memeriksanya sebelum lepaskan Hayoon pulang. Aku berdiri di belakang Hayoon. Melihat dia menundukkan lagi wajah menghilang di balik rambutnya. 

"Balik nanti awak pastikan dia makan tau. Saya dapat tahu dari Jeonhwa awak berdua tinggal serumah ?" sedikit sangsi dengan fakta itu, jururawat tersebut menganggkat kening.

Aku diam melihat reaksi Hayoon. Masih tidak berkutik jadi aku hanya anggukkan saja. Mungkin itu yang lebih baik. "Erm, dia adik angkat saya" tipuku. Seperti yang dijangka jururawat tadi tidak menambah lagi soalannya malah dia kemudian menunduk memandang Hayoon.

"Hayoon, pastikan awak makan ya. Dah, sekarang awak dah boleh balik"

Gadis itu mengangguk.

Tanpa menunggu lebih lama lagi, beg galasnya aku capai dan tangannya aku paut. Mujur dia tidak menolak. Aku harap tiada apa - apa yang lebih teruk berlaku selepas ini.

𝘀𝘂𝗻𝗯𝗮𝗲 𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁  |  𝗄𝗂𝗆 𝗆𝗂𝗇𝗀𝗒𝗎Where stories live. Discover now