𝗘𝗣𝟬𝟰 | 𝗺𝗶𝘀𝗶 𝗵𝗮𝗻𝗮𝘁 𝗱𝗶 𝗮𝘄𝗮𝗹 𝗽𝗮𝗴𝗶

43 13 8
                                    

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

Aku menghela nafas lega selepas mendengar pintu bilik sebelah tertutup. Ya, aku masih belum tidur dan aku cuba curi dengar perbualan mereka. Tapi sebutir dua je dapat. Bila lelaki itu memijak tapak tangga yang pertama, lintang - pukang aku lari masuk bilik.

Agh !! Serabutnya !

Malam ni bolehlah mengelak dari dia. Malam esok ? Malam lusa ? Minggu depan ? Takkan nak main nyorok - nyorok pulak dalam rumah ni.

Tak boleh jadi ni. Aku kena sediakan plan supaya esok pagi, aku tak payah berjumpa dengan dia.

Keesokan paginya, aku bangun awal. Uish, bukan beshe - beshe guys bila Hayoon bangun awal ni. Ada projek besar dan baekk punya nak jalan.

Jam masih menunjukkan jarum 6 pagi. Aku menyisir rambut lalu diikat toncang satu. Secalit pelembab bibir disapu ke bibir supaya tak adalah merekah mulut aku ni bila nak bukak mulut tabur fitnah dekat orang nanti. Alah, itu pun nak kena ajar.

Selepas masukkan barang yang perlu dibawa ke sekolah, aku terus menggalas beg. Sebenarnya malam semalam aku dah tanya siap - siap pada Wonwoo lokasi tepat sekolah baru aku.

Jadi, seketul Hayoon ini akan pergi ke sekolah dengan sendirinya. Oleh itu, tak perlulah aku berhadapan dengan Aunty Kim kita dan anak lelakinya. Wakakakaka !! Hayoon bijak. Bijak kau, Hayoon.

Keadaan bilik diperiksa sekali lagi. Semuanya kemas, jadi aku boleh gerak !

Dengan nafas yang baru, aku memulas tombol pintu.

Tapak kakiku mengeras selepas memerhati keadaan luar bilik. Apa kejadahnya gelap sangat rumah ni ? Malam semalam cerah je dengan lampu chandelier semua. Ini macam mana aku nak jalan pergi ke tangga. Rumah kena potong bekalan elektrik ke ?

Wuish, nampak je kaya. Nak bayar bil elektrik pun tak mampu.

Kalau jatuh macam mana ? Aku dah lah ada sakit lemah buah pinggang. Tercicir nanti ginjal aku.

Aku menggeleng. Tak apa, Hayoon. Kau boleh ! Kau boleh !

Berbekal jalur - jalur cahaya dari luar tingkap aku berjaya mengesan keberadaan tangga rumah. Perlahan - lahan aku melangkah ke sana.

Rasa teruja mula memuncak selepas bayang tangga semakin menjelas. Aku mengukirkan senyuman bangga. Jangan main - main eh dengan mata ala - ala mata kucing aku ni. Boleh shoot laser lagi kalau aku marah.

𝘀𝘂𝗻𝗯𝗮𝗲 𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁  |  𝗄𝗂𝗆 𝗆𝗂𝗇𝗀𝗒𝗎Where stories live. Discover now