𝗘𝗣𝟭𝟱 | 𝗮𝗸𝘂, 𝗱𝗶𝗮, 𝗳𝗲𝗿𝗿𝗶𝘀 𝘄𝗵𝗲𝗲𝗹

49 8 3
                                    

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

"Asal korang boleh ada dekat sini sia" bisik aku mengetap gigi.

Seungkwan dan Hoshi menyeringai nakal. Mata mereka diarahkan kepada telefon bimbitku di tangan.

"Haritu waktu kau tinggal phone nak pergi tandas kitorang check la mesej kau. Ada nama Hayoon siap heart lagi" Hoshi mengangkat - ngangkat kening.

Tanganku pantas menekup mulutnya. Hayoon yang ralik berbual dengan Jeonhwa di depan dikerling kejap. Nasib tak disedari. Dua orang lelaki itu dijeling tajam. Wajah sinis mereka rasa mahu ditampar saja.

"Korang kan !!" ucapanku tak mampu ditamatkan kerana risau membuat kecoh.

Mereka yang beratur di depan berpaling ke belakang melihat kami bertiga. Aku hanya mengukirkan senyuman palsu manakala Hoshi dan Seungkwan tersengih bangga.

Barisan untuk naik ke ferris wheel panjang tak terkira namun kerana Jeonhwa beria - ria mahu naik, jadi kami semua ikut beratur. Aku memandang Hayoon yang berdiri berdekatan dengan Jungkook.

Dia naik dengan mamat tu ke ?

"Sunbae ! Saya naik dengan sunbae tau !" Jeonhwa datang berdiri bersebelahan denganku.

Wajah kerut Hayoon kendur saat anak mata kami bertemu. Asal dia pandang aku macam tu ?

"Oh, okay" jawabku pendek melihatkan Jeonghan sunbae dan Seungcheol sunbae di belakang.

Kalau tak memang dah lama aku heret Hayoon duduk dekat dengan aku.

"Ey, mengadanya nak duduk dengan crush" tegur Jeonghan sunbae menyeringai. Jeonhwa mencebik kepada abangnya geram. Aku pula menggeleng kekok kononnya segan dengan keadaan itu.

"Korang nak popcorn tak ? Sunbae nak pergi beli dengan Dokyeom. Nanti atas cart bolehlah makan - makan ?" Sungcheol sunbae mengangkat kening.

Ramai juga yang mengangguk. Aku memandang Jeonhwa.

"Awak nak jugak ke ?" Tanya sajalah alang - alang boleh aku jauhkan diri dari dia sekejap. Lagipun bukan jauh kedai popcorn. Beberapa tapak gerai saja dari tempat kami.

Dia mengangguk. "Takpe, suruh Vernon belikan je"

Remaja tersebut menunding dirinya sendiri setelah namanya disebut. Wajahnya berkerut seribu setelah dipaksa Jeonhwa. Chan mendecit geram ke arah kami dan sempat menghadiahkan sebuah jelingan kearahku.

Bukan aku yang suruh kawan kau pergi beli. Jeonhwa kan ? Yang nak jeling aku asal ?

"Hayoon, awak nak popcorn ke ? Saya boleh pergi belikan" suara Jungkook menjengah telinga membuatkan aku berpaling.

𝘀𝘂𝗻𝗯𝗮𝗲 𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁  |  𝗄𝗂𝗆 𝗆𝗂𝗇𝗀𝗒𝗎Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt