Nak bersin pun ada juga. Haihh..

"Hah dah siap! " Ujar Kak Eila dengan nada ceria, berpuas hati dengan hasil kerjanya. Perlahan-lahan Aaira membuka mata dan terus memandang seraut wajahnya pada cermin.

"Cantiknya kak" ucap Aaira perlahan. Badannya didepankan sedikit mendekati cermin. Jakun melihat rupa barunya. Nampak natural tapi berseri gituww..

"Kulit muka Puan Aaira dah sememangnya putih and flawless. So, memang memudahkan kerja akak la nak solek" ujar Kak Eila sambil mengemas semula peralatan makeup yang dia gunakan. Aimi tersenyum manis mendengarnya. Ditenung lama wajahnya pada cermin sebelum lamunannya terhenti apabila pintu bilik yang didiaminya di buka seseorang.

"Babee!!! Cantiknya kauu!!" jerit Syira penuh teruja. Dia masuk ke dalam meninggalkan Nara dengan yang lain di belakang. Aaira membentuk senyuman lebar.

"Kak Eila memang power lah" puji Syira sambil mengangkat ibu jarinya, membuatkan hidung Kak Eila kembang kempis menerima pujian itu.

"Ishh.. jangan puji-puji akak. Malu lah kita" tutur Kak Eila perlahan seraya melekapkan tapak tangan ke kedua-dua belah pipinya. Auni yang baru masuk menyenggol terus bahu wanita itu. Mahu mengusik.

"Acah-acah malu pulak hakak Eila kita ni. Suka lah tu orang puji dia" sakat Auni, mengejek.

"Mestilah suka kalau orang puji kerja kita. Kenapa? Nak akak puji awak lah tu" ujar Kak Eila sebelum matanya mengimbas Auni dari atas ke bawah. Laju Auni memeluk tubuhnya.

"Eh jangan puji dia kak, kembang punggung dia nanti" ucap Wiena sedikit kuat. Elok saja gadis itu landing di atas tilam. Tak risau langsung baju dan kain tudungnya akan berkedut.

Terus meletus gelak mereka mendengarnya. Auni yang kegeraman laju meletakkan punggungnya di atas kaki Wiena yang berlunjur. Terjerit gadis itu dibuatnya.

"Bangunlah gila!" Jerit Wiena kuat sambil menolak tubuh Auni ke tepi katil tetapi sedikit pun tubuh kawannya itu tak berganjak dari kakinya.

MasyaAllah, beratnyaa!!

"Auni menoleh memandang Wiena.

"Kau cakap aku berat ke?" Tanya Auni senada. Terhenti terus gerakan tangan Wiena selepas itu.

"Eh.. mana kau tau?" Soal Wiena perlahan. Auni membesarkan matanya.

"Macam mana aku tau? Ouh.. kau betul-betul cakap aku berat ke?!" Tanya Auni kuat sambil mencubit lemak yang berkumpul di pinggang gadis itu. Siapa suruh chubby sangat? Makan je tahu.

Wiena terus menampar tangan Auni kuat tetapi kawannya itu masih tidak mengalihkan tangan ketamnya. Tanpa amaran, Wiena membalas dengan mencubit lengan Auni kuat.

Kesudahannya, dua-dua sudah terjerit sakit. Nara menggelengkan kepalanya sebelum berpaling ke arah Aaira. Dipandang wajah cantik itu.

"Cantiknya Aaira, kak Eila. Nampak berseri sangat ni" ucap Nara ikhlas.

Mellysa pula memegang kedua bahu Aaira. Bersinar-sinar matanya melihat gadis itu. Tersangatlah cantik!

"Hey, see the leg la" balas kak Eila yang kemudiannya tergelak kecil. Tiba-tiba pintu ditolak dari luar. Terjengul kepala Mikayla dan sepupu-sepupu perempuan Tengku Danish yang lain.

"Wahh kak Aaira!! Cantik gila!" Pujian Mikayla itu turut di sokong oleh yang lain. Aaira tersengih malu. Semua puji hasil makeup ini saja, bukannya dia yang cantik.

"Tu wedding dress akak ke?" tanya Suraya seraya menunjuk ke arah dress yang tergantung itu. Aaira menjatuhkan kepala. Sejurus itu, pantas mereka menghampiri dress tersebut agar dapat dilihat dengan lebih dekat.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now