"Cehh mengadu pulak kau. Nara pun kena ajak last minute. Diam je dia" ujar Mellysa dan dipersetujui orang lain.

"Nara kan baik. Dia tak sampai hati punya nak marah kita. Kan Nara kan?" Kata Auni. Nara mencebik seraya memandang ke tempat lain.

Auni ketawa kecil. Bukannya dia tak kenal dengan kawannya sorang ni. Mereka berdua sudah kenal sejak usia 6 tahun lagi.

Nara memang bukan jenis pemarah orangnya. Kalau terasa, dia akan diam dan lebih suka menyendiri. Itu tandanya dia sedang serius.

"Sorry Nara kuu" ucap Danyel. Dia yang ajak gadis itu last minute tadi. Tiba-tiba dah terpacak depan rumah, mahu jemput gadis itu.

Pipi Nara sudah naik merah. Tiba-tiba teringatkan kejadian di rumahnya tadi.

Danyel betul-betul gila.

Rafiq senyum senget.

"Merah muka tu. Ada apa-apa jadi ke sebelum nak ke sini?" Rafiq menyoal senada. Danyel dah tersengih melihat Nara yang sudah mengecilkan tubuh di sebelah Wiena.

"Haah lah! Merahnya muka kau" soal Wiena hairan sebelum mencubit pipi Nara kuat. Nara terus menampar tangan Wiena.

Sakitlah!

"Korang ni lain macam lah. Bercinta ke?" usik Mellysa. Nara sudah tak senang duduk. Diberi isyarat mata kepada Danyel.

"Dah ada bau-bau nasi minyak dah ni"

"Pfft.."

"Dah lah tu usik dia. Macam sotong bakar dah muka tu" kata Danyel. Wiena memandang Nara.

"Betul ke?" Soalnya ingin tahu. Nara mengerutkan dahinya. Apa yang betul?

"Hah?"

"Kau dengan Danyel.." Jari telunjuk kiri dan kanannya disatukan. Menyoal dengan isyarat tangan.

Tengku Danish menoleh ke belakang, memandang susuk tubuh isterinya yang baru muncul dari ruangan dapur.

"Apa yang bising-bising ni?" soal Aaira sambil meletakkan dulang di atas meja. Sempat dituangkan air ke semua cawan sebelum Tengku Danish menarik tangan Aaira untuk duduk di sebelah lelaki itu. Aaira hanya menurut.

"Nara dengan Danyel ni hah" ujar Mellysa seraya mencapai cawan yang sudah terhidang.

"Kenapa?" Tanya Aaira hairan. Dia melihat Nara dan Danyel. Sorang dah merah muka, sorang lagi garu-garu kepala. Kenapa?

"Stop pretending, just say it" suruh Tengku Danish yang diam sedari tadi. Sudah malas mahu tengok drama sepupu dia ni.

"Minggu depan family aku masuk meminang Nara" Danyel membalas perlahan. Tiba-tiba keadaan di situ bertukar sepi. Nara palingkan wajahnya ke tempat lain tatkala semua mata sudah tertumpu padanya. Bibir diketap rapat.

Aaira tersenyum lebar mendengarnya. Tumpang gembira.

"Seriously, kawan?" Wiena menyoal dengan wajah seram. Dirapatkan wajahnya dengan Nara. Cepat-cepat gadis itu menolak wajah itu menjauh.

"Glad to hear that" ucap Tengku Danish tenang. Seolah-olah sudah lama tahu tentang itu. Danyel mengusap belakang lehernya.

Rafiq tersenyum nipis. Laju kawan dia buat kerja. Dia memandang ke arah Nara yang kelihatan seperti biasa itu. Nampak saja wajah itu tenang seperti tiada apa-apa, tapi siapa saja yang tahu?

Apa lagi yang gadis itu kena hadap selepas ni?

"Naraa.. kau curang dengan aku" rengek Wiena. Digoyangkan lengan Nara kuat. Asyraff terus baling bantal kecil yang terdapat di sofa tepat ke muka Wiena.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now