Bab 25:Wanita Yang Dirindui

Start from the beginning
                                    

" Jalanlah cepat sikit! Kau ni bodohlah! Apasal kau tak nak si Emma ambil kau? Sekarang kau tengok! Aku yang kena berpanas, berpeluh ambil kau! Tak boleh kah kau balik sendiri! Kau dah besarkan! " tengking Hafizah. Lina hanya diam dan buat-buat tidak mendengar. Sebenarnya, dia pun tidak faham kenapa Encik Syakir nak sangat Hafizah mengambilnya di bus stop. Katanya bahaya sebab Lina dah jadi anak dara, lebih-lebih lagi zaman sekarang ni bahaya. Macam-macam boleh jadi, tapi Lina masih tak faham-faham!

Tiba sahaja di rumah, Hafizah merebahkan dirinya di atas sofa. " Hei kau pergi buatkan aku air sirap! Sejuk sejuk! Awas kau kalau kurang sejuk! " arah Hafizah, Lina meletakkan begnya di atas sofa. Selepas membuka tudung, dia ke dapur untuk membuatkan Hafizah air sirap. " Apalah nasib? " rungut Lina, selesai membuat air dia menghantarkannya kepada Hafizah.

" Nah Ka. " kata Lina, Hafizah bingkas bangun dari baringnya. Dia meneguk air sirap itu, " Bush! " dia menyimbahnya kepada Lina. " Manis gila! Kau nak aku dapat kencing manis kah apa?! " tengking Hafizah, Lina meraup wajahnya. " Mana lah Lina tau, biasanya Ka Niya yang buat! " kata Lina, " Apa? Ka Niya? Bila masa kau pandai ber kaka kaka dengan dia tu? Dia tu anak pungutlah! Kau tu adik aku! " Hafizah menolak kepala Lina. Lina menggalas begnya, dengan langkah yang segera dia naik ke bilik nya.

" Huh, menyakitkan hati ja! " kata Hafizah, dia baring semula. Lina mencampakkan begnya di lantai, dia terus ke katil lalu menekup wajah nya dengan bantal. Dia menangis teresak-esak, " Kaka jahat. " bisik hatinya. Perasaan rindu terhadap Niya menyelubungi hati Lina, kini barulah dia sedar yang selama ini dia salah. Mengikut jejak Hafizah bukanlah sesuatu yang benar, mengikut jejak Hafizah adalah umpama sehelai tisu. Bila bersih diguna, bila kotor dibuang.

Sungguh sakit hati Lina diperlakukan seperti tisu oleh Hafizah. Namun, dia tahu, perasaan Niya lagi sakit apabila dihina, dimaki, dicaci, di tengking, di marah dan dibuli oleh mereka berdua. Penat menangis, Lina bingkas bangun dari baringnya. Dia mencapai tualanya lalu keluar untuk ke bilik air.

Di bilik air, Lina membasuh mukanya dengan air. Berkali-kali sehingga puas hatinya, setelah itu dia menjerit sekuat hatinya. Dia menangis lagi, perasaan bersalah yang amat menyelubungi hatinya. Matanya dipejam rapat, fikirannya mula melayang-layang. Melayang jauh~

" Lina. Lina. Bangun sayang solat subuh. " , terdengar suara seorang insan yang amat dirinduinya, Lina membuka matanya perlahan-lahan. " Mama! " Lina memeluk seorang wanita yang amat dirinduinya, ya, dia adalah mama kandung nya, mama Arifah. " Lina kenapa ni? " kata mama Arifah, " Mama, Lina tak tahan! Lina tak tahan dengan Ka Hafizah! " adu Lina. " Kenapa? Ka Hafizah buat apa dekat Lina? " soal mama Arifah, " Dia buli Lina! Selama ni dia sesatkan Lina! Dia kata Ka Niya jahat! Papa tak sayang Lina sebab ada Ka Niya! " kata Lina.

" Lina! " mama Arifah memandang wajah Lina, sungguh tenang wajah wanita ini dilihat Lina. " Lina jangan benci kaka-kaka Lina. Tak kira lah, Ka Hafizah tu jahat macam mana pun, dia tetap kaka Lina. Lepas tu, jangan pernah Lina selitkan rasa benci pada Ka Niya. Sebab, dia kaka Lina juga! Pada Adam, Mira, Ka Emma pun jangan! Papa pun jangan! Lina ada mama barukan? Dengan abang-abang baru. Jangan sesekali Lina benci mereka tau, sebab mereka keluarga Lina. Mereka selalu ada untuk Lina. Lina ingat pesan mama tau sayang. " kata mama Arifah.

Lina memeluk mama Arifah, lebih erat lagi, dia memeluk wanita itu sepuasnya, sekuatnya. " Lina jangan tinggal solat, dengar cakap orang yang lebih tua, rajin-rajin belajar. Lina janji dengan mama. " kata mama Arifah, Lina mengangguk. " Lina janji akan berubah! " kata Lina, " Lina kuatkan? Lina kena tabah! Jangan mengalah! Ok sayang. " kata mama Arifah. Lina mengangguk, mama Arifah tersenyum. Perlahan-lahan mama Arifah menjadi kabur, " Mama! Mama! Mama! "

" Mama! Mama! " Lina terkapai-kapai, " Hei Lina! Lina! " Encik Syakir menenangkan Lina. " Mama! " teriak Lina, matanya terus terbuka luas. " Papa, Lina jumpa mama! Arwah mama! " kata Lina, nafasnya tercungap-cungap, badannya habis berpeluh-peluh. Mama Izah memasuki bilik Lina, " Lina, kenapa? " soal mama Izah.

My Lovely Crush❤ Where stories live. Discover now