"Having some fun. Memandangkan mommy dan daddy takde kat rumah. Jom lah join. Let's have some good blast weekend!" Teruja ajakan Niliyyah.

Hayyan macam err sekejap. Buang tebiat kakak dia ni. Sejak bila entah bergaul dengan orang-orang yang lain standard dengan mereka.

"What?" Hayyan geleng kepala.

"Jom lah Hayyan!" Laungan Nafis buat Hayyan kedu sekejap.

"Ye lah. Takkan nak terperap dalam bilik. Jom have some fun lepas tu kita bincang next activity." Waseem pula bersuara tenang.

Okey. Ni macam awkward sikit sebab terang-terang tadi dia tertangkap mengusyar bini orang tu.

"Come!" Dan serentak semya bersuara. Terkebil-kebil Hayyan di balkoni itu dengan ramah semua orang. Tapi entah kenapa matanya tertunak pada Wareesa selepas itu. Seolah-olah meminta izin gadis itu.

Ya. Dan sebenarnya memang dia meminta izin. Lebih rela dia tinggalkan ajakan orang ramai andai Wareesa tak selesa dengan kehadirannya. Dia rela.

Wareesa pandang Hayyan. Sekejap sebelum dia senyum. Bukan berpaling seperti selalunya atau kekok seperti kebiasaannya. Dan itu dah hantar rasa hangat ke dalam hati Hayyan.

"Turun je lah. You ingat you orang ternama ke nak kena jemput banyak-banyak kali?!" Dan kita ada Niliyyah yang cepat jengkel dengan semua benda.

Hayyan julingkan mata dan Niliyyah dipandang.

"Tak reti sabar." Omel Hayyan sebelum dia beredar dari situ. Mahu bersihkan diri seringkas mungkin sebelum dia ikut serta dengan mereka di bawah sana.

Tanpa sedar, Hayyan senyum kecil. Suka dan menghangatkan.

JUS OREN dituang sampai separuh gelas. Kemudian, tenang Hayyan teguk jus itu untuk basahkan tekak. Sambil itu, sebelah tangan lagi lembut mengeringkan rambut dengan tuala di tangan. Pandangan dibuang di tengah kolam yang masih riuh dengan Niliyyah dan kawan-kawannya.

Menoleh, Hayyan nampak Waseem dan Wareesa. Nampak manis pasangan pengantin itu di tepi kolam. Elok berbual seperti biasa.

Senyum tawar. Pandangan dijatuhkan. Sedikit cemburu dengan Waseem. Yalah. Wareesa selesa dengan lelaki lain selain dirinya. Walau kerap bergaduh dahulu, Hayyan tahu Wareesa selesa dengannya. Sedikit sebanyak. Jika tidak, masakan pula laju sahaja mulut gadis itu seperti bertih jagung.

Gelas dipandang. Kosong sudah. Dengan tawar hati, gelas diletakkan kembali di atas meja bulat.

Tapi, cepat sahaja selepas itu mata mengerling pasangan tadi semula. Tanpa sedar, helaan nafas berat terlepas dari mulutnya.

Wajah diraup. Cuba untuk dihilangkan rasa-rasa yang tidak sepatutnya. Dia juga yang berjanji untuk uruskan perasaannya sendiri. Dia kena tepati janji itu jika mahu semuanya okey dengan Wareesa.

"Hi."

Tangan jatuh mendengar sapaan itu. Laju kepala menoleh ke kanannya. Ada gadis yang dia kenal dengan nama Yara. Kawan Wareesa dan Niliyyah.

Memang pelik sikit bahagian kawan Niliyyah tu... tapi, itu lah yang terjadi. Mereka berkongsi satu kawan. Alhamdulillah tak kiamat sahaja.

Hayyan senyum kecil.

"Hi."

Yara senyum sama. Gelas kosong di meja bulat dipandang. Selamba dia tunjuk gelas kosong itu dan terpinga-pinga Hayyan memandang.

"Nak air sikit." Selamba mengarah dan menunggu selepas itu.

Hayyan diam. Gelasnya dipandang. Dan tiada gelas lain.

"Err, I panggil Fara ambilkan gelas baru kejap. Fa---"

"Gelas baru? Tu kan gelas." Laju Yara memotong jeritan Hayyan.

Terkebil-kebil Hayyan pandang Yara yang dah beriak pelik. Eh. Nak pelik kenapa pula?

"This is mine."

"So?"

Macam takde masalah aje gaya Yara.

"Err. Tak kesah berkongsi."

Yara gelak kecil. Wajahnya dah beriak mesra, bukan selamba seperti tadi.

"I don't mind, lah. Kita share aje."

Hayyan berdebar dengan keselambaan Yara.

"But..."

"Pass me the glass." Arah Yara laju. Tak peduli dengan kata Hayyan. Selamba.

Lihat tangan Yara yang dah berulang kali menggamit dia untuk berikan gelas di atas meja, nak tak nak Hayyan serahkan juga gelasnya kepada Yara. Tapi teragak-agak juga.

Yara menjadi Yara, laju sahaja dia mengambil gelas itu dari tangan Hayyan. Kemudian, muka selamba juga tunjuk lurus kepada jag jus oren di meja bulat. Lembab sungguh buat kerja satu-satu.

Hayyan teragak-agak lagi. Bukan tak biasa dengan keadaan begini tapi entah kenapa dia jadi kekok dan gugup dalam satu masa.

Melihat kelambatan Hayyan, Yara juling mata. Bangun dari duduk dan terus melintasi Hayyan. Tertahan tangan Hayyan yang nak beri jag kepada Yara. Terkebil-kebil mata pandang Yara.

"Lambat lah awak ni buat kerja. Saya minta ambilkan jag aje pun. Tak gentleman langsung." Kutuk Yara tanpa lapik. Berdepan.

Dan berdesup laju anak panah menusuk hati Hayyan. Buat dia lepaskan tawa sinis.

"You tengah flirt dengan I ke?" Soal Hayyan. Yara yang dah selamat teguk masuk jus oren terus menoleh pandang Hayyan. Selamba dan tak terkesan dengan tuduhan Hayyan. Malah, galak dia tenung Hayyan.

Gugup. Entah kenapa Hayyan gugup.

"W---what?"

"Jawapannya, ya. Saya flirt. So? Ada masalah?" Kerek dan berlalu pergi macan biasa Yara selepas itu.

Dan sumpah, Hayyan rasa lain macam. Gadis ini sangat menakutkan. Nak membalas, tapi hilang kosa kata. Lidah jadi kelu. Sudahnya Yara dibiarkan pergi sahaja gadis itu main semula di dalam pool bersama yang lain.

Menggeleng, pandangan terjatuh kepada Wareesa. Terkedu sekejap lihat Wareesa yang dah tutup mulut sambil sembunyi senyum semasa pandang dia.

Eh. Dah kenapa pula?

Baru nak paling, tertembung mata dengan Waseem pula. Lelaki itu semacam baru pandang dia selepas dapat informasi daripada Wareesa. Nampak lah dirinya yang jadi perbualan pasangan manis itu.

"Yan!" Panggil Waseem dan Hayyan hanya senyum kekok. Kekok lah. Takkan tidak pula.

"Main semula, Yan. Seronok tu." Kata Waseem sambil tunjuk pool semula.

Memang seronok. Nampak lah keriangan orang-orang dalam pool tu. Baik Niliyyah, Ilman, Yara dan Nafis. Semua riang.

Dan terkedu Hayyan bila Yara tiba-tiba pandang dia dan senyum lebar kepadanya. Terkedu. Dan makin terkedu bila dengar tawa kecil Wareesa dan Waseem di hujung sana.

Hui. Apa jadi ni?

*Happy Reading 😊🥰

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄حيث تعيش القصص. اكتشف الآن