Bab 24:Dia Terlalu Baik.

Start from the beginning
                                    

Ketawa mereka semua, " Aish, tak adalah! Kau jangan nak tabur fitnah ye Mak cik! " marah Mikhail. " Oh yeah? Setahu aku Naim ada cerita yang kau nangis pasal dia kononnya tinggalkan kau masa camping kadet polis tahun lepas. " kata Niya. Mikhail tercengang, " Dari mana Niya tahu ni? Kuang aja kau Naim! " bisik hati Mikhail. " Apa cerita dia Niya? " soap Luqman.

Flashback ~

" Naim, Naim! Bangunlah! " Mikhail menggoncang badan Naim sekuatnya, Naim membuka matanya perlahan-lahan. " Apa Mikh? Aku ngantuklah! " kata Naim, " Aku nak pergi toilet, jom kawankan aku! " kata Mikhail. " Ish, kau pergi lah sorang-sorang! Aku nak tidur! " kata Naim, dia menutup muka nya dengan jaket.

" PAP! " Mikhail menampar pipi Naim, Naim bingkas bangun. " Hoi, sakitlah gila! " marah Naim, " Ish, cepatlah! " gesa Mikhail. Dia benar-benar perlu ke tandas ketika itu, demi kawan, Naim terpaksa menemani juga Mikhail yang penakut ni ke tandas.

Apabila di tandas, Naim memejamkan matanya. Lama juga Mikhail di tandas, entah apalah dia buat. " Hoi bro! Lama lagi kah? Cepatlah! Bantal memanggil! " teriak Naim, " Kau gila kah apa bantal? Kau tidur dengan beg tadi! Kejaplah kau ni! " teriak Mikhail dari dalam tandas. Naim menggosok matanya, " Apalah dia buat ni? Ish! Melabur kah apa. " rungut Naim, namun matanya masih terpejam. Beberapa minit kemudian, Mikhail keluar dari tandas.

" Huh, lega! Im dah jom! " kata Mikhail, namun tiada sahutan dari Naim. Mikhail menoleh ke kiri ke kanan, " Eh, dia di luarkah? " bisik Mikhail. Mikhail memulas tombol pintu, pintu itu gagal dibuka. " Eh, kau jangan main main! Naim! " teriak Mikhail, dia mengetuk pintu itu. " Naim bukalah! " teriak Mikhail, Mikhail menendang, menumbuk dan macam-macam lagi dibuatnya. " Hoi Naim buka! Aku tau kau di luar! Im! Mohammad Naim Ikhmal! Buka! " teriak Mikhail. Perasaan takut menguasai Mikhail, air mata mula bertakung di birai matanya.

Mikhail menangis, " Hmm, Naim tinggalkan aku. Ibu! " kata Mikhail dalam tangisnya. " Bah! " " Waaaaa!!! " Mikhail terkejut apabila dikejutkan oleh Naim dari belakang. Air mata jatuh berlinangan di pipi Mikhail, " Hahahahahaha! Cengeng lah kau ni Mikh! Hahahaha" Naim mentertawakan Mikhail. Mikhail mengesat air matanya, dipukulnya Naim berkali-kali. " Adui, au, sakit lah! Au! " kata Naim, " Tau sakit! Ha, main-main lagi! Hish! " marah Mikhail. Naim ketawa lagi, " Sorry lah, kau lama sangat! Jadi aku tidur di sebalik dinding tu! Aku bangun ja dengar bunyi kau uwekk! Uwekk! Jadi aku terfikirlah nak kenakan kau! Hahahaha! " Jelas Naim.

Mikhail menjadi geram, dia memukul Naim lagi. Naim hanya ketawa, start pada malam itu, Naim tahu bahawa Mikhail seorang yang cengeng.

End Flashback~

Mereka semua ketawa terbahak-bahak mendengar cerita Niya, Mikhail mengetap bibir menahan malu. " Memang sah lah, adik ni manja! " kata Datin Sharifah, " Manada ibu! Niya ja buat-buat cerita! " bantah Mikhail. " Ya lah, Naim sendiri yang cerita kat aku! " kata Niya, " Manada kau ni! " kata Mikhail cuba menafikan. " Eh, apa kau aku ni? Tak boleh tukar panggilan kah? Kamu kan dah tunang. " sampuk Datin Sharifah, " Apa ibu? Betullah macam ni. " kata Niya. " Manada tak manis! Tukarlah, abang sayangkah, bie hubby kah, papa mama kah, darling baby kah, kan Ok tu. " jelas Datin Sharifah.

Meremang bulu roma Niya, Mikhail pula gelisah tak tentu pasal. " Hahaha darling baby? Euk! " kata Luqman, " Amboi, geli-geli. Nanti kamu dengan Emma guna panggilan tu! " kata Datin Sharifah. Pecah ketawa Niya dan Mikhail, Dato' Sulaiman tersenyum lebar menahan ketawa. " Eh, kalau Emma Maembong nak ibu. " kata Luqman buat-buat tenang, " Apa pula Emma Maembong? Nur Emma Nadhirah Binti Mohammad Syakir lah! Bakal isteri kamu! " kata Datin Sharifah. " Eh, manada ibu! " kata Luqman sambil meneguk air, matanya memandang Datin Sharifah. Datin Sharifah sedang memandangnya dengan pandangan YE KE? " Ibu! Manada! " kata Luqman dengan nada yang tinggi sedikit.

My Lovely Crush❤ Where stories live. Discover now