OY || BAB 15

5K 282 53
                                    

Aaira memuncungkan bibirnya. Hmph!

"Dah lah, pergi mandi cepat. Dah pukul berapa ni, kak Auni datang pukul berapa? Lepas maghrib kan? Hah, pi siap cepat. Nak solat maghrib lagi" arah Syira. Tangannya menolak bahu Aaira, menyuruh gadis itu bangun.

"Kalau aku tak pergi boleh tak?" Tanya Aaira dengan wajah kosong. Laju Syira menampar bahu gadis itu.

"Otak mu! Jangan nak macam-macam eh. Pergi mandi!" Arah Syira kuat.

Aaira sudah memasamkan wajahnya. Lambat-lambat dia bangun dari birai katil.

"Cepat woi" ujar Syira lagi. Dia mengangkat keningnya tatkala Aaira memandang ke arahnya dengan muka toya.

What?

"Kau tu pun keluar lah! Nak join aku mandi ke?" Ujar Aaira geram. Syira tersengih sebelum mencicit keluar dari bilik itu. Aaira menggelengkan kepalanya.

"Mujur kawan" gumam Aaira perlahan. Dia mencapai tuala yang tersangkut pada belakang pintu bilik sebelum masuk ke dalam bilik air.

-✿-

AUNI mengemaskan tudung Aaira pada bahagian bahu. Syira yang duduk di birai katil hanya memerhati. Dari tadi dia kriuk kriuk kunyah kerepek pisang. Santai betul ye. Aaira sempat jeling sedikit ke arah Syira beberapa kali. Bukan main santai duduk, siap goyang kaki lagi.

Syira pula hanya menjongketkan sebelah keningnya membalas jelingan Aaira. Kemudian sambung mengunyah. Langsung tidak ambil peduli dengan pandangan gadis itu.

Auni menepuk kedua bahu Aaira lembut.

"Okey, cuba Aaira berdiri" pinta Auni seraya mengundur setapak ke belakang. Memberi ruang untuk Aaira berdiri.

Aaira perlahan-lahan bangun dari duduknya. Bangku yang dia duduk tadi dialihkan oleh Auni. Aaira kebelakang sedikit, mahu melihat seluruh imejnya pada pantulan cermin.

Dia tersenyum melihat dirinya itu. Cantik! Tudungnya kelihatan kemas dan style tudung sesuai dipadankan dengan dress yang tersarung di tubuhnya. Tak singkat. Itu yang penting.

"Woahh.. Aaira! You look different" ucap Auni. Syira mengangguk laju. Setuju! Setuju!

"Betul! Betul! Betul!..Cantik gila! Tak macam Aaira yang siang tadi. Siang tadi dia selekeh sikit, malam ni dia pom berubah jadi princess" puji Syira melambung tinggi. Aaira tak tahu nak terharu atau sakit hati. Dia puji-puji ada terselit kutukan lagi tu.

Auni memegang bahu Aaira sebelum dipusingkan gadis itu. Mahu check setiap bahagian. Takut ada yang tak kemas lagi. Setelah memastikan semuanya okey, Auni berpeluk tubuh sambil menarik senyuman lebar. Berpuas hati dengan hasilnya. Balang kerepek pada tangan Syira diambil. Dimasukkan kerepek ke dalam mulutnya.

Terkebil-kebil Syira melihat Auni.

"Okey, dah siap! Jom, dah boleh gerak dah ni" ujar Auni selepas memulangkan semula balang kerepek tadi kepada Syira. Tisu basah dicapai. Mahu membersihkan jarinya.

Aaira terus mengambil wallet dan telefon bimbitnya untuk dimasukkan ke dalam beg tangan. Mujur beg yang Nara belikan tak besar sangat. Kecil dan sesuai untuk Aaira. Dia bukan bawak banyak barang pun.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now