"Aaira!"

Tubuhnya mendadak tertarik ke belakang. Disebabkan dia tak bersedia, dia terus terjatuh ke belakang. Betul-betul dalam pelukan seseorang. Kereta tadi meluncur laju dihadapannya.

"Erghh" Erangan halus terlepas dari bibir. Owner kereta betul-betul tak nak brek langsung eh? Berdendam dengan dia ke? Aaira mengangkat kepalanya untuk melihat gerangan yang menyelamatkan dia tadi.

"Eh awak!" Spontan dia menjauhkan dirinya dari orang itu. Gila lah! Baru teringat pasal dia tadi.

"Kau memang suka jalan menonong je eh?" Tanya Tengku Danish geram. Dia masih terduduk di tepi jalan. Sama seperti Aaira.

"Saya dah pandang kiri kanan lah! Kereta tu yang tiba-tiba muncul. Mana lah saya sempat nak lari" ujar Aaira geram. Tengku Danish menjeling Aaira sekilas.

"Memanglah tak sempat nak lari kalau kau tercegat je dekat tengah-tengah jalan tu" Aaira mengetap bibirnya geram. Kemudian dia diam tak bergerak. Tiba-tiba dia teringatkan pisang gorengnya tadi.

Terpusing-pusing kepalanya mencari sebelum terhenti pada kotak coklat di tengah jalan. Dah kemek sebelah!

Huwaaa!!

Aku tak makan kau lagi, kenapa pergi dulu pisang!

Tersebek bibirnya melihat pengakhiran pisang goreng chesse nya itu. Tengku Danish berkerut melihat kotak di tengah jalan. Kemudian beralih ke wajah sedih Aaira. Dia punya ke?

"Apa t--"

"Pisang goreng cheese saya dah gonee!!" Ujar Aaira sambil menekup muka. Berair matanya. Tengku Danish sudah gelabah melihat pipi gadis itu basah dengan air mata. Ah sudah! Janganlah nangis depan dia. Sekolah dulu cikgu dia tak ajar cara nak pujuk perempuan. Ngestress!

"Kau nangis ke?" Entah kenapa dia rasakan soalan yang dia tanya itu soalan bodoh. Aaira mengelap pipinya yang basah tetapi makin lebat pula air mata yang turun.

Aaira mengetap bibir sambil menahan sendu sebelum matanya jatuh pada lengan baju Tengku Danish yang sudah berubah merah. Membulat mata Aaira melihatkan itu.

Darah! Laju Aaira merapat menghampiri Tengku Danish.

"Aw-awak..tu darah tu" ujar Aaira gagap. Menggigil tangannya mahu menyentuh lengan lelaki itu. Makin sendu dia dibuatnya. Dia yang nak kena langgar, orang lain yang cedera. Sudahlah dia takutkan darah. Apa yang dia nak buat ni?

Tengku Danish melihat lengannya sebelum jatuh pada batu tajam berdekatan dengan dia. Tadi tak ada rasa apa-apa. Aaira tegur je terus datang rasa sakitnya. Berdenyut-denyut. Dia mengangkat kepalanya untuk memandang Aaira. Jelas mata gadis itu sudah berkaca semula sehinggalah air matanya mengalir lagi. Makin mencurah-curah air matanya turun. Sambung nangis.

"Eh..jangan nangislah" Tengku Danish menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia nak pujuk tapi kenapa ayat dia tadi macam marah.

Aaira terus diam. Tersebik bibirnya seraya menunduk ke bawah. Tengku Danish menunduk sedikit mahu melihat wajah Aaira. Tiba-tiba gadis itu mendadak mengangkat kepalanya.

"Eh awak!" Jerit Aaira. Terperanjat Tengku Danish dibuatnya.

"Kau dah ke-" Belum sempat dia mahu habiskan ayat, lengannya yang lagi sebelah sudah ditarik untuk bangun. Sengaja dia biarkan gadis itu tarik tangannya sekuat hati. Budak ni tadi meraung, sekarang lain pula mood dia.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now