"Angah buli kitowang, ummi! Angah jahat!" Adu Tengku Faiq. Adiknya mengangguk laju bersama tangisan. Dipeluk kuat tubuh Tengku Seri. Tengku Darwisy mengeluh sambil menggeleng kesal. Payah dapat adik-adik perangai macam ni.

"Diorang nak pergi kedai buku. Angah malas nak keluar" jelas Tengku Darwisy kepada umminya. Tengku Seri memandang si kembar. Rambut yang terjuntai di dahi diraupkan ke belakang.

"Faiq dengan Faid nak pergi kedai buku nak beli apa?" Soal Tengku Seri dengan nada yang lembut. Tak sampai hati mahu meninggikan suara kepada anak-anaknya.

Dia tahu Tengku Darwisy tak mahu bawa si kembar bukan kerana malas, tetapi disebabkan si kembar ini kadangkala suka membuli angah mereka. Walaupun Tengku Darwisy nampak sahaja tingkah tak matangnya, anaknya itu masih bijak berbelanja dan tidak boros. Kalau Tengku Darwisy melayan saja permintaan si kembar, mahu koyak poket anaknya itu.

Tengku Faiq tersebik memandang wajah jelita umminya.

"Paiq nak beli buku cerita" jawabnya perlahan.

"Paid nak beli buku kaler kaler"

Tengku Seri tersenyum nipis. Dia bangga lah juga bila si kembar lebih mementingkan buku berbanding permainan. Hanya bermain apabila waktu senggang.

Kita pergi hujung minggu boleh? Ummi bawak kembar " pujuk Tengku Seri lembut. Tengku Faiq menggelengkan kepalanya. Nak pergi harini juga.

"Tapi harini semua sibuk sayang"

Si kembar menunduk. Wajah mereka terbias sedih. Seperti mahu sangat pergi kedai buku. Sedih pula Tengku Seri melihat. Belum sempat dia mahu memujuk, ada satu suara yang menegur dari belakang. Mereka semua terus memandang ke arah pintu bilik si kembar.

"Along boleh bawak diorang pergi mall esok"

Tengku Danish elok menyendeng di tepi pintu bilik. Di tubuhnya masih lengkap dengan kemeja pagi tadi. Mungkin baru pulang dari pejabat.

Si kembar laju mengangkat wajah mereka. Memandang wajah abang kesayangan. Tengku Seri melihat seraut wajah tampan anak sulungnya itu. Jelas di penglihatannya garis penat di wajah itu.

"Along kerja kan esok? Petang balik, takkan tak nak rehat?" Tanya Tengku Seri penuh prihatin.

Tengku Danish hanya tersenyum nipis. Dia menggeleng kepala.

"Tak apa ummi. Along boleh je balik awal esok" ujarnya lembut. Dia memandang Tengku Darwisy sekilas. Dia tahu adiknya itu sedang menyimpan.

"Along pergi masuk bilik dulu, nak mandi" pamit Tengku Danish sebelum pergi ke biliknya sendiri. Tengku Seri dan Tengku Darwisy saling berpandangan. Anak keduanya itu mengangkat kedua bahunya.

Tengku Seri menghembuskan nafas panjang. Dia memandang pula si kembar.

"Nak pergi harini" rungut Tengku Faiq.

"Ehh budak ni. Banyak pulak cekadak dia" ujar Tengku Darwisy. Dia memandang jengkel kedua-dua adiknya itu.

Si kembar menjeling angah mereka. Bisinglah abang tua ni! Tengku Darwisy membuntangkan matanya melihat jelingan itu. Makin menjadi-jadi budak dua ekor ni. Salai kang!

"Esok je lah. Harini siapa nak bawakkan kembar keluar? Pergi mandi sekarang. Dah petang ni" arah Tengku Seri lembut. Terus si kembar berlari ke tempat di mana tuala mereka tersidai sebelum berebut mahu masuk ke dalam bilik air. Tengku Seri mengurut pelipisnya. Kembar kongsi satu bilik ada satu saja bilik air. Rasanya dia kena minta pendapat suaminya untuk asingkan bilik si kembar.

-✿-

SYIRA mengaduh kecil. Laju dia mengusap lengannya yang baru dicubit. Berkerut dahinya menahan pedih sambil matanya terpaku pada wajah tenang Aaira.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now