"Ish!" Kegeraman Wareesa jadinya. Terus dia capai kasar tuala yang dah mendarat atas lantai.

"Reesa?" 

Kaku. 

Molek.

Sekarang dia dah terbuka tanpa sengaja depan Waseem. Cheese and crackers! Kenapa derhaka sangat tuala ini! Masa orang nak lari juga lah dia nak ikut terbang melayang! Semua salah kau tuala kalau Waseem kata dia hodoh malam ini! Huwaa!!!

Bunyi pintu ditutup rapat buat Wareesa makin kaku. Kekok dia bangun dari bongkoknya tadi. Tuala yang dah erat dalam genggaman perlahan-lahan disangkut atas kepala semula. Anggap sahaja Waseem belum lihat lagi rambut separas pinggangnya ini.

Menoleh pandang Waseem, Wareesa senyum. Terasa sungguh kekok senyumannya kini. Apa-apa pun, dia tak mahu bertembung empat mata dengan Waseem sekarang. Dia mahu sorokkan wajah hangatnya ini daripada pandangan Waseem. 

"Ehem." Wareesa berdeham perlahan sebelum dia mula mengorak langkah mahu ke meja solek. Nak ke katil dengan adanya Waseem dalam ruangan yang sama sangat lah bahaya. Lagi-lagi waktu malam begini.

'Nak tidur nanti aku lari masuk rumah lama aku.' Wareesa dah siap-siap atur rancangan dalam kepala. Tapi nak jayakan rancangan yang satu itu perlu Waseem tidur terlebuh dahulu. Belum mengenal Waseem, Wareesa masih belum tahu corak hidup lelaki ini. Takpe. Kita akan tahu dari semasa ke semasa.

Langkah kaki Wareesa teragak-agak untuk terus melangkah. Dan Wareesa pasti Waseem perasan akan itu. Mana tidaknya. Nak ke meja solek, pasti dan pasti akan lalu arah hadapan atau belakang Waseem. Wareesa tahu sangat gugupnya kelihatan. Dan geram sikit sebab Waseem macam selamba buat-buat tak faham.

Wareesa pandang Waseem dan sumpah lemah lutut bila nampak senyum kecil Waseem saat pandangan mereka bertemu. Terus tak jadi nak ke meja solek, Wareesa tukar arah kaki. Ke katil pun, ke katil lah. Dia nak duduk semula di tempat dia scroll laman Instagram tadi.

Buat tak endah dengan Waseem, Wareesa terus panjat katil. Dan laju dia mengesot terus ke tepi katil. Menyorok dalam keadaan Waseem dah tahu koordinasinya. Biar. Buat-buat tenang, telefon dicapai dan laman Instagram dibuka semula. Kembali meneroka dengan seribu satu rasa memenuhi dada.

Melihat betapa kakunya setiap perlikau Wareesa, Waseem simpan tawa. Kepala dah menggeleng perlahan namun mata tak lepas memandang si gadis yang masih malu di tepi katil sana. Tidak mahu menyapa dan biarkan malu si gadis reda dahulu, Waseem ambil langkah menuju ke tandas.

Pintu tandas dibuka namun langkah mati separuh. Sengaja. Kepala menoleh pandang Wareesa sebelum dia menutup pintu tandas semula. Mahu menyakat. Senyum nakal dah tertempel kemas di bibir. Pinggang dah dicekak mahu lihat tindak balas Wareesa.

Waseem simpan senyum sahaja bila dengar Wareesa yang dah lepaskan nafas lega kuat-kuat di tepi katil. Tuala pun dah melorot jatuh dari kepala, menutup wajahnya. Dan saat itu, senyum Waseem pula yang pudar. Alun rambut Wareesa yang lembab mengakukannya.

Tangan jatuh. Mata masih melekat dengan Wareesa dan zzup! Masing-masing kaku bila bertembung empat mata. Waseem terkaku dengan keindahan Wareesa manakala Wareesa kaku dek tatapan Waseem yang tepat kepadanya.

Satu saat sehingga lima saat. Tatapan masih belum terputus sedangkan wajah masing-masing sudah hangat memerah. Malu dengan kehadiran masing-masing.

"Err..." Wareesa pecah kata. Tak betah dengan tatapan dan diam yang makin mendebarkan dada. 

Waseem tersentak. Gelabah, terus dia masuk ke dalam tandas. Malu sendiri. Dia yang ingin menyakat tapi dia pula yang terkena. Dang! Duhai hati, apa sudah jadi? Kenapa jatuh tergolek dengan parah sekali ni? 

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now