Wareesa cangung sendiri.

"Assalamualaikum."

Dan ucapan salam yang lembut dan penuh sopan itu membawa pergi cangung Wareesa.

Rama-rama galak terbang dalam perut.

Geli. Namun hangat.

"Sayang?"

Dan muncul wajah Waseem di hadapannya. Bersama senyuman membunuhnya.

Sumpah lembik lutut Wareesa.

Ya, geng. Ini bukan mimpi. Mereka sudah halal.

*💐 ੈ♡

BERADA dalam satu ruang bersama Waseem sungguh buat jantung Wareesa mahu pecah. Tak senang duduk dia jadinya. Tangan yang nak bersihkan solekan di wajah pun jadi kekok semacam.

Waseem yang elok duduk di katil bersama telefon di tangan, Wareesa kerling melalui cermin.

"Tenang sangat. Aku pulak yang takut." Omel Wareesa di bawah nafas.

Namun nafas tersekat bila tanpa sengaja pandangan mata mereka bertemu di pantulan cermin solek.

Dada mula berdebar menggila. Makin menggila bila Waseem cabut songkok di kepala dan mula bergerak ke arahnya.

Mata Wareesa membulat. Namun berani matanya terus menatap Waseem yang semakin menghampiri di pantulan cermin.

Waseem berdiri di belakang Wareesa. Wajahnya kosong tanpa riak. Hanya tatapan lembut dan hangatnya yang meluahkan rasa.

Dada Wareesa makin berdebar dan sumpah rasa nak meletup bila rasa sentuhan lembut Waseem di bahunya.

Badan kejung saat tangan Waseem elok mendarat kemas di bahunya. Makin kejung bila lelaki itu membongkokkan wajah sampai paras kepalanya.

Melalui pantulan cermin, mereka saling bertatapan tanpa putus. Sungguh Wareesa tak tahu berapa banyak dah rama-rama yang terbang dalam perutnya

Perut rasa digeletek sungguh.

"Sayang."

Bibir dikemam rapat bila telinga mendengar bisikan lembut Waseem di telinga. Mata terpejam dek kerana gemuruh. Kepala menunduk malu.

Gila. Ini sungguh gila.

Waseem tersenyum melihat Wareesa yang tersipu malu sendiri. Oh. Sangat indah malumu wahai isteriku.

Tanpa amaran, Waseem terus labuhkan kucupan ringkas di sisi kepala Wareesa yang masih elok berbalut selendang.

Puff!

Wareesa terus tutup muka bila Waseem menjauh. Dan tingkahnya berjaya memecahkan tawa kecil Waseem.

'Allah. Ketawa macam tu pun hensem.'

Waseem menggeleng kecil sebelum labuhkan duduk di lantai. Betul-betul sebelah kerusi solek Wareesa. Sambil itu dagu ditongkat dengan sebelah tangan.

"Haa... Huu..." Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Wareesa mahu stabilkan semula dirinya.

"This is crazy." Bisiknya perlahan seraya mata dibuka. Menoleh dan terlihat Waseem yang elok bersila di lantai sambil mata cantik itu tak lepas memandangnya.

"Ain't it, yang?" Kata Waseem, seperti mengiyakan bicara Wareesa tadi.

"Jangan duduk bawah." Kata Wareesa. Dalam debar, dia cuba berbicara selamba dengan Waseem. Lupakan hal tadi.

Waseem senyum. Tangannya dihulur meminta Wareesa untuk membantunya bangun dari duduk. Dan meletus gelaknya bila nampak Wareesa yang dah juling mata ke atas. Tak padan dengan pipi merahnya sekarang!

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Donde viven las historias. Descúbrelo ahora