Bab 4 | Selesa

611 43 2
                                    

"QILA lambat."

"Sorryyy, ingatkan traffic smooth je macam biasa, tapi tadi sebelum simpang ke Petronas ada minor accident, tak memasal jadi lama pulak nak sampai." Ujar Syaqila sebaik saja melabuhkan punggung pada kerusi di hadapan jejaka yang sudah menyising lengan baju ke siku.

Gaya lelaki itu yang santai dan kasual membuatkan perasaan yang tadinya terasa kalut mula beransur tenang dan relaks.

Tanpa dipelawa, air jus oren pesanan lelaki itu dihirup agak rakus. Haus, kering tekaknya sepanjang pemanduan tadi. Perjalanan yang sepatutnya cuma mengambil masa 15minit bertukar jadi 40minit lamanya gara-gara kemalangan kecil yang berlaku. Meskipun kemalangan tersebut tidak lah teruk seperti yang disangka, tapi jalan bukan main sesak lagi memandangkan masing-masing memperlahankan pemanduan untuk melihat apa yang berlaku.

Oh ya, dan tekaknya makin haus pabila menelan sandwich yang diberikan Aakif siang tadi. Entah dia pun tak sedar bila masanya dia kaut sekali sandwich tersebut masuk ke dalam keretanya. Mengenangkan perut yang sudah berkeroncong, ditelan juga sandwich telur yang simple tapi sudah cukup untuk menggalas perutnya daripada diserang gastrik. Mujur sandwich tersebut masih elok boleh dimakan.

"Kenapa abang Rul renung Qila?"

Renungan Fakhrul terasa mahu tembus ke dalam hatinya. Apa yang lelaki itu renungkan agaknya? Bukannya dia tak biasa berkongsi baik makanan mahupun minuman dengan lelaki dihadapannya itu.

Fakhrul Annuar. Dianggap sebagai seorang teman baik yang Syaqila sentiasa selesa berkongsi cerita. Lelaki ini juga merangkap abang sepupunya, anak kepada mak long. Pendek cerita, abang kepada Fahri. Nama sahaja adik-beradik tapi sikap mereka jauh berbeza bak langit dengan bumi.

Kalau si adik jenis yang tak pernah serius, sentiasa buat kerja sambil-lewa, suka berfoya-foya dan kekasihnya pula keliling pinggang tapi lain pula dengan si abang. Fakhrul seorang lelaki matang yang berazam tinggi dan sentiasa komited dengan tanggungjawab yang digalas pada bahunya.

Malah sikap lelaki ini yang prihatin dan penyayang membuatkan Syaqila Adra sudah pun menganggap lelaki ini sebagai abang kandung sendiri. Dia cukup selesa berkongsi cerita dengan Fakhrul meskipun dia sedia maklum hubungan baik mereka tidak disenangi mak longnya.

Fakhrul menggeleng. "Itu lah, abang dah cakap lain kali keluar awal, tapi Qila suka lambat-lambatkan kan.."

"Alaa nak kalut sangat pun ke mana? Abang Rul ada janji apa-apa ke malam nanti?"

Soalan itu dijawab dengan gelengan.

"Haaa dah tu?? Santai-santai saja lah. Qila pun rasa lebih baik duduk sini menghadap abang Rul daripada balik rumah tapi kena bertembung dengan- aihh malas lah!"

Fakhrul ketawa dengan kepalanya tergeleng-geleng. Becok betul sepupunya yang sorang ini, desis Fakhrul.

"Abang order fish and chips dengan jus starfruit macam biasa untuk Qila okay ke?"

Syaqila mengangguk, tanda setuju. Bukan tak biasa mereka berjumpa di situ sampai Fakhrul pun sudah menghafal makanan kegemarannya di restoran hotel berkonsep fusion itu.

"Kenapa abang tak makan lagi?" Dia bertanya hairan apabila melihat cuma segelas minuman dan jambangan bunga hiasan yang menghiasi meja itu.

"Abang tunggu Qila. Tadi pun bila Qila cakap dah 5 minit lagi nak sampai, baru abang mintak dorang hantar order. Nanti Qila tak lalu pula nak makan kalau dah sejuk."

Kata-kata berunsur sindiran di penghujung kata itu cuma disambut dengan tawa kecil. Nasiblah sepupunya sudah sedia maklum dengan sikap cerewetnya yang satu itu.

Cinta Si DiaWhere stories live. Discover now